Tepat jam 10pagi aku telah berbaris dan mengorak langkah menuju pesawat airasia milik jutawan muda Tony Fernandes berbangsa India. Entah bila bangsaku dan rakan seagamaku mampu menandingi semangat juang seperti bangsa Tony ini. Ohh alangkah indahnya jika ada syarikat tambang murah yang berkonsepkan Islam dan dimiliki oleh orang Islam. Para pekerja berpakaian menutup aurat dengan nilai peribadi yang penuh dengan sopan santun. wajah paramugarinya yang asli jernih tanpa mekap yang berlapis-lapis. Pesanan bacaan doa keselamatan ketika menaiki pesawat diperdengarkan. Dikepilkan zikir-zikir yang mathur kepada para penumpang muslim, tiada hidangan arak atau penjualannya. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2.5jam dan aku selamat tiba jam 12tgh waktu Indonesia. Alhamdulillah dan kesyukuran sekali lagi kerana Allah selamatkan penerbangan aku tadi dan kini aku menaiki sebuah teksi. Pemandunya peramah dan amat baik jikalau hendak dibandingkan dengan pemandu teksi yang sering aku naiki di bandaraya Kuala Lumpur. Malah yang paling tidak dapat aku lupakan ialah dia mengajak aku bersolat zohor dahulu walaupun jarak untuk aku pergi ke kota Solo dari airport hanyalah 15minit. Sepanjang perjalanan ke bandar Solo ia membukakan untuk siaran radio kuliah. Katanya di Indonesia ada radio khas untuk siri kuliah sahaja. Uhh.. alangkah berbezanya dengan negaraku yang radio khas untuk agama tidak ada tapi radio khas untuk muzik ada.... Sesampai di kota Solo aku cuba menghayati kehidupan kotanya yang penuh dengan kesibukan dan hiruk pikuk dengan pelbagai ragam manusia. Sebuah teksi jenis avanza menjadi pilihanku untuk terus sampai ke Ponorogo tempat di mana anakku tersayang tinggal dan belajar. Tepat jam 5.00ptg aku telah selamat sampai ke Maahad Darussalam tempat anakku belajar. Aku dimaklumkan anakandaku Farwah yang dia masih tidak dibenarkan pulang kerana malam itu ada perutusan khas daripada Pak Kiyai sebelum anak-anak bercuti selama 2 minggu. Malamnya aku melihat keadaan dan suasana para pelajar Gontor yang terkenal dengan disiplinnya. Jam 11mlm aku dapat surat kebenaran untuk membawa anak-anak pulang atau berjalan-jalan namun mereka masih tidak dibenarkan pergi sehingga loceng berbunyi. Kenapa masih terpaksa menunggu loceng berbunyi??(bersambung)















































