Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Selasa, 9 November 2010

Anak Oh Anak

Kehidupan dahulu dan sekarang sebenarnya adalah sama cuma cara berfikir dan hidup sahaja yang berbeza. Apa bezanya kalau orang dahulu makan dan orang sekarang pun makan. Kalau orang dahulu minum orang sekarang juga minum. Kalau orang dahulu ada rumah orang sekarang juga ada rumah. Bezanya cuma pada cara makan, minum, membina rumah dan sebagainya. Begitulah juga dengan belajar, orang dahulu belajar dan orang sekarang juga belajar tapi caranya sahaja...