Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Rabu, 13 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 4

Kepulangan kami dari lawatan di Kemboja telah memberi kesan yang mendalam kepada diri kami setelah melihat sendiri kemiskinan dan kedhaifan yang terpaksa ditanggung oleh umat Islam Kemboja. Oleh itu usaha mengutip yuran penyertaan korban pun dilaksanakan tanpa ditangguh lagi. Hasilnya pada tahun pertama program ini dijalankan iaitu tahun 1428 bersamaan tahun 2007 pihak Sekolah Tahfiz Al-Islah berjaya mengumpul penyertaan seramai 350 orang peserta...