Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Pencari Jiwa-jiwa Muda

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."- Imam Hassan Al Banna

Generasi Awal Sek Tahfiz Al-Islah

"Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." - Imam Hassan Al Banna

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Rabu, 17 November 2010

Berkorban apa sahaja...


Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan untuk bersolat di Masjid lama Sg. Duri, Sg. Bakap. Masjid yang hanya berdindingkan papan sungguh memberi ketenangan kepada hatiku untuk bersolat disitu. Sempat bertemu sahabat-sahabat seperjuangan seperti Abang Mohd Nor dan Cikgu Abdul Ghani. Saya ke situ atas jemputan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan menyembelih 2 ekor lembu korban.
Di dalam khutbah sempat saya memperingatkan diri saya dan para jemaah agar membesarkan Allah dan sanggup berkorban demi Islam tercinta. Tiadalah yang lain perlu didahulukan melainkan hanya Islam saja yang patut didahulukan. Saya juga memutarkan sedikit kisah nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Ismail sekalipun selepas menanti hampir seratus tahun barulah nabi Ibrahim mendapat anak iaitu Ismail. Bayangkan betapa sayang nabi Ibrahim pada Ismail, namun kerana perintah dan suruhan Allah maka kasih sayang terpaksa dikorbankan. Saya bertanya pada diri saya dan para hadirin, Ismail manakah yang kita akan korbankan untuk mengecapi cinta kita pada Allah s.w.t.
Pada hari lembaran ini juga teringat daku pada anakku Farwah di Indonesia yang telah menyambut sehari lebih awal dariku di sini. Anakku Farwah memang suka pada binatang terutama binatang ternakan seperti lembu. Di Pasenterennya 25 ekor lembu ditumbangkan dan diurus oleh para pelajar tingkat 5. Dia masih merindui abi dan ummi serta adik2nya. Isteriku di kampung tetap dalam ingatanku, kerana kali ini ia beraya di kampung jauh dariku. Itulah jiwa manusia, kasih dan sayang tidak dapat dirungkai dari menusuk jiwa. Jika kita yang hanya terpisah sebentar dan tidak sejauh mana dengan mempunyai kenderaan canggih seperti pesawat sudah rasa kehilangan dan kesunyian serta kerinduan. Bagaimana dengan Ibrahim a.s yang terpisah dengan anak dan isteri tercinta ribuan batu jauhnya. Anak dan isteri ditinggalkan di tempat tiada siapa, sunyi sepi tiada makanan dan minuman sedangkan baginda hanya punya kenderaan unta atau kuda. Namun kerana itu semua adalah suruhan Allah maka baginda tetap melaksanakannya.

Moga daku dan kita semua beroleh hidayah dan taufiknya menjadi pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja demi Islam tercinta, demi Allah azzawajalla dan Rasulullah tercinta.