Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Khamis, 26 Mei 2011

Memori Ketiga

Ungkapan Innalillah.... terungkapan apabila melihat berita tanah runtuh yang membabitkan anak-anak yatim di Ulu Langat. Sememangnya kita sering juga mendengar kejadian runtuh-runtuh ini berlaku di dalam negara kita yang tersayang ini. Stadium runtuh, bumbung runtuh, taman runtuh, termasuklah durian runtuh pada musim perayaan. Tetapi kejadian tanah runtuh sehingga membabitkan kematian dan kecederaan anak-anak yatim kali telah mengejutkan banyak pihak...