Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Pencari Jiwa-jiwa Muda

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."- Imam Hassan Al Banna

Generasi Awal Sek Tahfiz Al-Islah

"Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." - Imam Hassan Al Banna

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selasa, 9 November 2010

Anak Oh Anak


Kehidupan dahulu dan sekarang sebenarnya adalah sama cuma cara berfikir dan hidup sahaja yang berbeza. Apa bezanya kalau orang dahulu makan dan orang sekarang pun makan. Kalau orang dahulu minum orang sekarang juga minum. Kalau orang dahulu ada rumah orang sekarang juga ada rumah. Bezanya cuma pada cara makan, minum, membina rumah dan sebagainya. Begitulah juga dengan belajar, orang dahulu belajar dan orang sekarang juga belajar tapi caranya sahaja yang berbeza. Namun apa yang ingin saya lontarkan mengenai cara belajar para pelajar hari ini dan peranan ibu bapa yang boleh melahirkan para pelajar yang mati semangat juang dan pengorbanan diri.

Sepanjang saya memulakan aktiviti mendidik para pelajar dengan mengadakan kelas fardhu ain, hafazan hinggalah menguruskan Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz saya dapati perubahan cara belajar dan peranan ibu bapa sudah banyak berubah. Sedangkan jangka masa bukanlah terlalu lama cuma baru 13 tahun. Jikalau dahulu para pelajar boleh tidur tanpa katil tapi hari tidak boleh sama sekali. Kalau dulu para pelajar boleh dirotan tapi hari ini tidak boleh lagi. Kalau dahulu para guru boleh berkorban bekerja pada hari cuti tapi hari ini tidak lagi. Kalau dulu para guru boleh terima gaji yang sedikit cukup dengan boleh makan minum dan hidup sekadarnya tapi hari tidak boleh lagi. Kalau dahulu ibu bapa benarkan anak dirotan tapi hari ini tidak lagi. Kalau dahulu anak-anak boleh disuruh bekerja untuk sekolah tapi hari ibu bapa marah dan tidak benarkan lagi kerana kata mereka, anak-anak mereka datang untuk belajar bukan untuk bekerja.


"Makanan tak cukup, la ustaz". "Nasi mentah la ustaz" . "Lauk tak sedap hari ni." "Anak-anak kata nyamuk banyak la Ustaz". "Ustaz kena ambil tindakan segera sebab ramai budak bersungut asrama panas". Serba macam komen dan ketidakpuasan hati sudah menjadi asam garam hidup saya melayan semua itu. Saya hanya mampu bertindak setakat yang saya mampu dengan keterbatasan kewangan dan kekuatan. Namun setelah saya memasukkan anak saya ke Maahad Darussalam Gontor maka tibalah pula giliran anak saya merintih dan mengadu keadaannya di sana. Apatah lagi dalam kejauhan ribuan batu perasaan sedih dan rindu pasti menusuk kalbu ditambahkan lagi rintihan daripada anak tersayang. "Nasi mentah la abi". "Hari-hari makan tempe dengan tauhu". "Hari-hari minum air paip". "Hilang kupon tak boleh makan". Asrama tak ada kipas, sempit." "Guru ajar pun salah". "Para Kiyai asyik perli orang Malaysia." Segala rintihan dan komen anak saya itu apa yang harus saya jawab dan apa tindakan saya? Apakah harus saya percaya kata-kata itu dan terus memarahi pihak Maahad. Alhamdulillah dengan pengalaman mengurus sekolah saya dapat melepasi situasi itu dengan baik. Cuma sepatah saya katakan padanya, nak jadi pejuang kena belajar hidup susah. Kesusahan hari ini adalah keberkatan untuk hari esok. Alhamdulillah ada juga makan kalau hendak dibandingkan dengan orang di tempat lain yang tiada makanan. Kepada pihak Maahad sedikit pun saya tidak salahkan mereka kerana saya yakin pada mereka sebab itu saya sanggup tinggalkan anak saya pada mereka. Saya yakin mereka akan melakukan yang terbaik untuk anak saya, moga dengan keyakinan saya terhadap mereka, anak saya mendapat berkat termasuklah juga saya.


Kepada mereka yang diluar sana, ingin saya berpesan didiklah anak dengan rasa susah kerana nikmat itu tidak kekal selamanya. Kepada anak-anak pelajar, belajarlah mencari jalan bukan mencari alasan, belajarlah dengan merasai susah untuk mendapat keberkatan Allah kerana perut yang kenyang sering terlupa kepada Allah s.w.t.

Isnin, 8 November 2010

Gunung Merapi




Semasa menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar SPM MRSM sempat juga saya tayangkan slide warna-warni kehidupan. Sekalipun slide itu saya dapat daripada laman web yang bukan Islam namun ada beberapa makna disebaliknya. Saya katakan kepada mereka gambar hitam putih yang ditayang pada asalnya tidak menarik anda tetapi apabila diletakkan warna indah sekali tampaknya. Antara gambar yang saya paparkan ialah gambar pepohon yang berwarna warni dengan realiti warna kehidupan pepohon. Ada dahan yang mati, ada pula dahan yang masih utuh dan juga daun-daun yang gugur dan daunan yang hijau, segala keindahan begitu tampak dan jelas. Begitulah kehidupan ini yang jadikan dengan pelbagai warna ragam dan ujian. Ada kematian dan ada kehidupan, ada yang sakit dan ada pula perawatnya. Ada gunung merapi ada pula lavanya dan ada pula bajanya. Sesungguhnya segala ciptaan Allah indah semuanya dan ada hikmahnya.




Sebut saja tentang merapi, saya sering bertanya keadaan keluargaku di sana dan Alhamdulillah mereka semua baik-baik aja. Keindahan merapi sebelum meletus memang tidak dapat dinafikan namun bila ia sudah mengganas sudah hilang seri dan indahnya. Begitulah kita manusia segala kekecewaan dan kegelisahan, kemarahan harus dijaga jangan sampai meletus kerana jika ia meletus hilang sudah keindahan senyuman dan tawamu. Marah biarlah jangan sampai jadi seperti merapi. Saya sendiri sedang belajar bagaimana untuk menjadi orang yang boleh menahan marah dan bersabar kerana takut jadi merapi yang meletus bisa mengorban kasih sayang serta persaudaraan sesama insan. Ambilllah iktibar dari Merapi yang meletus ini untuk menjadi seorang yang penyabar.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Alhamdulillah...


Alhamdulillah syukur pada ilahi Rabbi kerana akhirnya anakku berjaya memasuki kelas 1 di Maahad Darussalam Gontor. Sebelum pulang sempat daku berpesan agar beliau tabah menghadapi segala ujian dan sabar di dalam mencari ilmu. " Abang anak Ustaz Fahmi mesti kuat untuk menjadi pejuang agama Allah. Carilah ilmu untuk membaiki diri dan menjadi ulama yang beramal dan berakhlak mulia. Tangisan dari isteri dan along menyebabkan aku juga terasa sedih. Namun kesedihan itu cuma mainan perasaan yang paling penting keikhlasan untuk melihat anak berjaya dunia dan akhirat.


Selepas selesai menghantar dan mengucapkan selamat tinggal kami terus berangkat ke desa isteriku Doplang namanya. Selama 10 jam perjalanan dengan menaiki bas sungguh menguji kesabaran ditambahkan lagi rengetan dan kenakalan anak-anak. Akhirnya kami sampai juga ke Desa yang penuh dengan kedamaian. Anak-anak gembira tidak terkata bertemu ibu tersayang. Moga saja pertemuan ini menarik perhatian Allah dan mengurniakan kami dengan ketenangan yang abadi.


Terima kasih pada semua atas doa doa kalian semua.


sigi, lorok, telu, papat,

satu, dua, tiga, empat,

Ini saja saya sempat,

Redha Allah moga kita dapat.

Isnin, 18 Oktober 2010

Dari Kuala Lumpur Ke Gontor

Kini saat, kami sedang menanti keputusan ujian anakku Farwah apakah ia boleh memasuki terus ke kelas satu atau harus ke gontor 2 terlebih dahulu untuk kelas peralihan. Saat menunggu keputusan agak mendebarkan kerana jika gagal bermakna ia harus berada bersekolah disini selama 6 tahun. Alhamdulillah sepanjang kami di sini Allah memudahkan semua urusan. Sempat juga bertemu pelajar lama saya yang bernama Abu Ubaidah. Masya Allah beliau tampak begitu baik dan berakhlak serta berdisiplin hasil didikan Maahad Darussalam Gontor ini. Semoga anakku Farwah juga boleh menjadi insan soleh dan berdisplin seperti Abu ubaidah anak cikgu Radhi Kulim.
Dari Malaysia ke Indonesia,
Mencari iman, akhlak dan ilmunya,
Abi, Ummi dan adik-adik sentiasa berdoa,
Untukmu Farwah harapan keluarga,
Tiada kata dan airmata melainkan abi pasrahkan pada Allah maha pencipta,
Selamat tinggal dan selamat berjuang wahai anakku Farwah tercinta,
Moga Allah bersamamu sentiasa.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 6


Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas kini umur anakku sudah menjangkau usia 12 tahun dan tahun hadapan sudah berusia 13 tahun. Anakku Farwah memang lahir pada bulan Januari seperti juga dengan tarikh kelahiranku. Sudah sampai masa untuk daku didiknya berada berjauhan dan berdikari mencari ilmu. Sudah 12 tahun dia bersama denganku. Ke masjid, ke laut, ke kebun, ke kedai, ke kuliah dan ke mana sahaja malah telah daku ajarkannya susah payah mengedarkan pemplet korban, wakaf, zakat dan demontrasi untuk Palestin. Kini sampai masanya dia perlu pergi mencari ilmu di tempat orang lain dan berguru dengan guru yang lain. Itulah rencam kehidupan seorang pendakwah. Nabi Ibrahim a.s tinggalkan anaknya Ismail a.s di Mekah. Nabi Muhammad s.a.w pula tinggalkan kampung halaman dengan perasaan sedih. Para sahabat juga terpaksa berkorban tinggalkan keluarga tercinta demi mencari redha Allah. Apakah aku dan anakku Farwah tidak mampu? Pergilah wahai anakku ke Gontor dan carilah ilmu dan didiklah jiwamu serta peribadimu dengan akhlak Islam kerana sesungguhnya Imam syafie juga terpaksa berjauhan dengan ibunya kerana ilmu dan akhlak ini.

Malam ini anak-anak tidur awal kerana esok jam 4.00pagi kami semua akan pergi ke Jawa menghantar Farwah pergi. Adik yang kecil bertanya along nak pi mana? Daku hanya menjawab pergi belajar dan insyallah tahun hadapan along pulang bercuti. Isteriku agak sebak, dan ramai ahli keluarga yang kurang bersetuju kerana anakku Farwah masih kecil kata mereka untuk berpisah. Namun bagiku biarlah daku berkorban perasaan sayang demi melihat anakku menjadi pejuang dan ulama' masa hadapan. Berkorban apa sahaja demi Islam tercinta. Sememangnya itulah kehidupan kita, jikalau inginkan sesuatu kita perlu korbankan sesuatu. Jika inginkan syurga kita perlu korban hawa dan kalau mahukan neraka maka perlu korbankan taqwa. Jikalau inginkan anak berjaya dan menjadi pejuang agama, maka kita perlu korbankan masa riang bersamanya. Doakanlah untuk anakku Farwah agar beliau menjadi insan soleh wa musleh kerana doa kalian amat daku dambakan.


Sesiapa yang ingin menyertai ibadah korban di Kemboja bolehlah menghubungi saya di talian 0134881601/0194651656

Khamis, 14 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 5


Ibadah korban merupakan satu ibadah yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarahnya bermula sejak zaman nabi Adam a.s dan nabi Ibrahim a.s. Jikalau diteliti daripada kedua-dua kisah yang berlaku iaitu kisah anak-anak nabi Adam a.s. dan kisah Nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail, maka jelas kepada kita tentang erti pengorbanan. Allah menghias jiwa manusia cinta dan suka kepada harta dan anak-anak. Namun kecintaan kepada harta dan anak-anak, seharus tidak melebihi cinta kepada Allah s.w.t. Gambaran kisah Qabil dan Habil yang diminta mengorbankan hasil pertanian dan penternakan adalah lambang kepada kecintaan manusia kepada harta. Apakah manusia merasai bahawa harta yang ia peroleh selama ini adalah miliknya selama-lamanya? Atau apakah dia merasai bahawa harta itu hasil titik peluhnya tanpa ada sedikit pun kaitan dengan pemberian Allah sebagai pemberi rezeki? Pengorbanan yang lebih tinggi lagi digambarkan pada kisah nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan menyembelih anak kesayangannya nabi Ismail a.s. Nyawa anak ibarat nyawa bapa itu sendiri. Apakah kita sanggup mengorbankan nyawa kita dan anak-anak kita demi mendapatkan kasih sayang Allah?


Kita tahu dan faham bahawa ibadah korban yang diperintahkan kepada kita bukanlah sampai ke tahap mengorbankan nyawa anak, cuma sekadar sedikit wang dan harta yang dikorbankan. Apakah dengan hanya RM 230.00 atau RM 300.00 atau seekor lembu RM 2000.00 kita sudah gagal dan tidak mampu untuk melaksanakannya? Sememangnya Islam itu agama yang adil dan sempurna, maka tidak diwajibkan kepada kita untuk melaksanakan ibadah korban kerana mungkin ada mereka yang tidak mampu melakukannya. Namun kepada mereka yang mampu dan kaya kenapa masih teragak-agak untuk melaksanakannya. Adakah anda takut wang anda berkurangan kerana RM 230 untuk ibadah korban ini? Jikalau gaji anda RM 2000 sebulan bermakna setahun RM 24,000.00 adakah dengan RM 230.00 ianya akan menyebabkan anda jatuh miskin.


Allah berfirman yang bermaksud" Sesungguhnya Allah membeli daripada orang mukmin itu nyawa dan harta mereka dengan bayaran syurga untuk mereka."

Jikalau dengan sedikit pengorbanan harta pun kita sudah takut inikan pula hendak mengorbankan diri dan nyawa untuk Islam yang kita cintai. Jauh panggang dari api. Oleh itu saya menyeru kepada semua para pembaca agar melaksanakan korban di Kemboja ini demi mencari keredhaan Allah s.w.t. Hubungilah saya segera di talian 0134881601/0194651656

Rabu, 13 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 4


Kepulangan kami dari lawatan di Kemboja telah memberi kesan yang mendalam kepada diri kami setelah melihat sendiri kemiskinan dan kedhaifan yang terpaksa ditanggung oleh umat Islam Kemboja. Oleh itu usaha mengutip yuran penyertaan korban pun dilaksanakan tanpa ditangguh lagi. Hasilnya pada tahun pertama program ini dijalankan iaitu tahun 1428 bersamaan tahun 2007 pihak Sekolah Tahfiz Al-Islah berjaya mengumpul penyertaan seramai 350 orang peserta dengan jumlah 52 ekor lembu telah berjaya dikorbankan. Disamping kami menguruskan ibadah korban, kami juga telah mengadakan pakej lawatan ke sana demi merasai suasana berhari raya di tempat umat Islam yang miskin. Kami telah membawa pelbagai jenis bantuan daripada orang-orang Malaysia khususnya daripada Persatuan Kebajikan Islam TNB Pulau Pinang. Pelbagai bentuk bantuan itu termasuklah kotak pensil, Iqra', Muqaddam, alat tulis, pakaian dan lain-lain. Kami juga mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada mereka. Kehadiran kami disambut begitu meriah malah di sambut oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu Dr Mohsein. Satu Program perasmian diadakan dan penyampaian bantuan telah diadakan dengan jayanya. Kanak-kanak sungguh gembira apabila mendapat alat tulis dan iqra' daripada pihak kami. Namun kami agak terharu kerana barang bantuan yang dibawa tidak mencukupi dan terlalu kurang kalau hendak dibandingkan dengan jumlah penduduknya. Di dalam program ini juga kami telah mengadakan sedikit sukaneka untuk anak-anak demi menghiburkan mereka.

Selesai saja program perasmian kami terus berehat dan bermalam di situ kerana esok kami akan berangkat mengililingi kampung-kampung yang menjadi lokasi ibadah korban anjuran Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz. Selama 4 hari 5 malam kami di sana merasai dan mengahayati suasana hari raya korban bersama umat Islam yang miskin. Kami puas dan bersyukur kerana program ini berjaya dan berjalan dengan lancar sekali pun ianya kali pertama. Kami berangkat pulang dengan tekad tahun hadapan kami ingin menyemarakkan lagi program ini, insyallah. Allahuakbar!!!

Sila hubungi saya untuk ibadah penyertaan korban tahun ini dengan menelefon saya di talian 0134881601 atau 0194651656 atau email saya mudiram@gmail.com

Selasa, 12 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 3



Alhamdulillah setelah pertemuan dengan Muhammad mencapai keputusan pada tempoh hari, maka saya terus menyediakan kertas kerja Ibadah korban di Kemboja untuk dibentangkan kepada ahli Jemaah Pengurus Sekolah untuk mendapatkan kelulusan. Pihak Jemaah Pengurus sekolah berasa amat gembira dengan cadangan tersebut namun satu lawatan ke Kemboja perlu diadakan terlebih dahulu untuk memastikan perjalanan ibadah korban berjalan dengan lancar. Kami telah berangkat ke sana dengan disertai oleh 5 orang ahli rombongan. Di sana kami telah melawat beberapa buah kampung di wilayah kampung Champ iaitu satu wilayah yang ramai penduduk Islam. Kami melihat sendiri kesusahan yang dialami oleh para penduduk di mana kehidupan mereka ibarat Malaysia 40 tahun yang lalu. Seluruh kampung bergantung pada air perigi dan setiap kali makan hanyalah nasi dan sayur tanpa sebarang lauk seperti ikan atau pun ayam. Kesusahan mereka memberi impak kesedaran kepada kami betapa syukurnya kita di negara bertuah ini kerana hidup dengan dipenuhi rezeki yang melimpah ruah. Setelah melawat kampung, kami telah mengambil kesempatan untuk mengunjungi Mufti Kemboja Okna Kamaruddin. Ketika bersama beliau, kami telah mendapat gambaran yang begitu dahsyat keadaan Kemboja sewaktu berada di bawah pemerintahan Pol Pot. Beliau sendiri telah merasai keperitan dan kesengsaraan ketika ditahan dan disiksa oleh tentera Pol Pot. Katanya "Kita hanya tunggu mati dan kini ibarat mati hidup semula". Kami mengemukakan cadangan kami untuk mengadakan program Kemboja yang berpaksikan bantuan pendidikan dan beliau amat bersetuju dengan tujuan murni tersebut.

Hasil lawatan tersebut telah membangkitkan semangat kami untuk terus berkhidmat kepada agama tercinta dan umatnya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Namun sebelum kami berangkat pulang sempat juga kami membeli belah di Bandar Phnom Phen dan begitulah orang Malaysia tidak sah jikalau tidak membeli belah. Bukannya apa, cuma tanda ingat pada keluarga. Kepada para muslimin dan muslimat yang ingin menyertai ibadah korban silalah hubungi saya di talian 0134881601/0194651656.

Rabu, 6 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 2

Semasa saya menghadiri Konvensyen Sekolah-Sekolah Tahfiz Asia Pasifik di Kota Bharu Kelantan pada tahun 2007, saya telah menemui seorang rakan yang bernama Muhammad dari negara Kemboja. Di dalam perbualan saya dengannya, mudah untuk saya memahami suasana kesusahan dan kemiskinan masyarakat Islam di Kemboja. Terlintas di fikiran saya untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan keluar daripada keadaan kesusahan dan kemiskinan tersebut. Segala permasalahan hidup di dunia ini boleh diatasi dengan merealisasikan ilmu dalam kehidupan. Tingkatkan ilmu insyallah akan meningkatlah taraf kehidupan mereka. Itulah solusi yang dapat saya ambil daripada perbincangan dengan Muhammad. Saya boleh menawarkan pelajar-pelajar daripada Kemboja datang belajar di Sekolah Menengah Arab Tahfiz dan Sekolah Tahfiz Al-Islah. Tetapi bagaimana pula dengan segala kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Sekolah, sedangkan pihak sekolah sendiri kekurangan wang. Untuk menampung kos seorang pelajar memerlukan RM 3000 setahun. Apabila direnung dan difikirkan maka saya terus bertanya kepada Muhammad, bagaimana jikalau diadakan program korban? Dan jawapan yang diterima ialah ok dan baik untuk jangka masa panjang. Kos penyelenggaraan korban disana cuma RM 1200 sedangkan di Malaysia boleh mencecah RM 3000.00. Mulai hari itu saya pun mengambil keputusan untuk menjayakan program ibadah korban bagi mengutip derma pendidikan dan memudahkan umat Islam mengerjakan ibadah korban, disamping membantu umat Islam di Kemboja yang majoritinya orang miskin. Untuk itu saya mengajak umat Islam menyertai ibadah korban di Kemboja pada tahun ini dengan bayaran RM 230 untuk satu dan Aqiqah RM 260 untuk satu bahagian. Sila hubungi saya segera di talian 0134881601 atau 0194651656.

Selasa, 5 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 1



Assalamualaikum kepada semua para pembaca yang saya kasihi. Syukur kepada ilahi Allah yang maha agung lagi maha besar kerana kita semua masih menikmati nikmat iman dan Islam. Apabila bercakap tentang nikmat, kadang-kadang kita perlu bertanya bagaimana untuk kita merasai sesuatu itu nikmat? Apakah kerana ianya berharga mahal seperti sebuah rumah maka kita katakan ianya nikmat? Bagaimana pula dengan sesuatu yang kurang bernilai seperti sehelai kertas yang tiada harga? Apakah ianya juga satu nikmat? Untuk menjawab persoalan ini cuba kita renung ayat Allah yang bermaksud, " Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan terhitung." Nikmat pastinya sesuatu yang disukai dan dihajati oleh seseorang. Namun untuk merasai sesuatu itu nikmat besar dan tinggi nilainya pasti ia perlukan pengorbanan. Pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu itu menyebabkan ia menjadi nikmat yang berharga. Para sahabat menghayati dan menginsafi betapa bernilainya iman dan Islam kerana mereka terpaksa berkorban nyawa dan harta untuk mendapatkannya. Bagaimana pula dengan kita yang telah mewarisi Islam daripada ibu bapa kita, apakah kita juga merasai seperti mereka? Sememangnya tidak akan sama nilaiannya pada kehidupan kita kerana mereka terpaksa bersusah payah sedangkan kita mudah tanpa susah. Oleh itu untuk merasai betapa Islam itu nikmat yang besar dan berharga kita haruslah berkorban demi mendapatkannya dan menghayatinya. Kemanisan iman dan Islam itu akan dirasai apabila kita sanggup berkorban untuknya. Oleh itu dikesempatan ini ingin saya mengajak para pembaca untuk menyertai ibadah korban tahun di Kemboja.Hubungilah saya di 0134881601 atau 0194651656. Harga satu bahagian hanya RM 230 untuk korban dan RM 260 untuk Aqiqah.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Al-Fatihah


Hidup dan mati adalah ketentuan Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian". Kadang-kadang yang tua diambil dahulu dan yang muda dibiarkan. Ada pula yang muda dijemput dan yang tua terus hidup. Malah ada juga yang sihat dipanggil Allah dan yang sakit terus sihat. Ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Kita berdoa agar panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam keadaan taat kepada Allah.
Sepanjang perjalanan pulang dari Genting Highland saya banyak berbincang dengan isteri berkaitan perubahan yang ingin kami lakukan di sekolah. Sambil berbual berkaitan sekolah teringat kami kepada Mualimah Fauziah yang lebih dikenali oleh isteriku dan kawan-kawannya sebagai ummi. Saya hanya memanggilnya dengan panggilan kak fauziah sahaja. Ingatan kami kepadanya agak mendalam kerana dia merupakan seorang guru STAIL&SMART yang amat berdedikasi. Saya terus bertanya kepada isteri bagaimana keadaannya setelah mengidap kanser tahap 4. Isteriku menjawab bahawa dia sering mendapatkan berita daripadanya anak melalui sms dan keadaannya masih tidak berubah. Kereta yang saya pandu terus meluncur laju dan perbualan kami tiba-tiba berhenti dek kerana hujan lebat yang turun mencurah-curah menyebabkan saya terpaksa memberi fokus kepada pemanduan. Pemanduan yang agak berhati-hati itu tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Afiqah anaknya kak fauziah ke telefon bimbit isteriku. Perkhabaran yang diterima terasa sayu dan sepi di mana beliau telah dipanggil oleh Allah s.w.t.
Kami kembali menyambung perbualan berkaitan beliau. Dalam sedu dan sedih isteriku mengimbau segala jasanya di STAIL&SMART. Walaupun cuma setahun enam bulan ia menjadi guru namun jasanya terlalu banyak. Saya tidak lupa saat beliau datang membawa bungkusan simen untuk menampal lantai dewan terbuka STAIL pada hari cuti di mana semua orang bercuti. Dan saat beliau berkata kepadaku jagalah anaknya dan didiklah anaknya yang kini berada di SMART saya hanya menganggukkan kepala. Suaranya lemah tapi penuh harap. Saya tidak akan persiakan jasanya kepada STAIL&SMART dan insyallah akan saya cuba laksanakan janji untuk mendidik anaknya sebaik-baiknya.

Al-Fatihah untuk rohnya. Moga Allah tempatkannya bersama para syuhada dan solihin. Amin..

Khamis, 5 Ogos 2010

Tafsir 1



" Alif Lam Mim, itulah kitab yang tidak keraguan padanya, menjadi pertunjuk kepada orang yang bertaqwa".(1)

Sidang pembaca yang dirahmati Allah. Surah Al-Baqarah merupakan surah yang kedua mengikut susunan surah-surah di dalam Al-Quran. Ia juga merupakan surah yang terpanjang jika hendak dibandingkan dengan surah-surah yang lain. Ayat yang kita ikuti kali ini merupakan ayat permulaan surah Al-Baqarah. Ayat pertama yang merupakan sebutan huruf telah ditafsirkan oleh para ulama dengan mengembalikan maknanya kepada Allah s.w.t. Ayat kedua pula menerangkan hakikat sebenar Al-Quran. Al-Quran diturunkan oleh Allah dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sekali pun orang kafir. Ini kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat mendatangkan sebuah kitab sehebat Al-Quran. Dengan Al-Quran seseorang akan mendapat pertunjuk dan dengan pertunjuk itulah ia akan menjadi seorang yang bertaqwa. (Saya terpaksa berhenti dahulu insyallah nanti akan saya sambung kembali kerana perlu bersiap untuk ke kuliah pagi ni)

Rabu, 4 Ogos 2010

Gambar Anak-Anak Didikku


Sahabat Seperjuangan....





Bertolong-tolongan dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan pula bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan. Semua orang tahu sama ada ustaz atau bukan ustaz, para alim ulama atau orang biasa dan awam semuanya tahu tentang hakikat ini. Tetapi kenapa masih ada yang tidak melaksanakannya. Di dalam perjuangan Islam ramai sahabat dan ramai juga musuh. Tetapi kadang-kadang yang musuh boleh jadi kawan dan yang kawan pula boleh jadi musuh. Sejarah telah mengajar kita agar berwasapada sentiasa kerana ada mereka yang asalnya bersahabat malah kadang-kadang lebih akrab dengan ikatan kekeluargaan. Lihat sahaja yang terjadi dengan Nabi Musa a.s dan Firaun. Bukankah Firaun itu asalnya ayah angkat nabi Musa a.s? Akhirnya yang terjadi? Lihat juga kisah nabi Yusuf a.s, bagaimana abang-abang sendiri cuba membunuhnya. Bukankah mereka itu saudaranya? Bagaimana pula dengan Nabi Nuh dan anak-anaknya? Abu Lahab yang menyanjung Rasulullah pada asalnya, menjadi musuh no1 menentang Rasulullah s.a.w. Begitulah juga dengan musuh ianya boleh bertukar menjadi kawan dan sahabat. Ini boleh dilihat betapa ramai dikalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang pada asalnya musuh telah bertukar menjadi sahabat. Siapa mereka yang bernama Khalid Al-Walid, Ikrimah Abi Jahal, Abu sufyan dan banyak lagi.

Kepada rakan-rakanku sekalian marilah kukuhkan ukhwah antara kita dan eratkan hubungan antara kita untuk meneruskan perjuangan ini. Ingatlah dengan perjuangan ini kita mulia dan bukanlah perjuangan ini mulia kerana kita. Berdoalah agar kita terus bersama mendaulatkan Islam tercinta walau di mana kita berada. Kepada para guru STAIL&SMART yang masih bersama tahniah dan syabas serta jutaan terima kasih kerana terus bersama membina dan mengukuhkan sekolah kita. Kepada mereka yang berhenti dan yang akan berhenti, saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan anda selama ini. Antum tetap di dalam doa kami dan teruskan perjuangan Islam ini di mana sahaja anda berada. Kita adalah sama cuma tidak serupa.

Salam Ukhwah Untuk Semua

Untukmu Islam Yang Kucintai.

Rabu, 2 Jun 2010

Kesabaran

"Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar." Ayat ini sering berkisar dibibir kita setiap kali kita mengungkapkan mengenai kepentingan sabar. Namun untuk merasainya hanya kita yang tahu apakah benar kita seorang yang bersabar. Berkata 'sabarlah' memang mudah tetapi untuk menghayatinya perlu latihan dan kesungguhan. Sepanjang mengurus Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz, menghadapi kerenah para pelajar dan guru-guru serta kakitangan telah banyak mengajar ana betapa perlunya kesabaran sebagai seorang pemimpin. Tidak terlepas kepada mereka yang sudah beristeri dan berkeluarga pasti mereka juga sedang dalam latihan dan kesungguhan untuk bersabar. Ungkapan sabar tidak dipelajari dengan menadah kitab dan buku atau membaca mengenainya tetapi ia boleh dipelajari dan dihayati dengan menatap dan membaca buku kehidupan seharian. Kini kehidupan ana semakin kuat kerana semakin dapat bersabar. Walau bagaimana hebat sekali pun ribut atau taufan yang melanda namun jika tiang kesabaran masih utuh dan tidak tercabut maka selagi itu kita mampu meneruskan kehidupan. "Mohon pertolongan Allah dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang sabar." Jika kita bersabar yang marah bertukar tenang, yang duka bertukar suka, yang masam bertukar manis yang sempit bertukar luas dan lapang, yang sukar bertukar senang. Kunci segala kejayaan dan keharmonian ialah kesabaran. Jika kita melakukan dosa bertaubatlah dengan sabar. Jika melihat maksiat bersabarlah dalam menegur dan mencegahnya. Jika kita belajar bersabarlah dalam mempelajarinya. Jika melakukan ibadah bersabarlah dalam mengerjakannya. Benarlah kata-kata sabar itu sebahagian daripada iman.

Selasa, 13 Oktober 2009

Kereta dan Kita

Sungguh cepat masa berlalu tanpa kita sedari kini kita sudah diambang akhir Syawal. Rasa baru sahaja kita menyambut hari raya namun kini sudah hampir meninggalkan Syawal. Entah berapa ramai yang sudah berjaya berpuasa 6 hari pada bulan Syawal hanya Allah yang tahu. Mudah-mudahan para pembaca berjaya melaksanakannya. Mungkin ada dikalangan para pembaca yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya Abu Farwah? Hampir sebulan saya tidak mengemaskini blog saya ini. Sepanjang waktu itu hati saya sentiasa teringat dan rindu untuk menulis namun keadaan tidak mengizinkan saya untuk menulisnya.
Alhamdulillah malam ini saya gagahkan juga jari jemari saya untuk menulis dan memetik keyboard laptop ini untuk memulakan semula penulisan saya. Baru selesai menyuapkan ibu ubat dan makanan maka saya ambil sedikit masa untuk menulis sebagai tatapan kepada para pembaca. Malam ini saya pergi berkuliah di sebuah Institusi teknikal dan alangkah sedihnya kerana ada para pelajar lelakinya yang datang ke surau tapi boleh duduk tanpa bersolat. Saya yang datang lewat mengajak mereka solat tapi ada yang buat tak tahu je saranan saya. Malam ini adalah malam pertama saya berkuliah di situ sebab itu mereka tidak kenal saya. Oleh itu semasa dalam kuliah saya pun mengambil kesempatan untuk menekankan persoalan solat kepada mereka. Saya membuat satu contoh mudah dengan memberi perumpamaan hidup ini dengan sebuah kereta. Jika sebuah kereta ada pencipta begitulah juga diri kita ada penciptanya. Jika pencipta kereta telah memprogram kereta tersebut dengan kuasa petrol maka kita yang menggunakan kereta tidak boleh pandai-pandai untuk meletakkan minyak diesel. Jika kita keras kepala untuk meletakkan minyak diesel kerana beranggapan bahawa kereta itu adalah kepunyaan kita maka akan rosaklah kereta tersebut. Begitulah hidup kita jika kita keras kepala dan tak mahu ikut program yang telah diprogramkan oleh pencipta kita maka tunggulah saat kehancuran. Pencipta kita Allah telah menentukan kepada bahawa sehari semalam kita wajib bersolat 5 kali demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat nanti. Jangan keras kepala dan degil yang rugi adalah kita sendiri. Seperti kereta yang rosak kita yang rugi bukan pencipta kereta.

Jumaat, 18 September 2009

Sambutan Hari Raya

Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita sudah menghampiri 1 Syawal. Kita bersyukur kerana kita berjaya bersama dengan Ramadhan kali ini. Namun begitu apakah Ramadhan kali ini telah menjanjikan anguerah takwa dan keampunan dosa? Pada kesempatan ini saya memohon berbanyak kemaafan kepada para pengunjung blog saya ini jika sepanjang penulisan saya ada yang menyingung perasaan dan tersalah kata. Saya juga memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis dan mengemaskini blog saya ini. Ini adalah disebabkan kesibukan menyambut 10 hari terakhir. Hari ini saya gagahkan diri untuk menulis sedikit beberapa panduan menyambut hari raya buat tatapan para pembaca sekalian. Panduan menyambut hari raya ini ada yang mengikut sunnah dan ada mengikut kebiasaan kehidupan kita di Malaysia. Tidak menjadi salah jika budaya sambutan di Malaysia kita ikuti jika ia tidak bercanggah dengan kehendak agama. (Nampaknya saya terpaksa berhenti menulis sebentar nanti malam saya sambung semula kerana sudah waktu asar dan hendak ke pasar Ramadhan pula)

Isnin, 7 September 2009

Ramadhan Al-Mubarrak 5


Sempena hari ini 17 Ramadhan 1430, ana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Dalam kita meraikan hari ini sebagai nuzul Al-quran apakah kita sering berdamping dengan Al-quran. Baru-baru ini saya menghadiri satu undangan ceramah di sebuah sekolah menengah dan ketika ceramah itu saya bertanya kepada para pelajar siapakah dikalangan mereka yang membaca Al-quran? Jawapannya tiada seorang pun yang mengangkatkan tangan. Saya cuba untuk menenangkan
hati dengan mengatakan pada diri mungkin mereka malu untuk menjawabnya. Namun rasa bimbang menguasai diri betapa jikalau inilah generasi yang sedang kita hadapi, satu generasi yang mengejar pencapaian dunia tetapi tandus daripada pedoman Al-quran pasti nasib kita malang seribu kali malang. Di dalam satu hadis nabi Rasulullah pernah berkata " Sebaik-baik ibadah umatku ialah membaca Al-quran." Begitu juga pesanan Rasulullah s.a.w kepada para ibu bapa agar mendidik anak-anak agar berdamping dan menghayati Al-quran dengan sabdanya " Didiklah anak-anak kamu membaca Al-quran."

Sidang pembaca yang budiman,

Saya mengajak diri saya dan sidang pembaca sekalian agar kita bercinta dengan Al-quran kerana jika kita mencintainya pasti Al-quran juga mencintai kita. Ibu bapa cinta Al-quran, anak juga akan mencintai Al-quran. Para guru cinta Al-quran maka pasti anak-anak murid juga mencintai Al-quran. Marilah kita belajar mencintai Al-quran. Jika sehari kita tidak menyentuh dan membacanya terasa rindu bagai seminggu tidak bertemu. Rasulullah bersabda " Ahli Al-quran adalah ahli Allah". Ada 3 perkara yang harus kita lakukan untuk menjadi ahli Al-quran. Pertama, kita sering membaca dan mendengar Al-quran. Kedua,meniliti makna-makna yang terkandung didalamnya atau dinamakan tadabbur. Ketiga, mengamalkan isi-isi kandungan Al-quran di dalam kehidupan kita seharian.

Jumaat, 4 September 2009

Ramadhan Al-Mubarrak 4

Kesyukuran kehadrat ilahi rabbi yang masih memberi kita kesempatan untuk menjalani ibadah puasa walaupun masa terus berjalan. Masa berlalu pantas hingga sekarang kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Entahlah, apakah diri ini akan mampu meraih darjat taqwa? Tepuklah dada dan tanyalah diri kerana kitalah yang mampu menjawabnya sendiri.
Saya sering didatangi seseorang yang berhajat untuk meminta tolong saya berdoa agar hajatnya tercapai. Jikalau seorang ibu bapa biasanya hajat berkaitan anaknyalah yang akan diminta. Sama ada anaknya akan menghadapi peperiksaan atau anaknya nakal. Ada juga suami atau isteri yang berhajat agar hidup rumahtangga bahagia semula. Pelbagai macam hajat yang diminta agar saya mendoakan ke hadrat Allah s.w.t. Saya kadang-kadang terfikir apakah doaku akan diterima Allah? Atau kenapa dia datang kepada saya sedangkan dia juga boleh berdoa? Mungkinkah doanya dikabulkan dan doa saya dikabulkan? Perbincangan mengenai doa inilah yang saya telah ungkapkan ketika saya menghadiri majlis ceramah ihya Ramadhan di IPPT USM Kepala Batas. Saya cuba menghuraikan 3 perkara iaitu Siapakah orang yang doanya diterima Allah dan dikabulkan? Kedua Bagaimana adab kita berdoa? Ketiga Bilakah waktu yang dimustajabkan doa.
Diruangan kali ini saya mengajak para pembaca untuk melihat siapakah orang yang doanya dimustajabkan.

1. Mukmin, orang mukmin dan muslim adalah salah satu daripada golongan yang doanya diterima oleh Allah. Jika kita sudah mukmin dan muslim alhamdulillah.
2. Soleh, jika kita hanya seorang muslim tetapi muslim yang fasiq doa kita tidak akan dikabulkan Allah. Oleh itu tingkatkanlah amalan soleh agar kita tergolong dikalangan para solihin. Mungkin orang bertanya, jika orang fasiq ia juga hamba Allah apakah dia tidak layak untuk berdoa? Jawapan saya ialah dia hendaklah beriftighfar terlebih dahulu dan bertaubat kehadrat Allah dengan taubat nasuha. Apabila dia bertaubat maka bertukarlah dia menjadi hamba yang soleh. sebab orang yang bertaubat ibarat orang yang tidak pernah berdosa.
3. Ibu bapa, ibu bapa merupakan golongan yang doanya mustajab jikalau dia berdoa berkaitan anak-anaknya
4. Orang yang dizalimi.
5. Orang yang berpuasa.
6. Orang yang tidak memutuskan silaturrahim

Inilah serba sedikit perkongsian ilmu untuk kita bersama semoga saya dan kita semua tergolong dikalangan mereka yang doanya diangkat, amalan soleh diterima dan puasa diberi pahala akhirnya syurga menanti kita. Salam Ramadhan, salam barakah mudah-mudahan hidup kita diredhai Allah.

Selasa, 1 September 2009

Aktiviti Hari Ini

12 Ramadhan 1430 bersamaan 2 September 2009

08.00pagi : Ke Pejabat

12.00tgh : Ceramah Ihya Ramadhan Sekolah Menengah Taman Selasih

09.00mlm : Tarawikh dan Tazkirah Surau Kg.Jawa Butterworth

13 Ramadhan 1430 bersamaan 3 September 2009

08.00pagi : Ke Pejabat

03.00ptg : Ceramah Ihya Ramadhan Jabatan Kerja Raya Kepala Batas

05.30ptg : Ceramah Ihya Ramadhan Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal

09.00mlm : Tarawikh dan Tazkirah Surah Taman Kuala Bekah

* Doakan agar saya sentiasa diberi kekuatan dan hidayah untuk meneruskan perjuangan ini.

Ramadhan Al-Mubarrak 3

Kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana masih lagi mengekalkan nikmat iman dan Islam seterusnya dapat menjalani ibadah puasa pada hari ini. Tanpa kita sedari begitu pantas masa berlalu kini kita sudah berada di fasa kedua bulan Ramadhan. Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada kita bahawa "Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan Allah dan pada akhirnya jaminan selamat daripada neraka Allah". Oleh itu marilah kita mempertingkatkan lagi amalan ibadah kita kepada Allah sebelum Ramadhan meninggalkan kita.

Diantara amalan yang amat disukai Allah ialah berdoa. Allah s.w.t mengira mereka yang tidak mahu berdoa sebagai orang yang sombong kerana seolah-olah merekalah yang hebat dan tidak perlu kepada pertolongan Allah s.w.t. Sepanjang bulan Ramadhan doa diangkat dan dimustajabkan melebihi bulan-bulan yang lain. Oleh itu marilah kita mengambil peluang ini untuk membanyakkan doa agar hajat baik kita dikabulkan Allah dan malah mendapat redha Allah s.w.t. Apakah doa yang sepatutnya kita doakan didalam bulan Ramadhan ini? Siapakah orang yang doanya dikabulkan Allah? Siapa pula yang doakan mereka ditolak? Insyallah saya akan bincangkan di dalam pada waktu yang insyallah. Yang penting sekarang ini marilah kita banyakkan berdoa dan beramal ibadah sebelum Ramadhan berlalu pergi. Salam Ramadhan dan salam persahabatan. wassalam.

Ahad, 30 Ogos 2009

Aktiviti Hari Ini

10 Ramadhan 1430 bersamaan 31 Ogos 2009

9.00mlm : Solat Tarawikh dan Tazkirah di Surau Sekolah Khairiyyah Pokok Sena

11 Ramadhan 1430 bersamaan 01 September 2009

8.00pagi : Ke Pejabat

9.00mlm : Tarawikh dan Tazkirah Surau Taman Serai Wangi

Ramadhan Al-Mubarrak 2

Hari ini hari yang kesepuluh kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Saya serta anak-anak juga hari ini berpuasa. Semalam kami sekeluarga berfikir-fikir hendak ke mana kami pagi nanti untuk bersahur. Al-maklum anak-anak ini jika hendak bersahur memang susah. Bangun sahur mudah cuma hendak makan yang susah. Saya dan isteri pun mengambil keputusan untuk pergi bersahur di Sungai Dua dekat lebuh raya PLUS. Dalam perjalanan kami menuju ke destinasi tangan saya terus membuka radio IKIM FM. Alhamdulillah ada tazkirah pagi yang menarik seawal jam 4.45pg. Saya amat tertarik dengan tazkirah yang disampaikan. Tazkirah yang berkaitan dengan Al-quran. Begitulah hidup ini tidak kira siapa kita tazkirah dan nasihat mesti didengari dan dihayati sekalipun seorang Ustaz seperti saya. Dalam tazkirah tersebut Ustaz tersebut telah mengatakan bulan Ramadhan merupakan bulan penurunan Al-Quran seperti Firman Allah di dalam surah Al-baqarah 185. "Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al-quran sebagai pedoman dan pertunjuk serta penerangan kepada umat manusia". Oleh itu apabila Al-quran diturunkan pada bulan tersebut maka bulan Ramadhan pun menjadi mulia disebabkan Al-quran. Malam yang diturunkan Al-quran iaitu malam al-qadr juga menjadi mulia kerana diturunkan padanya Al-quran, Rasulullah menjadi mulia sehingga diangkat sebagai penghulu para nabi dan rasul kerana diturunkan padanya Al-quran. Negeri yang diturunkan Al-quran juga menjadi mulia sehingga digelar kota suci iaitu Mekah dan Madinah. Oleh itu sesiapa yang ingin menjadi mulia hendaklah berdamping dengan Al-quran. Berdamping dengan erti kata membaca atau mendengar atau melihat Al-quran. Jika mahu lebih lagi kita mengkaji Al-quran. Hari ini umat Islam terlalu leka sehingga jika siaran tersebut ada pembacaan Al-quran maka ditukarkannya siaran ke siaran lain yang tidak ada bacaan Al-quran. Muliakanlah diri kita Al-quran jangan kita hinakan diri dengan malas untuk berdamping dengan Al-quran.

Begitulah tazkirah yang saya dengar sepanjang dalam perjalanan ke kedai makan untuk bersahur bersama anak-anak tercinta. Pulang bersahur kami sempat singgah di Masjid Nyior Sebatang untuk berqiamulail dan bersolat subuh. Saya kata pada anak-anak hari ini sudah hari kesepuluh kita berpuasa tinggal 20 hari sahaja lagi untuk kita bersama dengan Ramadhan. Entah tahun depan bertemu atau tidak hanya Allah s.w.t yang menentukan. Moga kita terus meningkatkan amal sehingga mendapat anugerah 'Taqwa'. Amin..

Sabtu, 29 Ogos 2009

Majlis Berbuka Puasa

Satu Majlis berbuka puasa bersama ulama' akan diadakan oleh Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) seperti berikut:

Masa : 5.00ptg hingga 8.00mlm
Tarikh : 6hb Sepetember 2009
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Besar Sungai Dua

Satu majlis diskusi ilmu akan diadakan bersama dengan 2 tokoh ulama iaitu Ustaz Alias Othman dan Ustaz Rosli Othman. Oleh itu kepada para muslimin dan muslimat yang ingin menyertai majlis tersebut bolehlah mendapatkan kupon dengan harga RM 25.00 bagi seorang individu dewasa dan RM 15.00 untuk seorang individu kanak-kanak (6tahun hingga 12tahun) atau satu meja untuk 8orang RM 200.00.

Marilah kita berbuka sambil menderma kepada sekolah tahfiz ini. Kepada mereka yang mampu membeli kupon tetapi tidak boleh hadir pada tarikh tersebut bolehlah membeli kupon dan kemudian menyerahkan kembali kepada pihak sekolah untuk memanggil orang yang kurang mampu untuk berbuka sebagai kenduri berbuka puasa dan derma kepada sekolah.

Aktiviti Hari Ini

9Ramadhan 1430 bersamaan 30 Ogos 2009

10.00 pagi : Kuliah Dhuha Ramadhan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas bertajuk 'doa yang diterima dan doa yang ditolak'

09.00 malam : Tazkirah Ramadhan di Masjid Kg. Baru Alma, Bukit Mertajam

Ramadhan Al-Mubarrak

Segala kesyukuran kita panjatkan kehadrat ilahi yang telah mempertemukan dengan Ramadhan tahun. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat ini datangnya hanya sekali dalam setahun. Kedatangannya demi memastikan orang beriman seperti kita semua mendapat martabat taqwa yang tinggi nilainya disisi Allah iaitu dibalas dengan balasan syurga.

Kepada para pembaca budiman saya memohon berbanyak kemaafan kerana sudah lama tidak dapat mengemaskini blog ini kerana beberapa masalah teknikal. Insyallah saya akan cuba mengemaskini blog ini setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Sebagaimana para pembaca maklumi bahawa kewujudan blog saya ini lebih kepada sentuhan rohani dan perkembangan sekolah tahfiz yang saya asaskan. Untuk itu suka saya memulakan sentuhan kali ini dengan kita melihat semula ungkapan ayat-ayat Allah agar kita tidak terpesong diseoanjang perjalanan hidup ini. Bulan ini bulan Al-Quran, bulan keberkatan dan amalan kebajikan.

Al-quran mempunyai 114 surah yang dimulai dengan surah Al-Fatihah(Pembukaan). Ini bermaksud setiap kali kita membuka Al-quran kita akan berjumpa surah 'pembukaan' ini terlebih dahulu. Para ulama menjelaskan bahawa surah inilah yang dinamakan 'Sabul Mathani'. Kita bukanlah mahu membahaskan surah ini berdasar ilmu tafsir tetapi dalam ruang yang terhad ini kita ingin melihat beberapa pengajaran yang boleh diambil sebagai bekalan selama kita menghadapi Ramadhan tahun ini. Cuba kita lihat mengenai kalimah 'Alhamdulillah' yang memberi erti segala puji dan puja hanya untuk Allah s.w.t. Oleh itu sebagai pengajaran buat kita yang menjalani ibadah puasa marilah kita berfikir sejenak betapa nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t terlalu banyak untuk kita semua. Apabila merasai kelaparan dek kerana kita berpuasa maka ketika itu seharusnyalah kita merasai betapa ramai dikalangan umat manusia hari ini yang miskin dan susah dan ada diantara mereka yang menunggu mati kerana kekurangan makanan. Apabila kita memerhati dan menginsafi hakikat ini pasti sekali ungkapan 'Alhamdulillah' lebih enak dan lazat untuk diungkapkan. Alhamdulilah ya Allah kerana engkau telah anugerahkan kami rezeki yang melimpah ruah dalam keadaan adanya manusia yang masih kelaparan. Ampunkanlah kami ya Allah jika tersilap dan tersalah didalam menggunakan rezekimu selama ini.

Akhir kata, ucaplah 'Alhamdulillah' kerana kita dapat bertemu dengan Ramadhan dan dapat rezeki kurniaan tuhan. Mudah-mudahan kita disayangi Allah sepanjang kehidupan.

Isnin, 27 Julai 2009

Ahad, 26 Julai 2009

Gambar-Gambar Kenangan Ketika Awal Penubuhan Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL)











1. Generasi Pertama STAIL
2. Para pelajar sedang makan tengah hari
3. Para pelajar sedang belajar Iqra'
4. Para pelajar dilayan untuk mandi dan bersiap untuk sesi petang oleh saya sendiri




































Tazkirah 7

Orang cacat masuk Syurga

"Dengan cacat pincangku ini, aku bertekad merebut syurga...!"
Amru Ibnul Jamuh merupakan salah seorang tokoh penduduk Madinah dan salah seorang pemimpin Bani Salamah...
Anaknya Mu'adz bin Amru telah memeluk Islam lebih dahulu daripadanya malah termasuk kelompok 70 peserta bai'at 'Aqabah. Mu’adz bersama sahabatnya Mu'adz bin Jabal, Mu'adz bin Amr ini menyebarkan Agama Islam di kalangan penduduk Madinah dengan keberanian luar biasa. Menjadi kebiasaan bagi golongan bangsawan di Madinah, menyediakan di rumah masing~masing berhala-berhala besar seperti yang terdapat di tempat-tempat pemujaan umum yang dikunjungi oleh orang ramai. Maka sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang bangsawan dan pemimpin Amru bin Jamuh juga mendirikan berhala di rumahnya yang dinamakan Manaf. Putranya, Mu'adz bin Amr bersama temannya Mu'adz bin Jabal telah bermufakat akan menjadikan berhala di rumah bapaknya itu sebagai permainan dan penghinaan. Pada waktu malam mereka menyelinap masuk ke dalam tempat pemujaan dan mengambil berhala itu dan membuangnya ke dalam lubang yang biasa digunakan manusia untuk membuang hajat.
Apabila datangnya waktu pagi Amru mendapati Manaf tidak berada di tempatnya yang biasa, maka dicarinyalah berhala itu dan akhirnya ditemukannya di tempat pembuangan hajat. Bukan main marahnya Amr, lalu berkata: "Celaka sungguh siapa yang telah melakukan perbuatan derhaka ini terhadap tuhan-tuhan kita malam tadi...?" Kemudian dicuci dan dibersihkannya berhala itu dan diberinya wangi-wangian.
Malam berikutnya, Mu'adz bin Amr dan Mu'adz bin Jabal memperlakukan berhala itu seperti malam sebelumnya. Demikianlah pula pada malam-malam selanjutnya. Dan akhirnya setelah merasa bosan, Amar mengambil pedangnya lalu menaruhnya di leher Manaf, sambil berkata: ''Jika kamu betul-betul dapat memberikan kebaikan, berusahalah untuk mempertahankan dirimu ... !''
Pagi-pagi keesokan harinya Amr tidak menemukan berhalanya di tempat biasa... tetapi ditemukannya di tempat pembuangan hajat, dan tidak sendirian, berhala itu terikat bersama bangkai seekar aniing dengan tali yang kuat. Dalam keadaan kehairanan dan kekecewaan serta marah. Tiba-tiba datangtah ke tempatnya itu beberapa orang hangsawan Madinah yang telah masuk Islam. Sambil menunjuk kepada berhala yang tidak berdaya dan terikat pada bangkai anjing itu, mereka mengajak beliau menggunakan akal dan berfikir mengenai Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, yang tidak satupun menyamai-Nya. Begitulah juga tentang Muhammad saw, orang yang jujur dan terpercaya, yang muncul di arena kehidupan ini untuk memberi pertunjuk dan bukan untuk menyesatkan.
Maka dalam beberapa saat, Amr telah memahami akan kata-kata mereka tersebut dan tanpa berlengah beliau pun membersihkan dirinya dan merapikan dirinya untuk pergi berbaiat dengan nabi s.a.w.
Amr ibnul Jamuh telah menyerahkan hati dan hidupnya kepada Allah Rabbul-Alamin. Walaupun beliau sememangnya seorang yang dermawan sebelum memeluk Islam namun sifat dermawannya ini semakin bertambah setelah memeluk Islam sehingga seluruh harta kakayaannya diserahkannya untuk Agama dan sahabat-sahabatnya.
Beliau bukan sahaja seorang yang dermawan malah beliau juga seorang yang berani dan berjiwa pejuang. Dia tidak mahu kakinya yang tempang menjadi penghalang beliau untuk turut menyertai peperangan. Beliau telah berazam dan bersiap sedia dengan alat-alat kelengkapan perang untuk keluar berperang bersama Rasulullah dan anak-anaknya lelakinya yang seramai 4 orang di dalam peperangan Badar. Namun begitu anak-anaknya telah meminta agar Rasulullah menghalang ayah mereka daripada melaksanakan hasratnya itu kerana keuzuran dirinya itu. Permintaan anak-anaknya itu telah dipersetujui oleh Rasulullah kerana kecacatan dan keuzuran beliau.
Kemudian datang pula masa peperangan Uhud. Amr lalu pergi menemui Nabi saw, memohon kepadanya agar diizinkan turut serta, dengan katanya: "Ya Rasulallah, putra-putraku bermaksud hendak menghalangiku pergi bertempur bersama anda. Demi Allah, aku amat berharap kiranya dengan kepincanganku ini aku dapat merebut surga!''
Karena permintaannya yang amat sangat, Nabi saw memberinya keizinan untuk turut serta. Maka diambilnya alat-alat senjatanya, dan dengan hati yang diliputi oleh rasa puas dan gembira, ia berjalan berjingkat-jingkat. Dan dengan suara yang hiba ia memohon kepada Allah: "Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk menemui syahid, dan janganlah aku dikembalikan kepada keluargaku!"
Dan kedua pasukan pun bertemulah pada hari Uhud itu. Amr ibnul Jamuh bersama keempat putranya maju ke depan menghunus pedangnya kepada tentera musyrikin tanpa rasa takut. Kerinduannya kepada syurga membara dan kerinduannya kepada syahid juga tidak pernah hilang dari hatinya.
Dan apa yang ditunggu-tunggunya itu pun tibalah, suatu pukulan pedang yang kuat telah menggugurkannya dan pulanglah dia kepangkuan tuhannya menuju ke syurga yang ia rindui.
Dan tatkala Kaum Muslimin memakamkan para syuhada mereka, Rasulullah saw mengeluarkan perintah:
"Perhatikan, tanamkanlah jasad Abdullah bin Amr bin Haram dan Amr ibnul Jamuh di makam yang satu, karena sepanjang hidup mereka adalah dua orang sahabat yang setia dan saling menyayangi!"
Kedua shahabat yang saling sayang menyayangi telah menemui syahid itu pun dikuburkan dalam satu makam, yakni dalam pangkuan tanah yang menyambut jasad mereka yang suci setelah menyaksikan kepahlawanan mereka yang luar biasa.

Khamis, 23 Julai 2009

Tazkirah 6

Pemegang Amanah Umat

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya, "Setiap umat mempunyai sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah." Dari sosok tubuhnya yang tinggi, kurus tapi bersih, tampak disana tersimpan sifat-sifat mulia yang tidak dimiliki orang lain. Jujur, tawadu', pemalu itulah diantara sifat yang paling menonjol dari Abu 'Ubaidah bin Jarrah r.a. Muhammad bin Ja'far pernah bercerita, suatu ketika datang rombongan Nasrani Najran menemui Rasulullah saw. "Ya Abalqasim," kata utusan itu, "Datangkanlah utusanmu ke negeri kami untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang kami hadapi. Kami betul-betul ridha dan yakin terhadap kaum muslimin." Rasulullah menyanggupinya dan menjanjikan kepada mereka seraya berkata, "Esok hari aku akan mengutus bersama kalian seorang yang benar-benar dipercayai." Rasululah menyebut "amin" (terpercaya) sampai diulanginya tiga kali.Tak lama kemudian berita pun tersebar ditengah-tengah para sahabat ra. Masing-masing ingin ditunjuk oleh Rasulullah saw menjadi utusan.
Umar ra mengungkapkan, "Aku benar-benar mengharap agar aku ditunjuk Rasulullah saw untuk menduduki jabatan itu. Aku sengaja mengangkat kepalaku agar beliau bisa melihatku dan mengutusku untuk menduduki jabatan yang diamanatkannya. Rasul masih tetap mencari seseorang, sehingga beliau melihat Abu Ubaidah dan berkata, "Wahai Abu Ubaidah, pergilah engkau bersama-sama dengan penduduk Najran. Jalankan hukum-hukum dengan penuh kebenaran terhadap segala apa yang mereka perselisihkan." Itulah mulianya ahklak Abu Ubaidah bin Jarrah.
Beliau adalah seorang pemuda yang gagah berani yang sangat ditakuti oleh musuh-musuhnya dan sukar sekali untuk dikalahkan. Setiap kali musuh mendekatinya pasti lehernya dipenggal. Itulah keistimewaan sahabat ini, hasil tarbiyyah yang diperolehi daripada Rasulullah saw. Satu peristiwa yang amat menyayat hati ialah ketika mana beliau bertemu dengan ayahnya sendiri di dalam peperangan Badar. Ia dikejutkan oleh seorang lelaki yang mengasuhnya sejak kecil. Ayah kandungnya yang masih musyrik. Sebelum ini dia sudah berusaha agar tidak bertemu dengan ayahnya ditengah-tengah kancah peperangan.
Akhirnya, dengan keimanan yang menyala-nyala terjadilah perlawanan antara anak dengan ayah, yang berakhir dengan gugurnya ayah kandung di depan matanya sendiri.
Setelah peristiwa tersebut Allah menurunkan firmannya: "Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah rida terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung." (QS Al Mujadilah: 22).
Menjelang wafatnya, Khalifah Umar pernah berkata, "Kalau Abu Ubaidah masih hidup maka aku akan menunjuknya sebagai khalifah penggantiku. Dan bila kelak Allah swt bertanya tentang apa sebabnya, maka aku akan menjawabnya, 'Aku memilih dia karena dia seorang pemegang amanat umat dan pemegang amanat Rasulullah.”

Isnin, 20 Julai 2009

Tazkirah 5

Abu Hurairah R.hu

Abu Hurairah, bermaksud bapak kucing kecil.Kenapa ia dikenali sebagai "Bapak Kucing"? Pada waktu jahiliyah namanya ialah Abdu Syams bin Shakhr Ad-Dausi, dan tatkala ia memeluk Islam, ia diberi nama oleh Rasulullah s.a.w dengan Abdurrahman. Ia sangat penyayang kepada binatang dan mempunyai seekor kucing, yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberinya tempat tinggal. Kucing itu selalu menyertainya seolah-olah bayang bayangnya. Inilah sebabnya ia diberi gelar "Bapak Kucing".
Abu Hurairah pernah berkata: "Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, dan pergi berhijrah dalam keadaan miskin. Aku menerima upah sebagai pembantu kepada Busrah binti Ghazwan demi untuk mengisi perutku! Akulah yang melayani keluarga itu sekarang ini, aku telah berkahwin dengan putri Busrah, maka segala puji bagi Allah yang telah menjadikan Agama ini tiang penegak, dan menjadikan Abu Hurairah ikutan ummat.!" Jika dibandingkan umur Rasulullah dengan umurnya beliau lebih muda sekitar 30 tahun. Dia lahir di Daus, sebuah desa miskin di padang pasir Yaman. Hidup di tengah kabilah Azad, ia merupakan anak yatim sejak kecil, dan banyak membantu ibunya menjadi penggembala kambing.
Ia datang kepada Nabi saw pada tahun yang ke tujuh hijrah sewaktu beliau berada di Khaibar. Beliau memeluk Islam karena dorongan kecintaan dan kerinduan terhadap Rasulullah s.a.w. Dan semenjak ia bertemu dengan Nabi Saw; dan berbai'at dengannya, hampir-hampir ia tidak berpisah lagi daripadanya kecuali pada waktu tidur . Begitulah perjalanan hidup beliau selama empat tahun yang dilaluinya bersama Rasulullah s.a.w yakni sejak ia masuk Islam sampai wafatnya Nabi s.a.w.
Kemahirannya di dalam mengingati hadis Rasulullah s.a.w telah menyebabkan sebahagian sahabat merasa hairan sambil tertanya-tanya di dalam hati, dari mana datangnya hadis-hadis ini, bilakah Abu Hurairah mendengarya dan menghafaznya.
Abu Hurairah pun memberikan penjelasan untuk menghilangkan kecurigaan ini, dengan berkata "Tuan-tuan telah mengatakan bahwa Abu Hurairah banyak sekali mengeluarkan hadits dari Rasulullah saw dan tuan-tuan mengatakan bahawa orang-orang Muhajirin yang lebih dahulu memeluk Islam, tidak pun menceritakan hadits-hadits itu? Ketahuilah, bahwa sahabat-sahabatku orang-orang Muhajirin itu, sibuk dengan perdagangan mereka di pasar-pasar, sedang sahabat-sahabatku orang-orang Ansar sibuk degan tanah pertanian mereka. Sedang aku adalah seorang miskin, dan yang paling banyak menyertai majlis Rasulullah s.a.w. Aku hadir pada waktu orang lain tidak hadir dan aku boleh mengingati sesuatu hadis itu sedangkan mereka sering terlupa kerana mereka terlalu sibuk dengan perkerjaan lain.
Pada suatu hari Marwan bin Hakam ingin menguji kemampuan hafazan hadis daripada Abu Hurairah. Maka dipanggilnya Abu Hurairah dan dibawa untuk duduk bersamanya, lalu dimintanya untuk mengkhabarkan hadis-hadis daripada Rasulullah saw. Sementara itu disuruhnya penulisnya menuliskan apa yang diceritakan Abu Hurairah dari balik dinding. Sesudah berlalu satu tahun, dipanggilnya Abu Hurairah kembali dan dimintanya membacakan lagi hadis-hadis yang duhulunya telah ditulis pembantu Marwan. Ternyata tidak ada satu pun yang tersalah atau terlupa oleh Abu Hurairah walau satu perkataan.
Dan Imam Syafi'i mengemukakan pula pendapatnya tentang Abu Hurairah: "Beliau seorang yang paling banyak menghafal hadis di antara seluruh perawi Hadis." Sementara Imam Bukhari menyatakan pula: "Ada lapan ratus orang atau lebih dari shahabat tabi'in dan ahli ilmu yang meriwayatkan Hadits dari Abu Hurairah."
Demikianlah Abu Hurairah tak ubah bagai suatu perpustakaan besar menjadi rujukan umat Islam.
Abu Hurairah termasuk dikalangan ahli ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah, selalu melakukan ibadat bersama isterinya dan anak-anaknya semalam-malaman secara bergilir-gilir bermula dengan beliau berjaga sambil solat sepertiga malam kemudian dilanjutkan oleh isterinya sepertiga malam dan sepertiganya lagi dimanfaatkan oleh puterinya. Dengan demikian, tak ada satu saat pun yang berlalu setiap malam di rumah Abu Hurairah, melainkan berlangsung di sana ibadat, zikir dan solat.
Pengajaran
1. Ketaqwaan seseorang bukanlah dikira daripada lamanya seseorang menganut Islam tetapi dikira dari segi ketaqwaannya kepada Allah s.w.t
2. Menuntut ilmu merupakan satu ibadah yang amat dituntut di dalam Islam
3. Majlis ilmu pada bulan Ramadhan mempunyai kelebihannya yang tersendiri sebagaimana disebutkan dalam satu hadis Rasulullah s.a.w.
4. Hidupkan rumah tangga kita dengan amalan qiamulail sebagaimana yang dilakukan oleh Abu Hurairah R.hu

Ahad, 19 Julai 2009

Generasi Pertama STAIL (Tahun 2000)

Mudah-mudahan anak-anak didikku ini tidak melupakan daku dalam doa mereka.

Tazkirah 4

Abu Dzar Seorang Yang Alim

Abu Dzar al-Ghifari merupakan seorang sahabat Nabi s.a.w yang terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuannya dan kesolehannya. Ali R.hu pernah berkata "Abu Dzar ialah penyimpan pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh dari orang lain."
Ketika dia mulai mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW, dia telah mengutus saudara lelakinya menyelidiki lebih lanjut mengenai orang yang mengaku menerima berita dari langit. Setelah puas menyelidiki, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Dzar bahwa Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang sopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.
Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Dzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan. Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada waktu itu dia tidak kenal Nabi s.a.w, dan melihat keadaan pada waktu itu dia merasa takut hendak bertanya mengenai Nabi s.a.w. Ketika menjelang waktu malam, dia dilihat oleh Saidina Ali RA. Oleh karena beliau seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Dzar ke rumahnya dan melayani Abu Dzar sebaik-baiknya sebagai tetamu. Ali tidak bertanya apapun dan Abu Dzar tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah. Pada keesokkan harinya, Abu Dzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Dzar gagal menemui Nabi karena pada waktu itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin. Pada malam yang keduanya, Ali membawa Abu Dzar ke rumahnya.
Pada malam itu Ali bertanya: "Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?"
Sebelum menjawab Abu Dzar meminta Ali berjanji untuk berkata benar. Kemudian dia pun bertanya kepada Ali tentang Nabi s.a.w. Ali berkata: "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah. Esok engkau ikut aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi kita harus berwaspada, bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau hubungan kita diketahui orang. Esok ketika kita berjalan, kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan kasut aku, tetapi engkau teruslah berjalan supaya orang tidak curiga hubungan kita."
Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Dzar bertemu dengan Nabi s.a.w. Tanpa banyak persoalan, dia terus memeluk agama Islam. Karena takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi s.a.w menasihatkannya supaya segera pulang dan jangan mengkhabarkan keislamannya di khalayak ramai. Tetapi Abu Dzar menjawab dengan berani: "Ya Rasullulah, aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahwa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."
Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengorak langkah kakinya ke Baitul Haram di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia mengucapkan dua kalimah syahadah.
"Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu pesuruh Allah."
Tatkala mendengar ucapan Abu Dzar itu, orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya. Kalau tidak karena Abbas, bapa saudara Rasululah s.a.w yang ketika itu belum Islam, tentulah Abu Dzar menemui ajalnya di situ.
Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu Dzar: "Tahukah kamu siapa orang ini? Dia adalah turunan Al Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang berulang alik ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalangi perniagaan kita ke Syam."
Pada hari berikutnya, Abu Dzar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.
Pengajaran
1. Keberanian Abu Dzar ini sepatutnya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah. Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak sepatutnya melemahkan semangat perjuangan Islam
2. Kedatangan Ramadhan ini yang dikenali sebagai bulan latihan untuk membiasakan diri merasai kelaparan. Kelaparan adalah satu dugaan dan ujian yang tidak disukai oleh nafsu manusia sebab itu Allah berfirman yang bermaksud:
Dan kami menguji kamu dengan dengan perasaan takut dan lapar…. (Al-Baqarah: 155)

Selasa, 14 Julai 2009

Tazkirah 3

Abdurrahman Bin 'Auf - Saudagar yang Dijamin Surga
Abdurahman bin 'Auf. Adalah seorang saudagar yang berjaya Beliau telah memeluk Islam sejak daripada awal Islam ketika ramai manusia masih kufur dengan Allah dan Rasulnya. Abdurrahman adalah orang yang kelapan memeluk Islam
Sifat kedermawannya boleh kita hayati bersama agar kita juga menjadi insan yang tidak kedekut malah mempunyai semangat untuk membantu agama Allah. Satu hari telah sampai 700 kenderaan yang sarat dengan muatan dan telah memenuhi jalan-jalan kota Madinah. Ramai orang saling memanggil dan menghimbau menyaksikan kesibukan ini serta turut bergembira dan bersukacita dengan datangnya harta dan rizqi yang dibawa kafilah itu.
Ummul Mu'minin Aisyah ra demi mendengar suara hiruk pikuk itu ia bertanya, "Apakah yang telah terjadi di kota Madinah?" Lalu diberitahu bahawa keriuhan itu adalah kerana kafilah Abdurrahman bin 'Auf yang baru sampai dari Syam membawa barang-barang dagangannya.
Kemudian Aisyah r.ha pun berkata "Ingat, aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Kulihat Abdurrahman bin 'Auf masuk syurga dengan perlahan-lahan!'"
Kemudian Abdurrahman telah menuju ke rumah Aisyah r.ha kerana mendengar khabar bahawa Aisyah telah mengatakan suatu hadis mengenai beliau seraya berkata kepadanya, "Anda telah mengingatkanku suatu Hadis yang tak pernah kulupakannya." Kemudian ulasnya lagi, "Dengan ini aku mengharap agar anda menjadi saksi, bahwa kafilah ini dengan semua muatannya serta kenderaannya, kupersembahkan di jalan Allah 'azza wajalla!" Dan dibagikannyalah seluruh muatan 700 kendaraan itu kepada semua penduduk Madinah dan sekitarnya sebagai perbuatan baik yang sangat besar.
Dan semenjak keislamannya sampai menemui Tuhannya dalam umur 75 tahun, ia menjadi teladan yang cemerlang sebagai seorang mu'min yang besar. Hal ini menyebabkan Nabi saw memasukkannya dalam sepuluh orang yang telah diberi kabar gembira sebagai ahli surga.
Ibnu 'Auf adalah seorang pemimpin yang mengendalikan hartanya, dan bukan seorang yang dikendalikan oleh hartanya.
Pada suatu hari dihidangkan kepadanya makanan untuk berbuka, karena waktu itu ia sedang berpuasa. Apabila beliau melihat pada hidangan tersebut, timbul selera makannya, tetapi iapun menangis sambil mengeluh, Mus’ab bin Umair telah gugur sebagai syahid, ia seorang yang jauh lebih baik daripadaku, ia hanya mendapat kafan sehelai burdah. Jika ditutup kepalanya maka kelihatan kakinya, dan jika ditutup kedua kakinya terbuka kepalanya! Demikian pula Hamzah yang jauh lebih baik daripadaku, ia pun gugur sebagai syahid, dan pada saat akan dikuburkan hanya terdapat baginya sehelai selendang. Telah dihamparkan bagi kami dunia seluas-luasnya, dan telah diberikan pula kepada kami hasil sebanyak-banyaknya. Sungguh kami khawatir kalau-kalau telah didahulukan pahala kebaikan kami!"
Ketika ruhnya hampir dibawa pergi, air matanya meleleh sedang lidahnya bergerak-gerak mengucapkan kata-kata, "Sesungguhnya aku khawatir dipisahkan dari sahabat-sahabatku karena kekayaanku yang melimpah ruah!"
Pengajaran
1. Memiliki kekayaan bukanlah satu kesalahan tetapi yang salahnya ialah apabila kekayaan itu berada dihati sehingga timbul rasa cinta yang tidak bertepi terhadap kekayaan dan akhirnya timbullah perasaan kedekut dan bakhil. Biarlah kekayaan berada di tangan untuk mudah memberi demi mencari redha ilahi
2. Sempena bulan Ramadhan yang amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan amalan fardhu diganda kepada 70 kali ganda, marilah kita merebut peluang bersedekah dibulan ini kerana Rasulullah telah bersabda:
3. Insafilah diri betapa susahnya Rasulullah s.a.w berdakwah dan berjuang demi agama tercinta sehingga tidak pernah merasai kekenyangan.
4. Berbukalah dengan rezeki yang halal dan baik serta janganlah membazir sekali pun kita orang yang kaya.

Gambar Lawatan Ke Kemboja





Bergambar bersama para pelajar salah sebuah sekolah agama di sana.

Isnin, 13 Julai 2009

Tazkirah 2

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.

Ahad, 12 Julai 2009

Tazkirah 1
AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT
Firman Allah : شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Pengajaran
1. Sempena bulan Ramdhan yang dikenali sebagai bulan Al-Quran marilah kita bersama-sama keluarga meningkatkan lagi usaha membaca dan menghayati Al-Quran
2. Kesusahan ibu bapa menghantar anak-anak mempelajari Al-Quran lebih bernilai daripada kesusahan menghantar anak-anak mempelajari ilmu yang lain. Dahulukan pengajian Al-Quran daripada segalanya
3. Al-Quran adalah sumber ilmu, hidayah dan penerangan kepada seluruh manusia dan alam ini.

Jadual Ustaz Ahmad Fahmi Bulan Julai 2009

12/7/09 : Kuliah Subuh Masjid Permatang Janggus, Pmtg Pauh
Kuliah Maghrib Masjid Seberang Jaya
Kelas Al-Quran Utk Dewasa di Pejabat Urusan STAIL&SMART

13/7/09 : Kuliah Maghrib Masjid Sg. Ara

14/7/09 : Kuliah Maghrib Kuaters Guru Kepala Batas

15/7/09 : Kuliah Maghrib Kuaters Polis Farlim

17/7/09 : Ceramah Pemantapan Rohani Thn 6 Sekolah Rendah Khir Johari
Khutbah Jumaat Masjid Kg Tok Bedu
18/7/09 : Kuliah Subuh Kg.Tok Bedu
Ceramah Peranan Ibu Bapa di MRSM Kepala Batas
19/7/09 : Ceramah Isra' Mikraj Masjid Labu Besar Kulim Kedah
Kuliah Maghrib Mengkuang Titi
Kelas Al-Quran Dewasa
20/7/09 : Kuliah Maghrib Masjid Sg.Ular

Ahad, 24 Mei 2009




Kemenangan Pertama STAIL&SMART

Alhamdulillah, pada 23/5/09 semalam Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz(SMART) telah mengukir sejarahnya yang tersendiri apabila memenangi keseluruhan pertandingan yang dipertandingkan semalam. Lebih 30 buah sekolah agama telah menyertai pertandingan tersebut yang dianjurkan Wanita Liga Muslim Pulau Pinang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh TYT Tun Abd Rahman Abbas Gabenor negeri Pulau Pinang. Saya cukup terharu dengan kemenangan anak-anak ini yang pertama kali dalam sejarah STAIL&SMART walaupun persediaan melatih mereka tidak dilakukan dengan sebaiknya oleh pihak sekolah. STAIL telah menyertai pertandingan azan, tilawah lelaki dan tilawah perempuan. Bagi peringkat rendah ini pertandingan azan STAIL mendapat tempat naib johan, tilawah Al-Quran lelaki naib johan dan tilawah perempuan telah dinobatkan sebagai johan. Manakala bagi peringkat menengah SMART telah menyertai pertandingan nasyid, tilawah Al-Quran lelaki, tilawah Al-Quran perempuan dan azan. Bagi peringkat menengah ini azan mendapat tempat tempat ketiga, tilawah lelaki tempat ketiga, nasyid saguhati dan tilawah perempuan Johan.
Senarai nama pemenang adalah seperti berikut:
Farhah binti Ahmad Fahmi : Johan Tilawah Rendah Perempuan
Ilham Naim :
Alifah Mawaddah : Johan Tilawah Menengah Perempuan
Mohd Irsyad : Ketiga Tilawah Menengah Lelaki
Mohd Hassan : Ketiga Azan Menengah
Mohd Marwan : Kedua Azan Rendah
Apa yang dapat diperhatikan disini ialah kesungguhan anak-anak pelajar amat baik namun memerlukan latihan dan bimbingan daripada para guru. Farhah dan Alifah yang cuma sempat diajar oleh saya akhirnya diberi kemenangan oleh Allah s.w.t. Selepas ini para guru dan pengurusan sekolah seharusnya mengambil berat terhadap pembangunan potensi dan bakat anak-anak STAIL&SMART.
Semoga pada masa hadapan kita akan terus berjuang untuk memastikan STAIL dan SMART memenangi acara-acara seterusnya pada masa hadapan. Sememangnya kemenangan ini mengubat sedikit kedukaan yang disebabkan kekalahan di dalam pertandingan hafazan yang lalu. Saya yakin bahawa sekiranya anak-anak ini dilatih terlebih dahulu tidak mustahil mereka juga boleh memenangi pertandingan hafazan tempoh hari. Harapan saya kepada semua para guru, jadilah guru mempunyai semangat untuk menang demi Islam tercinta dan sekolah yang kita sayangi. Sekian , wassalam

Jumaat, 22 Mei 2009



Farwah nama anakku yang pertama

Ketika islam berjaya pada masa Rasulullah di Arab. Dengan suka rela, setiap insan yang mendengar seruan kalimat laa ilaha illallalah Muhammadur Rasulullah berbondong-bondong menyambutnya. Wajah-wajah kusut yang semula diselimuti kabut kemusyrikan menjadi cerah disinari pancaran cahaya Ilahi. Tidak ketinggalan juga Farwah bin Umar Al-Judzami, ketua daerah Ma’an dan sekitarnya yang diangkat Kaisar Romawi. Mengetahui hal itu, para penguasa Romawi marah dan mereka segera menangkap Farwah dan menjebloskannya ke penjara. Selanjutnya, ia dibunuh dan kepalanya dipancung, lalu diletakkan di sebuah mata air bernama Arfa’ di Palestin. Mayatnya disalib untuk menakutkan para penduduk agar tidak mengikuti jejaknya.


Ucapan Sempena Hari Murabbi/Guru (Guru Pembina Negara Bangsa) (Penjana Generasi Tabah, Berdisplin dan Bertanggungjawab

Assalamualaikum saya mulakan bicara. Lafaz dan ucapan selamat yang diajar oleh agama kita Islam yang kita cintai. Kesyukuran kehadrat ilahi tuhan dan pemerintahan sekalian alam. Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang yang mengutuskan baginda nabi s.a.w sebagai guru agama umat ini. Selawat dan salam ke atas baginda nabi, ahli keluarga serta para sahabat baginda serta para pejuang Islam sepanjang zaman.
Hari ini sekali lagi kita menyambut Hari Murabbi atau Hari Guru. Ia menjadi agenda tahunan sebagai tanda penghormatan dan ketinggian seorang guru. Kalimah keramat yang mengandungi seribu erti dan makna. Jikalau hari ini pelajar lulus periksa guru mendapat nama. Jika pelajar gagal periksa guru juga mendapat nama. Jika pelajar berakhlak mulia guru mendapat nama dan jika pelajar tidak berakhlak guru juga mandapat nama. Tugasan guru yang pelbagai dan beraneka ini telah mengangkat martabatnya menjadi seorang yang disegani dan dihormati.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapakan selamat hari murabbi kepada semua guru STAIL&SMART yang telah berjaya mengharungi tribulasi dan dugaan seorang guru. Dalam usia STAIL yang menjangkaui usia 10 tahun dan SMART 3 tahun sudah banyak mutiara yang berharga dapat dikutip sebagai bekal mengharungi zaman kehadapan. Saranan dan komentar daripada para ibu bapa dan masyarakat kita ucapakan jutaan terima kasih kerana tanpa kritikan kehidupan kita sebagai seorang guru tidak akan matang. Analogi seorang anak kecil terpaksa mengalami luka dan kesakitan sepanjang latihan berbasikal adalah satu analogi mudah. Jikalau seorang anak takut untuk menghadapi luka dan kesakitan maka tak mungkin ia mampu berbasikal dengan baik. Oleh itu kepada para guru dan murabbi saya berpesan agar kita menjadi insan yang berjiwa lapang dan berani menerima teguran dan saranan.
Saya juga mengambil kesempatan memohon berbanyak kemaafan daripada seluruh warga STAIL dan SMART yang mungkin menghadapi tekanan daripada saya sepanjang bekerja di bawah pengurusan saya. Saya juga adalah manusia biasa yang masih muda dan perlu banyak belajar dan terus belajar. Sebenarnya dan hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah anda warga STAIL dan SMART adalah guru saya secara anda tidak sedari. Dengan usia semuda ini saya terpaksa menguruskan 65 orang pekerja dalam pelbagai bidang dan jawatan. Dalam usia ini juga saya cuba menjadi pengurus dana yang menjangkaui jutaan ringgit. Keikhlasan, kesungguhan dan iltizam yang tinggi amat saya perlukan daripada antum sekalian para guru dan kakitangan STAIL&SMART.
Kepada guru-guru dan kakitangan yang akan menamatkan perkhidmatan saya ucapkan selamat jalan dan semoga berjaya dimana sahaja anda berada dan ingatlah Allah selalu.
Saya ingin mengakhiri ucapan saya ini dengan sebuah cerita yang berlaku kepada seorang nabi.
Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang nabi yang menerima wahyu melalui mimpi , pada suatu malam ia bermimpi diperintahkan dengan perintah berbunyi seperti berikut, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat arahan ini, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, nabi itu meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Begitulah sedikit mutiara kisah untuk kita sama-sama hayati sebagai seorang individu muslim yang berkhidmat diSTAIL dan SMART ini. Marilah kita jadikan sabarang kesusahan sebagai suatu yang manis, yang baik itu satu amalan, saling bantu membantu amalan kita semua, dan jangan sekali kita kotori hubungan kita dengan umpatan dan kata nista.
Akhir kata terimalah ungkapan ikhlas ini dari saya,
Dulu kita tidak dikenali,
Dulu kita tidak diperhati,
Dulu kita tidak dihormati,
Dulu kita tidak diyakini,
Dulu kita bukan pilihan dihati,
Tapi kini kita sudah dikenali,
Diperhati dan juga dihormati,
Kini menjadi pilihan dan diyakini,
Cabaran semakin menampakkan diri,
Guru adalah kelasi bahtera yang sedang berlari,
Ditengah lautan hati manusia yang tidak mahu dikhianati,
Wahai guru jasa kalian daku akui,
Tidak ternilai dek harta duniawi,
Staff STAIL&SMART tak pernah dilupa,
Pengorbanan kalian tidak kurang hebatnya,
Moga Allah membalas jasa dengan syurga diakhirat sana.
Sekian. Selamat Hari Guru dan Kakitangan STAIL&SMART
Abu Farwah 22/5/09 (11.54mlm)