Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Pencari Jiwa-jiwa Muda

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."- Imam Hassan Al Banna

Generasi Awal Sek Tahfiz Al-Islah

"Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." - Imam Hassan Al Banna

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Jumaat, 20 Mei 2011

Kisah Daripada Rasulullah S.a.w : bil. 2


Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah R.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya tersebut kisah seorang lelaki daripada Bani Israel telah meminta hutang sebanyak seribu dinar daripada seseorang daripada kalangan Bani Israel. Maka berkatalah orang ingin memberi hutang kepadanya"Datangkanlah saksi untuk menyaksikannya". Kata si lelaki ini, "Cukuplah Allah sebagai saksinya". Berkata pula si pemberi hutang, "Datangkanlah penjamin untuk menjaminnya". Kata Si lelaki itu "cukuplah Allah sebagai penjaminnya". "Benar kamu" kata si pemberi hutang. Lalu dia pun menyerahkan wang sebanyak seribu dinar kepada si lelaki ini. Berlalu pergilah si lelaki ini dan menyelesaikan tanggungjawabnya dengan menyeberangi laut. Telah sekian lama sampailah waktu untuk dia membayar kembali hutang tersebut, maka dia pun pergi ke laut untuk mendapatkan sampan tetapi malangnya tidak ada sampan. Dia pun mengambil sebatang kayu lalu menebuknya dan memasukkan seribu dinar itu ke dalam lubang tersebut berserta surat untuk saudaranya yang telah memberi hutang kemudian dia pun menutup lubang tersebut. Selepas itu pergilah ke laut dengan membawa kayu tersebut dan menghanyutkannya sambil berdoa" Ya Allah, Sesungguhnya engkau tahu aku telah berhutang dengan saudaraku itu sebanyak seribu dinar, dan dia telah meminta saksi daripadaku tetapi aku mengatakan cukuplah engkau menjadi saksi, dia meminta penjamin dan aku berkata cukuplah engkau menjadi penjaminnya dan dia pun redha. Aku telah cuba mendapatkan kenderaan untuk ke sana tetapi tidak bertem. Oleh itu aku memohon kepadamu dan menyerahkan ini melalui engkau. Kemudian dia mencampakkan kayu tersebut ke dalam laut. Manakala saudaranya si pemberi hutang menanti di pengkalan untuk melihat kedatangan sampan yang membawa hutang yang telah dijanjikan untuk dibayar tetapi tidak kelihatan kecuali sebatang kayu. Maka dia pun mengambil kayu tersebut dan dibawa pulang untuk dijadikan kayu api. Apabila dipecahkan kayu tersebut maka di dapati ada wang dan surat daripada rakannya yang berhutang tersebut.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Ahmad dan At-Thobrani.

Pengajarannya:

1. Niat dan usaha yang baik akan sentiasa mendapat bantuan serta pertolongan daripada Allah s.w.t
2. Menunaikan amanah dan melaksanakan janji merupakan perkara yang penting di dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.


Khamis, 19 Mei 2011

Memori Satu



Perjalanan hidup ini kata orang seperti putaran roda, sekejap berada diatas dan sekejap berada di bawah. Kadang-kadang susah dan kadang-kadang senang. Iman pun begitu kadang-kadang meningkat dan menjulang tinggi tetapi kadang-kadang menjunam jatuh ke bawah. Betul semuanya ungkapan itu, cuma berapa ramai mereka yang sedar tentang kelemahan diri. Namun begitu bukanlah semua perkara di dalam kehidupan berputar, lihat saja contohnya umur dan memori yang lalu tertinggal dibelakang. Apakah hidup pada zaman kanak-kanak akan berputar kembali? Apakah hidup bersama ayah dan ibu sewaktu kecil di peluk dan dicium serta digendong ke sana dan ke sini akan berputar kembali? Hanya mereka yang berfahaman kufur mengenai roh yang ada penghidupan semula ke dunia sahaja mempercayainya. Jikalau hari ini kita sudah tidak punya ayah dan bonda maka kita cuma menanti, moga-moga bertemu kembali di syurga Allah.



Setiap orang selagi dia bernama manusia sudah pasti dia mempunyai memori dan pengalaman yang tersendiri. Ada yang mungkin dahulunya seorang anak yang sering dipukul dan dimarahi dek si ayah atau mungkin juga sering dicium dan dibelai oleh si ibu. Apa pun peristiwa itu, ia hari telah menjadi memori. Memori yang lalu sepatutnya menguatkan diri dan menjadi pedoman hidup hari ini dan yang akan mendatang nanti. Saya juga tidak terlepas daripada memori pahit dan manis di sepanjang kehidupan ini. Apa yang ingin saya kongsikan bersama para rakan pembaca merupakan memori yang banyak memberi kesedaran dan kekuatan di dalam meneruskan kehidupan ini.






Surat Khabar&Kesabaran

Saya bukanlah seorang 'reporter' akhbar utusan Malaysia malah saya lebih hebat daripada itu kerana akhbar itu hari ini bukanlah hebat sangat cuma sekadar buat bungkusan nasi lemak sahaja. Biar pun usia saya ketika itu cuma 8 tahun ke 10 tahun tapi saya sudah kenal erti kehidupan menjadi penjual surat khabar. Sekali lagi saya ingatkan surat khabar yang saya jual itu bukan Utusan Hairan. Surat khabar yang saya jual ini ialah surat khabar memberi khabar gembira di akhirat nanti. Surat khabar yang membicarakan tentang hakikat kehidupan abadi. Saya ke hulu dan ke hilir menjual surat khabar ini hinggalah naik bas dan turun bas menjual akhbar ini. Ayahandaku (Alfatihah buatnya) yang telah mengajarkan daku erti sebuah perjuangan dan kesabaran. Akhbar Islam yang memberitakan kisah-kisah Islam, akhlak yang baik, peringatan akhirat bukanlah diminati sangat oleh orang melayu kerana orang melayu lebih suka kisah dan berita video seks serta seangkatan dengannya. "Assaalamualaikum mak cik, ni ada surat khabar mak cik, murah saja mak cik." "Tak payahlah rumah mak cik dah banyak surat khabar". " Tapi ni surat khabar Islam mak cik". Pernah juga saya ke sebuah rumah dan dihalau dengan rotan oleh tuan rumah. Majalah Al-Qalam, Al-Ain dan surat khabar Al-Arqam itulah surat khabar yang saya jadikan bahan jualan. Alhamdulillah memori ini masih kekal di dalam jiwa dan fikiran saya. Ia mematangkan hidup saya sebagai seorang pendakwah. Dengan menjadi penjual surat khabar ini saya belajar untuk hilangkan rasa malu untuk berdakwah, berlatih berniaga, kesabaran dan semangat juang. Ucapan jutaan terima kasih kepada ayahanda Abu Bakar yang telah mendidik daku dengan jalan perjuangan ini. Kesyukuran ke hadrat Allah kerana daku terpilih untuk menjadi salah seorang pendakwah agamanya.

Isnin, 16 Mei 2011

Sajak Hari Guru 2011
















Salam perjuangan daku ucapkan padamu guru,

Perjuanganmu, perjuanganku juga jihad nabimu,

Kalau hari ini kau bergelar guru,Itu kerana anak muridmu,
Kalau namamu mualim, itu kerana ilmumu,



Sahabat-sahabatku guru,

Bakarlah diri untuk sinari anak didikmu,

Berkorbanlah sampai terkorban,

jangan sampai jadi korban nafsu,



Pada anak didikku,

Ucapan,senyuman anda penyeri hidupku,

Tangisan, kenakalanmu, pengalaman buatku,

Sayangilah daku dan guru-gurumu dalam doamu,

Doamu dikala hidupnya adalah mutiara,

Doamu dikala matinya kami, pahala berharga,

Terima kasih semua, terima kasih guru-guruku semua,

Mohon maaf daku pinta atas kesilapan dan kesalahan segala,

Selamat Hari Guru Untuk Semua...




Kepada sesiapa yang telah membaca blog ini silalah membuat sedikit sumbangan kepada Sekolah Tahfiz Al-Islah&Sekolah menengah Arab Tahfiz. Hubungi 045732622 atau saya sendiri 0134881601.
















Nasyid Hari Guru Oleh Para Pelajar SMART

Ahad, 15 Mei 2011

Video 3

Kisah-Kisah Daripada Rasulullah S.A.W

عن أبى هريرة عن النبى صلى الله عليه والسلام قال: "بينما أيوب يغتسل عريانا,خر عليه رجل جراد من ذهب, فجعل يحثى فى ثوبه فناداه ربه: يا أيوب ألم أكن أغنيتك عما ترى؟ قال بلى يا رب ولكن لاغنى بى عن بركتك

Maksud Hadis:


Daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Ketika Nabi Ayub A.S mandi dalam keadaan berbogel, turun kepadanya belalang daripada emas. Nabi Ayub A.S menadahnya dan meletakkan belalang emas tersebut di dalam bajunya. Allah s.w.t menyeru kepadanya: Wahai Ayub, Adakah aku tidak menjadikan kamu kaya sebagaimana yang engkau ketahui. Jawab Nabi Ayub A.S, "Bahkan ya Allah, tetapi aku tidak rasa puas dengan keberkatan darimu."


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab tauhid, Imam Nasaei di dalam bab mandi, juga diriwayatkan oleh Ibn Hibban serta Imam Ahmad.


Setelah anda membaca hadis ini janganlah lupa kepada Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz untuk melakukan wakaf/sumbangan/zakat. Hubungi 04-5732622/013-4881601

Sabtu, 30 April 2011

Islamlah wahai saudaraku pasti kau akan selamat

Malam kelmarin satu majlis pengislaman seorang yang beragama Budhha telah berjaya dilaksanakan. Sebelum pengislamannya sempat saya terangkan beberapa perkara berkaitan cara solat bagi mereka yang baru memeluk Islam dan tanggapan salah masyarakat melayu terhadap golongan mualaf. Pemikiran orang melayu seolah-olah Islam milik orang melayu juga sempat saya sentuh. Pagi tadi ceramah di Dewan Serbaguna Simpang tiga Tg.Berembang Nibong Tebal dengan tajuk Taat kepada Allah, Taat kepada Rasul dan Pemimpin Yang Adil. Dalam ceramah tersebut saya menyentuh juga isu sumpah mubahalah yang berlaku. Saya dengan jelas mengatakan bersumpah ini adalah ajaran sesat yang cuba dihalalkan dan inilah kerja syaitan. Sanggup mereka buat amalan sesat ini di dalam masjid sebagai rumah Allah? Orang melayu memang akan tertarik dengan sumpah. Tuduh orang berzina lepas tu tidak payah bawa empat orang saksi, cuma cukup dengan bersumpah. Hukum agama mana yang dipakai? Itulah persoalan saya kepada masyarakat.

Isnin, 25 April 2011

Video 2 (Hidup Biar Ada Matlamat....)

Hadis 1

Hadis 1
عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر ابن الخطاب رضى الله عنه قال, سمعت رسول الله يقول : انما الاعمال بالنيات وانما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أوامرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر اليه.
Ertinya:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab R.ahu beliau telah berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap amalan itu bermula dengan niat dan setiap orang baginya apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya dan sesiapa berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin ia nikahi maka hijrahnya mengikut apa yang ia hijrahkan kepadanya.

1. Nilaian Hadis

Nilaian hadis ini amat tinggi disisi para ulama sehingga dipandang telah melengkapi 1/3 hukum dalam Islam. Nilaian ini dikemukakan oleh Imam As-Syafie dan Imam-imam yang lain.

2. Siapa Umar ?

Umar Al-Khattab merupakan seorang Khalifah As-Rashidin iaitu khalifah kedua juga dikenali sebagai Ketua orang beriman dan Bapa Singa kerana ketegasannya di dalam melaksanakan hokum-hukum Islam. Beliau juga merupakan bapa mentua Rasulullah s.a.w dan sahabat yang dijanjikan syurga.

3. Kesan Niat Terhadap Amalan Kita.

Diantara kesan niat terhadap amalan kita ialah:

a. Dapat membezakan antara amalan ibadat dan adat, seperti seseorang yang adat kebiasaan mandi untuk menyejukkan badan dengan berniat untuk mandi sunat hari raya. Asal ialah untuk menyejukkan badan telah bertukar menjadi ibadat kerana niat mandi sunat hari raya.
b. Dengan niat juga boleh menyebabkan sesuatu amalan ibadat sah atau batal seperti seorang yang berniat mengikut imam atau tidak mengikut imam di dalam solat Jumaat. Di mana apabila seseorang berniat solat Jumaat tanpa niat mengikut imam maka batallah solat Jumaatnya. Dia wajib berniat mengikut atau menjadi imam. Oleh itu niat member kesan kepada amal ibadat sendiri
c. Niat seseorang juga boleh menyebabkan perbuatan baik seseorang ikhlas dan mendapat pahala daripada Allah atau ditolak dan tidak mendapat pahala daripada Allah sedikit pun, seperti membantu seseorang dengan niat mendapat redha Allah atau mendapat perhatian manusia.

Ahad, 24 April 2011

Solat Berjemaah

Peranan Imam dan Makmum



Peranan Imam dan Makmum Di Dalam Solat Berjemaah






Solat berjamaah adalah solat yang dilakukan secara bersama, dipimpin oleh yang ditunjuk sebagai imamnya. Solat-solat yang bisa dikerjakan berjamaah adalah:
Solat Lima Waktu: Subuh, Zhuhur, Ashar, Maghrib dan Isya
Solat Jumaat
Solat Tarawih
Solat Idul Fitri dan 'Idul Adha
Solat Jenazah
Solat Istisqa (Minta Hujan)
Solat Gerhana Bulan dan Matahari
Solat Witir






Cara Melakukan






Berniat dalam hati bahawa ia menjadi makmum atau imam. Adapun seseorang yang pada mulanya solat sendirian, kemudian ada orang lain yang mengikuti di belakangnya, baginya tidak dituntut sebagai imam.
Makmum tidak dibenarkan mendahului imam, baik tempat berdirinya atau pun gerakannya selama solat berjama'ah berlangsung. Makmum diharuskan mengikuti sikap/gerak imam, tidak boleh terlambat apa lagi sampai tertinggal hingga dua rukun solat.
Apabila makmum menyalahi gerakan imam (sengaja tidak mengikutinya) maka putuslah erti jama'ah baginya; dan ia disebut mufarriq.
Antara imam dan makmum harus berada dalam satu tempat yang tidak terputus oleh sungai atau tembok mati kerana itu berjamaah melalui radio atau seumpamanya dalam jarak jauh, tidak memenuhi syarat berjamaah.
Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri, bukan orang yang sedang makmum kepada orang lain. Selain itu, imam hendaklah seorang laki-laki. Perempuan hanya dibenarkan menjadi imam sesama perempuan dan anak-anak.
Solat berjamaah hukumnya sunnah muakkad iaitu sunnat yang sangat dianjurkan. Perbedaan nilai solat berjamaah, 27 kali lebih baik daripada solat sendirian (munfarid). Solat berjamaah paling sedikit adalah adanya seorang imam dan seorang makmum.
Bila seseorang terlambat mengikuti solat berjamaah, hendaklah ia segera melakukan takbiratul ihram, lalu berbuat mengikuti imam sebagaimana adanya. Bila imam sedang duduk, hendaklah ia duduk, bila imam sedang sujud ia pun harus sujud; demikian seterusnya. Apabila imam sudah memberi salam, hendaklah ia bangun kembali untuk menambah kekurangan raka'at yang tertinggal dan kerjakanlah hingga raka'atnya selesai.
Ukuran satu rakaat solat ialah ruku'. Bila seseorang mendapatkan imam ruku dan dapat mengikutinya dengan baik, maka ia mendapatkan satu rakaat bersama imam.
Rasulullah s a.w. bersabda: "Apabila seseorang di antara kamu mendatangi solat, padahal imam sedang berada daam suatu sikap tertentu, maka hendaklah ia berbuat seperti apa yang sedang dilakukan oleh imam". (HR Turmudzi dan Ali r.a. )

Khamis, 17 Februari 2011

Perjalananku....

Setelah sekian lama daku tidak menulis diruangan ini, bukan kerana tiada masa tapi entah kenapa 'mood' untuk menulis agak menurun tika itu. Tapi hari ini daku jadikan temanku yang sudah lama daku tidak menatapnya sebagai teman bicara. Daku baru saja pulang bercuti bersama anakku tercinta Farwah berserta rakan-rakannya di Pulau Jawa. Tidak juga daku lupakan untuk singgah menatap wajah isteriku tersayang di sana. Perjalanan berseorangan ke Solo tanpa ditemani isteriku wardah dan anak-anak rasa sunyi dan hambar. Begitulah kasih seorang suami dan ayah. Apa tidaknya ketika berjalan beramai-ramai bersama deretan anak-anak rasa rimas kerana kenakalan anak-anak tetapi bila tiada rasa sunyi menerkam jiwa. Begitulah jiwa manusia semasa ada rasa tidak berharga tapi bila dah tiada baru rasa nilainya. Alhamdulillah perjalananku lancar dan mengikut jadual. Isteriku wardah dan anak-anak bangun awal untuk menghantar daku ke airport Penang, seawal jam 5.00pagi. Daku berpisah sebentar dengan isteriku dan anak-anak. Biar pun perpisahan itu hanya sebentar namun kerinduan tetap terasa begitulah halusnya jiwa manusia yang dicipta Allah. Daku sampai mendarat jam 7pagi di airport Lcct dan terus melayan nafsu perut yang sudah menjerit kelaparan. Apa yang nak dimakan harus difikirkan kerana pelbagai jenis makanan tertera dipapan kenyataan dengan harga yang tak kurang mahalnya. Hissh.. itulah daku manusia yang diselaputi kenikmatan yang melimpah ruah daripada tuhan hingga makan saja harus difikirkan sedang ramai manusia lain yang kelaparan dan hidup dalam kemiskinan tidak sempat untuk berfikir tentang makanan. Apa yang ada itulah yang dimakan. Tapi orang seperti daku ini terpaksa berfikir kerana terlalu banyak makanan. Adakah daku ini lebih bersyukur dan lebih tinggi iman daripada mereka yang dirundung kemiskinan. Ya, daku hanya pandai berkata pada orang, bersyukurlah dan berpadalah dengan rezeki yang ada, tapi apakah aku bersyukur? Ahh.. memangnya daku seorang yang banyak dosa padamu tuhan. Akhirnya nasi ayam menjadi pilihan.. Penerbanganku ke Solo jam 10pagi, dan daku terus terfikir apa yang patut daku lakukan dalam tempoh 3jam ini. Ya seperti biasa aku akan mencari sebuah buku untuk dijadikan teman sepanjang perjalanan. Membaca jambatan ilmu, lantaran itu suruhan pertama kepada Rasulullah s.a.w ialah membaca. Aku melangkahkan kaki ke kedai yang berdekatan dan membelek-belek buku-buku yang tersusun di rak kedai tersebut. Apakah jenis bacaan yang hendak aku cari? Lebih baik bacaannya agak santai kerana perjalanan yang jauh amat memenatkan. Akhirnya aku dapati juga buku yang menarik minat aku dengan tajuk " 30 tip penenang hati" karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni yang terkenal dengan buku 'Jangan bersedih'. Entah kenapa buku itu yang menjadi pilihanku. Disamping buku akau juga membeli surat khabar demi mendaptkan info terbaru tentang negara yang tercinta. Ya, surat khabar tidak ada cerita lain melainkan cerita jenayah dan politik mendominasi senarai beritanya disamping berita artis pujaan manusia.

Tepat jam 10pagi aku telah berbaris dan mengorak langkah menuju pesawat airasia milik jutawan muda Tony Fernandes berbangsa India. Entah bila bangsaku dan rakan seagamaku mampu menandingi semangat juang seperti bangsa Tony ini. Ohh alangkah indahnya jika ada syarikat tambang murah yang berkonsepkan Islam dan dimiliki oleh orang Islam. Para pekerja berpakaian menutup aurat dengan nilai peribadi yang penuh dengan sopan santun. wajah paramugarinya yang asli jernih tanpa mekap yang berlapis-lapis. Pesanan bacaan doa keselamatan ketika menaiki pesawat diperdengarkan. Dikepilkan zikir-zikir yang mathur kepada para penumpang muslim, tiada hidangan arak atau penjualannya. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2.5jam dan aku selamat tiba jam 12tgh waktu Indonesia. Alhamdulillah dan kesyukuran sekali lagi kerana Allah selamatkan penerbangan aku tadi dan kini aku menaiki sebuah teksi. Pemandunya peramah dan amat baik jikalau hendak dibandingkan dengan pemandu teksi yang sering aku naiki di bandaraya Kuala Lumpur. Malah yang paling tidak dapat aku lupakan ialah dia mengajak aku bersolat zohor dahulu walaupun jarak untuk aku pergi ke kota Solo dari airport hanyalah 15minit. Sepanjang perjalanan ke bandar Solo ia membukakan untuk siaran radio kuliah. Katanya di Indonesia ada radio khas untuk siri kuliah sahaja. Uhh.. alangkah berbezanya dengan negaraku yang radio khas untuk agama tidak ada tapi radio khas untuk muzik ada.... Sesampai di kota Solo aku cuba menghayati kehidupan kotanya yang penuh dengan kesibukan dan hiruk pikuk dengan pelbagai ragam manusia. Sebuah teksi jenis avanza menjadi pilihanku untuk terus sampai ke Ponorogo tempat di mana anakku tersayang tinggal dan belajar. Tepat jam 5.00ptg aku telah selamat sampai ke Maahad Darussalam tempat anakku belajar. Aku dimaklumkan anakandaku Farwah yang dia masih tidak dibenarkan pulang kerana malam itu ada perutusan khas daripada Pak Kiyai sebelum anak-anak bercuti selama 2 minggu. Malamnya aku melihat keadaan dan suasana para pelajar Gontor yang terkenal dengan disiplinnya. Jam 11mlm aku dapat surat kebenaran untuk membawa anak-anak pulang atau berjalan-jalan namun mereka masih tidak dibenarkan pergi sehingga loceng berbunyi. Kenapa masih terpaksa menunggu loceng berbunyi??(bersambung)

Khamis, 2 Disember 2010

Tuan Kambing dan Ibu Kambing


" Dan mereka yang beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu dan nabi sebelum kamu dan mereka yakin dengan hari kebangkitan." (Al-Baqarah ayat 4)


Pada suatu petang seorang penternak kambing telah berkata kepada seekor ibu kambing. " Wahai ibu kambing aku ingin mengambil anakmu untuk dijadikan korban, apakah kamu mengizinkannya?" Ibu kambing pun menjawab "bek, bek." " Aku hendak mengambil anak kamu yang besar bukan yang kecil." kata tuan kambing lagi. Kemudian tuan kambing pun membawa pergi si anak kambing jantan yang bebadan tegap dan sihat untuk dijadikan korban tahun ini. Peristiwa seperti ini patutkah berlaku? Patutkah atau perlukah si penternak kambing ini memaklumkan terlebih dahulu kepada si ibu kambing tentang kehendaknya. Perlukah memohon kebenaran daripada si ibu kambing sebut?Pasti jawapan tidak perlu,kerana yang memelihara, merawat sakit, memberi makan dan menyediakan kandang untuk mereka semua adalah si tuan kambing bukannya si Ibu kambing. Begitulah juga kita dengan Allah, segala yang berlaku adalah ditakdirkan oleh Allah dan kita tidak ada hak untuk mempersoalkan taqdir yang ditentukan ke atas kita. Kita diberi makan, minum oleh Allah, dicipta oleh Allah dan disediakan pula t.empat tinggal iaitu dunia ini utk menumpang teduh sementara menemui Allah s.w.t. Ayat Al-Baqarah di atas menjelaskan hakikat agama ini yang dibawa oleh semua para nabi bermula daripada Adam a.s hinggalah Rasulullahs.a.w ialah mengimani kewujudan dan kekuasaan Allah s.w.t dan hari akhirat yang pasti datang.

Siapalah kita kalau bukan hanya insan biasa yang tiada apa, dicipta oleh Allah maha kuasa. Semalam sempat menyampaikan ceramah di surau rumah sri kenangan Bedong dan sempat pula menziarahi penghuni-penghuninya. Ada penghuninya yang sudah terlantar sakit dan terpaksa dipakaikan lampin setiap hari dan jumlah mereka mencecah 30 orang lebih. Dimaklumkan oleh penjaga ada dikalangan mereka itu yang ketika mudanya jenis baran. Begitulah lemahnya manusia, sedarlah wahai diri jangan rasa dirimu hebat dan tinggi kerana hebat dan tinggi itu adalah kepunyaan Allah s.w.t. Rendahkanlah dirimu dan bersikap baiklah sesama manusia moga kita beroleh pahala dan ganjaran Allah hendaknya. Amin..

Selasa, 30 November 2010

Aktiviti Para Peserta Kem Hafazan Kali Ke 6































Beginilah keadaan mereka sepanjang berada di sini, sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Jika mereka tidak dapat menghafaz sekali pun, mereka tetap berjaya kerana mereka telah berjaya berdamping dengan Al-Quran di sini. Apa yang diharapkan mereka akan terus berdamping dengan Al-Quran selepas ke rumah masing-masing. Siapa fasilitator mereka??





Isnin, 29 November 2010

Suasana Hari Pendaftaran Kem Hafazan Kali ke 6






















Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan program kem hafazan kali berjaya diadakan. Walaupun pada mula mereka yang mendaftar melalui talian sms mencecah 180 orang namun yang hadir hanyalah 150 orang. Namun begitu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi mendaftarkan anak pada kami dan menganggap penghantaran anak-anak tuan puan kepada kami merupakan satu amanah yang wajib kami tunaikan. Insyallah kami akan sedaya upaya mendidik anak-anak tuan puan menjadi anak-anak yang soleh dan sekurang-kurangnya dapat menghafaz sedikit daripada Al-Quran dan seterusnya menghayatinya. Surah pilihan untuk kali ini ialah hafazan surah As-sajdah yang mempunyai 30 ayat dengan panjangnya 3 muka surat. Terdapat pelajar yang telah menghafaznya dan kepada mereka ini kami wajibkan mengulang dan menghafaz makna-maknanya secara lengkap.






Suasana hari pendaftaran berjalan dengan meriah dan baik sekali dengan ucapan daripada saya dan penyerahan para peserta kepada Kem Komandan Tuan Akmal Md Ali. Moga Allah memberi kekuatan kepada para peserta untuk menghabiskan perjuangan mereka menghafaz dan menghayati Al-Quran sehingga tamat kem ini. Kepada para waris saya mengharapkan pengorbanan perasaan agar dapat berpisah buat sementara waktu dengan anak-anak peserta. Tuan puan tidak digalakkan untuk menziarahi para peserta kerana emosi mereka akan terganggu dan memberi kesan kepada tumpuan hafazan mereka. Moga Allah bersama kita di mana sahaja kita berada dan memelihara anak-anak kita amin ya rabbalalamin.

Khamis, 25 November 2010

Iman&solat

"Mereka yang bertaqwa itu adalah orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib dan mendirikan solat dan mereka menafkahkan rezeki yang dikurniakan kepada mereka.(Al-Baqarah ayat 3)
Kelmarin anakku Farwah menghubungi umminya dan memberitahu yang dia kurang sihat dengan sakit dada. Dan alhamdulillah sudah diambil ubat dan hari ini beransur sihat. Beberapa ketika saya teringat ayat Allah yang memerintahkan kita memohon pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat. Darjat taqwa memang hebat kerana dengan darjat ini maka pelbagai kelebihan bakal diperoleh dan kelebihan adalah anugerah dari Allah s.w.t. Keimanan orang bertaqwa, solat mereka dan sedeqah mereka, bukan sebarangan amalan, malah ia adalah amalan hebat dan diterima terus oleh Allah s.w.t. Lantaran teringat itu semua lantas daku pun berusaha melaksanakan solat memohon ke hadrat Allah agar diberi kesembuhan kepada anakku Farwah dan diberikan kekuatan untuk dia terus berjuang.
Sebentar tadi ketika menghadiri solat Jumaat, tiba-tiba tuan Imam meminta saya berkhutbah. Setelah saya melihat dan menyelak tajuk-tajuk khutbah terpandang saya satu tajuk 'kemuliaan solat'. Orang bertaqwa mendirikan solat dengan penuh keimanan seperti maksud ayat di atas dimana bermula dengan keimanan, kemudian barulah solat dan bersedekah. Manakala orang munafik mendirikan solat kerana ingin menunjuk-nunjuk sebab itu mereka malas dan tidak mahu bersolat sunat. Perkara boleh kita lihat di dalam ayat yang bermaksud: Sesungguhnya orang munafik itu ingin menipu Allah dan Allah membalas tipu muslihat mereka dan apabila mereka mendirikan solat mereka bangun dalam keadaan malas dan menunjuk-nunjuk akan solat mereka dan tidaklah mereka itu ingat Allah melainkan sedikit sahaja.
Kepada para muslimin sekalian dirikanlah solat ketika senang atau susah dan mohonlah pertolongan dengan bersolat dan beristighfar insyallah Allah tidak akan merpersiakan kita. Wallahua'lam

Selasa, 23 November 2010

Kem Hafazan Al-Quran Kali Ke 6 (5 hari lagi)

Alhamdulillah tinggal 5 hari Kem Hafazan Al-Quran kali ke 6 akan bermula dan kini seramai 150 orang sudah mendaftar melalui sms. Ramai juga dikalangan para pelayar laman blog ana ini yang mengatakan tidak bertemu dengan maklumat Kem ini. Oleh itu di sini saya menyenaraikan semula maklumat-maklumat tersebut:



1. Tarikh : 28 Nov. 2010 hingga 5 Disember 2010



2. Jam pendaftaran pada 28 Nov ialah jam 2 petang dan tamat jam 2 petang pada tarikh 5 Dis



3. Terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 15 tahun.



4. Tempat : Asrama Sekolah Tahfiz Al-Islah, Jalan Kampung Tok Bedu Tasek Gelugor, Sbrg Perai Utara



5. Yuran : RM 230 seorang


6. Peralatan Yg Perlu Dibawa


1.Mushaf Al-quran

2.Pakaian solat

3.Pakaian sukan

4.Bantal dan selimut

5.Peralatan kemas diri

6.Kasut sukan

7.Sejadah


8.Jubah putih(untuk putera)


9.Tudung putih (untuk puteri)

Peralatan Yg Dilarang Untuk Dibawa


1. Telefon bimbit

2. Barangan kemas

3. Wang melebihi RM 20.00

4. Seluar jeans dan t-shirt ketat

5. Semua perkara yang menyalahi peraturan sekolah di Malaysia

Moga anak-anak datang dengan jiwa yang lapang dan bersedia untuk dididik oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi. 'Datang dengan keinsafan pulang dengan kesolehan'.

Sabtu, 20 November 2010

Ihtifal Kali Ke 11
















Maksud Firman Allah : Alif Lam Mim, Demikianlah kitab yang tidak ada keraguan padanya, menjadi hidayah kepada orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah ayat 1-2)










Ucapan syukur dan segala puji milik Allah yang telah memberi kejayaan kepada Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz sepanjang liku perjuangan selama 11 tahun yang lalu. Berpandukan manhaj yang benar yakni Al-Quran dan As-sunnah sebagaimana yang diungkapkan oleh bekas Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah Prof.Madya Dr. Mohd Zin Kandar bahawa setiap institusi mesti mempunyai manhaj yang sahih dan tidak ada manhaj yang paling sahih melainkan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.










Berpandukan ayat di atas saya selaku pentadbir dua buah sekolah ini yakin dan percaya selagi kami berpandukan manhaj yang sahih ini pasti Allah akan membantu dan memudahkan segala urusan. Pertunjuk dan bimbingan daripada Allah pasti akan diperoleh oleh mereka yang bertaqwa. Siapalah orang yang bertaqwa kalau bukan mereka yang sanggup menggadaikan segala kesenangan dan kemewahan dunia demi Islam yang tercinta. Oleh itu Ihtifal kali ini menyaksikan betapa ramai kakitangan amnya dan guru-guru khususnya terdiri daripada kalangan mereka yang masih muda dan baru. Sepanjang 11 tahun saya di sini sudah ramai yang gugur ditengah jalan tidak sanggup mengharung badai dan ombak apatah lagi bila ternampak pulau kesenangan sedang menanti. Ada juga yang berputus asa dan boleh menerima tarbiyyah dalaman akhirnya gugur juga di tengah jalan.










Sekali saya imbas anak-anak dipentas tampak mereka membuat persembahan dengan baik sekali. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang melatih mereka. Hari ini hari bahagia seorang guru melihat kejayaan anak-anak didik mereka. Pelajar Pra dengan keanak-anakannya, pelajar STAIL dengan perangai separa matangnya dan anak-anak SMART dengan sifat kepimpinannya. Syabas kepada guru2, kakitangan dan anak-anak didikku serta ta terima kasih kepada Dr Mohd Zin yang sudi hadir biar pun tinggal jauh di Johor dan tidak dilupakan para ibu bapa dan waris yang hadir. Malangnya juga ramai waris dan ibu bapa anak-anak pra sahaja yang hadir terlalu sedikit waris STAIL dan SMART yang hadir. Apakah ibu bapa rasa anak-anak yang sudah besar ini tidak perlu lagi diberi sokongan? Wallahua'lam. Moga daku terus diberi pertunjuk untuk mendidik anak-anakku dan anak-anak muridku.

Rabu, 17 November 2010

Berkorban apa sahaja...


Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan untuk bersolat di Masjid lama Sg. Duri, Sg. Bakap. Masjid yang hanya berdindingkan papan sungguh memberi ketenangan kepada hatiku untuk bersolat disitu. Sempat bertemu sahabat-sahabat seperjuangan seperti Abang Mohd Nor dan Cikgu Abdul Ghani. Saya ke situ atas jemputan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan menyembelih 2 ekor lembu korban.
Di dalam khutbah sempat saya memperingatkan diri saya dan para jemaah agar membesarkan Allah dan sanggup berkorban demi Islam tercinta. Tiadalah yang lain perlu didahulukan melainkan hanya Islam saja yang patut didahulukan. Saya juga memutarkan sedikit kisah nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Ismail sekalipun selepas menanti hampir seratus tahun barulah nabi Ibrahim mendapat anak iaitu Ismail. Bayangkan betapa sayang nabi Ibrahim pada Ismail, namun kerana perintah dan suruhan Allah maka kasih sayang terpaksa dikorbankan. Saya bertanya pada diri saya dan para hadirin, Ismail manakah yang kita akan korbankan untuk mengecapi cinta kita pada Allah s.w.t.
Pada hari lembaran ini juga teringat daku pada anakku Farwah di Indonesia yang telah menyambut sehari lebih awal dariku di sini. Anakku Farwah memang suka pada binatang terutama binatang ternakan seperti lembu. Di Pasenterennya 25 ekor lembu ditumbangkan dan diurus oleh para pelajar tingkat 5. Dia masih merindui abi dan ummi serta adik2nya. Isteriku di kampung tetap dalam ingatanku, kerana kali ini ia beraya di kampung jauh dariku. Itulah jiwa manusia, kasih dan sayang tidak dapat dirungkai dari menusuk jiwa. Jika kita yang hanya terpisah sebentar dan tidak sejauh mana dengan mempunyai kenderaan canggih seperti pesawat sudah rasa kehilangan dan kesunyian serta kerinduan. Bagaimana dengan Ibrahim a.s yang terpisah dengan anak dan isteri tercinta ribuan batu jauhnya. Anak dan isteri ditinggalkan di tempat tiada siapa, sunyi sepi tiada makanan dan minuman sedangkan baginda hanya punya kenderaan unta atau kuda. Namun kerana itu semua adalah suruhan Allah maka baginda tetap melaksanakannya.

Moga daku dan kita semua beroleh hidayah dan taufiknya menjadi pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam tercinta, demi Allah azzawajalla dan Rasulullah tercinta.

Isnin, 15 November 2010

Selamat Hari Raya Haji




Maksudnya:


Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki atau menunggang unta yang kurusm mereka datang dari segenap penjuru yang jauh. Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang dia berikan kepada mereka berupa binatang ternakan. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan sebahagian diberikan untuk dimakan oleh orang-orang fakir. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan melakukan tawaf sekeliling Baitullah. (Al-Haj 27-29)


Kita mengucapkan syukur setinggi tingginya ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi kesempatan kepada kita untuk menyambut hari raya haji atau korban sekali lagi. Kehadiran hari yang mulia mungkin didahului dengan persoalan yang agak 'panas' kerana wuquf di Mekah sudah pun berlalu dan kita di Malaysia agak 'kelewatan wuqufnya'. Apa pun setelah diisytiharkan oleh pihak kerajaan maka kita sebagai umat Islam wajib mengikuti pemerintah kerana ia masih di dalam perkara kekhilafan ulama'. Bukanlah saya ingin mengulas perkara tersebut tetapi apa yang ingin kongsikan pada kali ini ialah berkaitan ayat yang saya lontarkan di awal tulisan ini. Ada 6.perkara yang ingin saya menarik perhatian para pembaca:


1. Berdakwah adalah kerja dan tanggungjawab serta sunnah para nabi yang sepatutnya kita ikuti.

2. Berdakwah adalah kerja kita tetapi yang memasukan hidayah adalah kerja Allah. Sebab itu apabila nabi Ibrahim bertanya kepada Allah apakah akan sampai suara aku ini? Allah menjawab aku yang akan menyampaikan kepada manusia

3. Amalan haji merupakan amalan yang memerlukan pengorbanan yang tinggi dan sanggup bersusah payah

4. Ibadah korban merupakan salah satu amalan yang boleh dilakukan oleh itu yang tidak mengerjakan haji

5. Kita yang tidak mengerjakan haji apakah kita boleh merasai kesusahan dan kepanasan padang Arafah jikalau tidak berpuasa sunat pada hari Arafah? Apakah kita boleh merasai pengorbanan ribuan ringgit yang dikeluarkan oleh mereka yang mengerjakan haji jikalau kita tidak melaksanakan ibadah korban? Bolehkah kita merasai kemanisan beribadah seperti mengerjakan yang kini berada di Baitullah jikalau kita kita mengerjakan solat sunat hari raya atau menghadiri masjid-masjid untuk solat berjemaah?

6. Islam adalah milik semua bangsa dan negara. Jangan anggap orang melayu sahaja Islam dan orang lain tidak. Persaudaraan kita adalah atas dasar agama bukan bangsa atau negara.