Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Pencari Jiwa-jiwa Muda

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."- Imam Hassan Al Banna

Generasi Awal Sek Tahfiz Al-Islah

"Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." - Imam Hassan Al Banna

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selasa, 22 November 2011

Peralatan Kem Hafazan

Insyallah Kem Hafazan Al-Quran Kali Ke 7 akan diadakan pada 27 November 2011(mula jam 8.30pagi) hingga 4 Disember 2011(berakhir pada jam 2.00ptg), bertempat di Sekolah Tahfiz Al-Islah Tasek Gelugor. Terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 15 tahun putera dan puteri.


Yuran Penyertaan RM 240.00 termasuk makan minum dan tempat tinggal.


Untuk urusan pendaftaran sila hubungi saya Ustaz Ahmad Fahmi ditalian 013-4881601 atau mualimah Wardah ditalian 019-4651656. (sms nama anak dan umur sahaja)


Pengisian Program

1. Hafazan surah-surah pilihan
2. Hafazan dan memahami makna bacaan dalam solat (ada buku khas wajib beli)
3. Ceramah agama dan motivasi
4. Solat fardhu dan sunat
5. Latihan dalam kumpulan
6. Berkelana
7. Riadhah
8. Qiamulail
9. Tilawah Al-Quran

10. Kuliah

Peralatan yang perlu dibawa:

1. Mushaf Al-Quran
2. Sejadah
3. Selimut
4. Jubah putih untuk lelaki dan tudung putih untuk perempuan
5. Pakaian solat
6. Pakaian sukan
7. Kasut sukan
8. Peralatan Kemas Diri
9. Pinggan plastik/mangkuk plastik/sudu dan garpu
10. Bantal

Selasa, 11 Oktober 2011

Trip To USA Bahagian Akhir

Kelemahan ummat Islam ialah bermula dengan lemahnya iman dan ilmu. Itulah yang boleh saya simpulkan sepanjang pengalaman mengikuti program IVLP di U.S. Semasa melawat Universiti dan High School milik masyarakat yahudi, saya dan rakan-rakan sempat berdiskusi dan cuba memahami kekuatan dan kelemahan golongan ini. Sememangnya mereka amat mencintai bumi Palestin sehingga bendera Israel berkibar bersama dengan bendera U.S. Kami dilayan dengan baik oleh mereka dan alhamdulillah pengalaman berintraksi secara langsung dengan mereka telah membuka lagi minda dan pengalaman dakwah saya. Saya berazam pulang nanti saya akan melaksanakan program yang lebih baik bagi melawan dan menandingi kekautan ummat Yahudi. Bayangkanlah kekuatan ilmu mereka, di mana mereka boleh menguasai dunia dengan hanya 13 juta orang. Dimana ummat Islam yang mempunyai 1.8billion orang Islam di seluruh dunia. Malah ketika hendak pulang sempat lagi, seorang Rabai menunjukkan gambar seorang tenteranya yang ditangkap oleh Hamas dan minta tolong desak Hamas agar membebaskan tenteranya yang disifatkan baik dan penyayang.




Kesempatan bertemu dengan bekas pimpinan ISNA dan melawat sekolah milik beliau, saya rasa ummat Islam di U.S sedang bertungkus lumus untuk menegakkan Islam kerana mereka merasakan ketidakselesaan berada di bumi kuffar malah sebagai ummat minoriti. Dengan rasa ketidakselesaan ini telah menyebabkan ummat Islam bersatu dan bangkit untuk menongkah segala cabaran dan dugaan. Namun apa yang berlaku di Malaysia dan negara majoriti ummat Islam mereka rasa berada di dalam zon selesa hingga akhirnya berada dalam keadaan bermimpi dan nyenyak tidur tanpa rasa ingin bangkit dan bangun untuk mencipta dan meraih kemuliaan. Sempat juga kami berkunjung ke rumah seorang muslim yang berperanan sebagai pengantara antara kami dengan State Department U.S untuk membuat konkulusi program yang kami ikuti. Hasil pertemuan itu saya faham bahawa apa yang U.S inginkan daripada kami ialah agar kami menjadi seorang Islam yang liberal dan bersikap pluralistik. Saya rasa terlalu marah, dengan konklusi ini dan rasa ingin sekali berdebat namun keterbatasan kemahiran bahasa menyebabkan hasrat itu saya simpan.


Sekarang saya sudah pun sampai ke rumah, bertemu dengan anak-anak dan isteri tercinta dengan azam dan semangat yang baru. Saya ingin membina sekolah dan masyarakat madani yang diimpikan bermula dengan perubahan sikap dan cara berkerja terutamanya di rumah dan sekolah saya. Jikalau inginkan sagunya, pecahkanlah ruyungnya, kalau inginkan negara Islam, tegakkanlah Islam dalam diriku, kemudian rumahku, kemudian, sekolahku, kemudian masyarakatku, kemudian......akhirnya tertegaklah negara Islam yang dirindu... Moga Allah sentiasa menunjukkan jalannya kepada kita semua, wassalam.. (Rabu 12 Oktober 2011 6.55pagi)

Jumaat, 7 Oktober 2011

Trip To USA 12






Kota Los Angeles merupakan sebuah pusat bandar hiburan yang terbesar di dunia.Di sinilah letaknya Hollywood yang menerbitkan pelbagai movie dan dituntun diseluruh dunia. Apa yang ada di kota ini untuk saya sebagai seorang ahli pendidikan. Namun begitu kaki saya tetap mengijak bumi L.A California sebagai destinasi lawatan terakhir, sebelum bertolak ke pulang ke Malaysia. Persoalan mengenai apalah gunanya kami dibawa ke sini terjawab, apabila kami berkesempatan untuk melihat secara lebih dekat isi kandungan yang ada di L.A. Ketika kami di sini, kami di bawa ke sekolah-sekolah Islam, masjid, Universiti dan sekolah Yahudi, pusat theater dan sekitar bandar L.A termasuklah China Town. Hari ini(Jumaat 7 Oktober) kami akan bertolak ke Pusat Islam dan bersolat Jumaat di sana.


Lawatan pertama kami ialah, ke sekolah Montessouri yang terletak dipinggir bandar L.A. Falsafah pendidikan pendidikan montessouri ini ialah belajar melalui pengalaman hidup dan menjadikan diri hebat dan berdikiri dengan kekuatan tersendiri yang dianugerahkan Allah kepada individu tersebut. Association Montessouri Internatinale(AMI) merupakan badan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1929 oleh Dr.Maria Montessouri. Pengalaman lawatan membuka mata saya betapa kreativiti di dalam mencipta sistem pendidikan baru adalah penting. Apa yang berlaku di negaraku yang tercinta, kebebasan untuk berkreatif terbantut dengan dasar kerajaan yang terlalu berpolitik. Sempat juga tadi saya membaca, ulasan belanjawan negara yang dibentang oleh PM, menunjukkan betapa sampai dasar negara masih lagi tidak berubah iaitu budaya subsidi dan gula-gula untuk pilihanraya. Tiada langsung dasar pendidikan yang bebas dan terbuka diperkenalkan seperti, pemberian tanah ladang secara pajakan kepada sekolah-sekolah agama untuk menjana pendapatan sendiri. Kerajaan hanya tahu bagi ikan bukan bagi pancing dan cara menggunakan pancing. Berbeza di U.S ummat Islam dan semua agama tidak dibantu secara langsung oleh kerajaan, tetapi kebebasan diberikan oleh pihak kerajaan untuk berkreativiti dan mengembangkan institusi mereka.


Lawatan saya ke sekolah Islam, di sini telah menyebabkan saya mengeluarkan satu kata-kata kepada pengurusnya yang berketurunan arab Palestin, kita kena bezakan antara sekolah Islam dengan sekolah orang Islam. Ini kerana apa yang saya lihat majoriti pekerja dan pelajar wanitanya tidak menutup aurat. Ya mungkin ada alasan-alasan yang tersendiri untuk mereka namun bagi saya identiti sebuah ummat perlu juga dijaga seperti mana orang cina dan india yang begitu kuat menjaga identiti mereka. Namun begitu saya tetap mengucapkan syabas kepada mereka kerana berjaya mengurus sebuah sekolah untuk ummat Islam di sebuah negara sekular seperti U.S. Di sebelah malamnya saya berkesempatan menonton theater di pusat penerimaan award hollywood dengan harga USD130 sekitar RM400,(tiket disediakan oleh U.S). Setelah melihat theater tersebut saya terbayangkan bagaimana hendak mengwujudkan kemahiran tersebut kepada pelajar-pelajar sekolah menengah saya. Kalau sekolah anakanda saya Farwah Gontor nampaknya sudah hampir untuk melaksanakannya kenapa tidak sekolah saya tidak mampu. Uhhh...banyak sungguh kerja yang dilaksanakan oleh saya dan sahabat2ku..

Kelmarin, kami melawat pusat pendidikan Yahudi. Pergi sekolah yahudi hendak bersalam dan berjumpa dengan orang yahudi sedangkan hati meluat dan benci kepada yahudi...? Bagaimana agaknya muka para pengganas ini... pembunuh ummat Islam, perogol saudara maraku yang muslim...? Oppp..,. saya tak ada masa untuk menulis lagi, kerana masa untuk lawatan ke pusat Islam L.A sudah hampir, insyallah nanti saya ceritakan dalam Trip to USA yang terakhir.

Khamis, 6 Oktober 2011

Trip To USA 11











Kursus IVLP kami sejak dari awal telah dimakumkan bertujuan untuk memperkenalkan U.S dan memahamkan masyarakat dunia mengenai U.S disamping untuk bertukar pandangan dan maklumat antara negara. Selama kami berada di rumah keluarga angkat di Paris Illinois, kami telah mempelajari banyak perkara berkaitan budaya masyarakat dan kehiduapan agama kristian di U.S. Bermula dengan makan malam di rumah yang terletak ditengah ladang jagung dan kacang soya yang luasnya ratusan hektar hinggalah lawatan ke gereja dan sekolah, telah banyak membuka mata saya untuk pulang membuat beberapa perubahan terutama di dalam hal pendidikan dan dakwah. Semasa saya sampai sahaja di rumah keluarga angkat kami yang terletak jauh di tengah ladang, saya amat teruja kerana kebersihan rumah mereka dan tersusunnya reka bentuk rumahnya. Rumah keluarga angkat ini terletak di atas sebidang tanah seluas 23 ekar, dengan dikelilingi ladang jagung, kacang soya dan pokok oak serta hutang.

Budaya orang kristian seperti yang sering ditonton di kaca T.V mereka akan berdoa sebelum makan malam dan makan siang semasa di rumah. Umat Islam tidaklah disuruh berdoa seperti orang kristian berdoa, oleh itu setiap kali datang makanan kita disuruh untuk berdoa agar makanan yang dikurniakan itu membawa keberkatan dan dijauhkan kita daripada api nereka. Tetapi berapa ramai umat Islam yang apabila hadir sahaja makanan tidak membaca doa dan tidak pula membaca basmalah ketika hendak makan? Lupa pula hendak menyatakan nama ibu dan bapa angkat saya.. Ibu angkat saya Barbara dan bapa angkat pula namanya David. Mereka mempunyai 2 orang anak, perempuan bekerja sebagai guru dan lelaki bekerja sebagai doktor. Mereka sememangnya orang kaya dan penyokong republikan, dan penyokong republikan ramainya orang kulit putih dan kuat berpegang dengan agama kristian protestant. Sempat saya pergi melawat gereja pada hari Ahad bersama keluarga angkat ini untuk melihat cara sembahyang mereka. Ketika sampai di gereja, saya disambut oleh pihak gereja dan mereka menunjukkan tempat untuk saya. Saya pula seorang diri ketika itu kerana rakan saya Ustaz Khalil sakit perut pada hari itu. Saya duduk dikerusi belakang dengan seorang nenek tua berusia 90tahun. Nama saya diumumkan sebagai tetamu dari Malaysia di dalam majlis tersebut. Apa yang saya lihat di setiap tempat duduk mereka, terdapat bible dan dihadapan pulak ada tempat berucap serta pemain muzik serta barisan penyanyi serta kerusi untuk Paderi. Inilah pengalaman pertama masuk ke gereja dengan upacara sembahyang dijalankan. Sesampai saja saya terus sakit kepala dan tengkuk saya terasa amat sakit. Saya amat rasa gementar dan takut, dan bibir saya tak berhenti berzikir dan membaca Al-Quran terutama ketika upacara sembahyang mereka dijalankan. Alhamdulillah sedikit demi sedikit sakit kepala pun hilang. Alhamdulillah dengan sedikit hafazan Al-Quran yang ada di dada telah dapat menenangkan hati dan memberi kekuatan, dan ketika ini barulah terasa betapa Al-Quran penawar bagi godaan syaitan dan pengawal segala keburukan. Ketika mereka bangun menyanyi dan berdoa saya tetap ditempat duduk tanpa bangun sedikit pun. Untuk apa saya bangun? Saya agama saya, dan saya datang bukan untuk bersembahyang seperti mereka tetapi hanya untuk mengetahui lebih dekat cara mereka beribadah. Sepanjang berada di dalam gereja itu saya membelek-belek kitab bible dan terbaca mengenai kisah nabi Adam dan anak-anaknya. Sememangnya ada persamaan juga dengan kisah nabi Adam di dalam Al-Quran tetapi bukanlah semua. Selesai sembahyang mereka pun mengedarkan roti dan air holy water, dan sekali lagi saya tetap tidak memakan dan mengambilnya. Apa yang menarik juga yang ingin kongsi ialah apabila seorang pemuda tampil ke hadapan dan bertanya kepada hadirin, mengenai umur-umur para hadirin. Setelah ditanya beliau berkata ke mana orang-orang muda kerana yang hadir hanyalah golongan tua sahaja iaitu 40 tahun ke atas. Saya ketika itu terus teringatkan situasi masjid di negara tercinta terutama di negeri tempat tinggal saya. Apakah masjid negara dan negeriku juga sudah hampir menjadi situasi seperti gereja yang menjadi tempat untuk golongan tua sahaja? Kenapa saya katakan masjid negara dan negeri saya? Ini kerana masjid di U.S kebanyakan yang hadir ialah golongan muda malah yang berkhutbah Jumaat juga orang muda.. tetapi di Malaysia, bagaimana??


Sempat juga kami di sini membuat satu program untuk mereka iaitu program memperkenalkan budaya Malaysia dan agama Islam. Bagi pihak wanita mereka menyediakan masakan tradisi malaysia dan kami pihak lelaki menyediakan persembahan, seperti bacaan Al-Quran, syarahan agama dan persembahan silat.Sepanjang di sini kami dibawa melawat sekolah dan ladang. Ada ladang soya, labu dan jagung. Hari akhir dan malam terakhir, kami telah dibawa di suatu tempat perkelahan iaitu iaitu Pumpkin House. Di situ kami bermain lorong tikus, camp fire(memang patut pengakap buat camp fire sebab sejuk disini bukan sebab depa sembah api) sambil membakar hotdog yang khas dibeli daripada kedai Yahudi(sembelihan yahudi boleh dimakan dan orang yahudi memang jaga bab makanan). Selepas makan kami dibawa naik treler pusing ladang jagung, soya dan labu. sepanjang perjalanan itu kami sempat melihat gerombolan rusa-rusa yang berlari-lari di kawasan ladang. Rusa di sini boleh ditembak dan ditangkap kerana ia bukan binatang perlindungan tetapi perosak tanaman para peladang. Labu di sini besar-besar bukan seperti di Malaysia. Pengalaman berjalan bersama keluarga besar kami di celah ladang2 ini pasti tidak dapat dilupakan dalam hidup kami. Pulang ke rumah malam itu, terus saya berkemas kerana esok kami akan bertolak ke destinasi terakhir kami iaitu Los Angeles tepat jam 6.30pagi... Ibu angkat saya siapkan bekal sebelum bertolak pada pagi itu dan kami berpisah dengan perasaan yang agak sebak kerana layanan yang mereka berikan amat baik tetapi mereka tidak memperolehi hidayah. Moga kedatangan kami membuka hati dan perasaan mereka untuk mengenali Islam dan seterusnya memeluk Islam. Selamat tinggal Paris, Illinois moga anda semua beroleh hidayah dari Allah..

Rabu, 5 Oktober 2011

Trip To USA 10




Alhamdulillah, pada tanggal 1 Oktober 2011, sampailah kami di Paris, Illinois yang merupakan bandar kecil yang mempunyai 9000 orang penduduk. Bandar kecil ini, ramai yang tidak tahu letaknya hatta orang Malaysia yang tinggal di U.S pun terkejut bila mendengar nama Paris disebut. Ramai yang tidak tahu bahawa di U.S ada tempat yang bernama Paris. Kami bergerak menuju Paris dengan menaiki bas limosin dan mengambil masa 2jam lebih daripada Indianapolis untuk sampai ke situ. Apa yang mendebarkan saya ialah kali ini kami akan tinggal di 'Homestay'. Perkataan 'Homestay' di Malaysia amat berlainan dengan hakikat di U.S. Jikalau di Malaysia banyak Homestay yang merupakan rumah dijadikan sewaan dan tiada tuan rumah. Tetapi di U.S homestay merujuk kepada rumah tumpangan yang ada tuan rumah dan hidup seperti keluarga dengan tuan rumah.



Kami yang seramai 8 orang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 4 keluarga angkat. Suasana sungguh tenang dan damai.. Sebelum dibawa ke rumah keluarga angkat masing-masing, kami di bawa ke program pengumpulan dana, di twin lake. Pengalaman dan maklumat baru telah dapat saya kutip daripada program tersebut. Kreativiti mereka menganjurkan program dengan pelbagai aktiviti menarik boleh saya gunakan di dalam mencari dan mengembangkan pengumpulan dana STAIL&SMART. Aktiviti penjualan buku terpakai dan pemberian buku percuma kepada mereka yang susah merupakan salah satu contoh yang amat menarik untuk dicontohi oleh sekolah dan NGO di Malaysia. Program ini menjadi one stop center untuk para 'penjual kebajikan' iaitu menjual dan membeli sambil menderma. Di sini saya juga melihat banyak aktiviti permainan yang menarik untuk dicontohi dan boleh diterapkan kepada guru-guru saya nanti. Selepas penat memerhati dan melihat aktiviti-aktiviti tersebut. kami pun mulalah bergerak menuju ke rumah keluarga angkat kami dengan keluarga masing-masing. Berdebar hati saya, kerana kami akan tinggal dengan mereka selama 4hari. 4 hari tinggal dengan keluarga kristian, rumah mereka macam mana, dan layanan mereka macam mana, malah makanan pula macam mana? Semua persoalan itu bermain di kepala saya........

Isnin, 3 Oktober 2011

Trip To USA 9



Selepas lebih kurang 4 hari kami tinggal di Philadelphia, kami pun berangkat ke menuju Indiana dengan menaiki pesawat U.S Airways. Di Indiana kami tinggal di Hilton Hotel dan ditengah-tengah bandar. Nasib dan tuah kami amat baik hari ni, kerana bas tidak ada untuk datang mengambil kami tetapi yang datang mengambil kami ialah Limosin Hitam panjang, yang selama ini tidak bermimpi untuk naik. Masyallah keretanya besar siap ada tempat pinggan, gelas dan boleh berbaring pulak tu.. Namun semua itu, hanyalah nikmat dunia yang tidak kekal, akhirnya akan hilang begitu sahaja.. Namun begitu kami tetap tidak lepaskan peluang untuk bergambar bersama kenderaan hebat ini..


Di Indiana kami melawat sekolah seni, sekolah maya, sekolah rumah dan Jabatan Pelajaran serta Mahkamah. Kepelbagaian sistem pendidikan telah diketengahkan oleh masyrakat U.S tetapi ruh dan intipatinya tidak lain hanyalah, menyampaikan pengetahuan demi kelangsungan tamadun mereka dan menitikberatkan soal agama kristian. Bagi mereka yang paling penting pengetahuan. Saya tidak suka mengatakan ilmu kerana bagi saya ilmu adalah cahaya yang diberikan kepada mereka yang muslim dan mukmin serta soleh. Kami sempat bersolat Jumaat di Masjid Almukminin dan mendengar khutbah oleh mualaf African American. Juru pandu kami, Lamees Hassan, seorang muslimah Palestin yang telah menjadi rakyat U.S. Beliau sudah tidak boleh lagi berbahasa dengan bahasa arab fusahah, dan banyak persoalan yang ditanya mengenai negara Islam dan Islam itu sendiri. Masih ramai yang tidak memahami Islam, oleh itu tidak hairanlah jikalau orang bukan Islam di Malaysia tidak faham Islam dan konsep negara Islam.. Saya tetap mengikuti perkembangan negara tercinta Malaysia melalui internet. Apabila sebut sahaja hudud maka mcam-macam masalah timbul. Setelah 50 tahun lebih merdeka Islam masih belum difahami oleh rakyat Malaysia.. Salah siapa kalau bukan salah umat Islam sendiri terutama kerajaan pemerintah.. Ahh.. malas saya nak perkatakan tentang politik negara yang masih belum matang sampai ke hari ini. Sempat juga kami bertemu dengan 2 orang rakyat Malaysia yang begitu rindukan orang Malaysia kerana di sini hanya ada 5 orang rakyat Malysia. Satu perkara yang menarik di Indiana ini ialah pengalaman melihat bagaimana proses pengiystiharan kerakyatan di Mahkamah. setiap mereka yang diberi kerakyatan akan melalui proses ikrar taat sumpah kepada U.S dan siap ada ceremony yang tersendiri.. Dinegara sendiri saya tak tahu pun proses mendapatkan kerakyatan macam mana? Semasa proses angkat sumpah itu kami lihat ramai sungguh orang luar terutama dari Mexico menjadi rakyat U.S.. negara Asian cuma, Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam..

Kami berangkat meninggalkan Indiana menuju ke bandar kecil, Paris Illinois pada 1/10/2011...















Ahad, 2 Oktober 2011

Trip To USA 8



Keluarga angkat di Philadelphia ini namanya ialah Jeffie, beliau seorang Katolik dan telah berusia 70 tahun. Namun begitu keadaan kesihatannya masih baik dan bertenaga serta masih kuat memandu kereta dengan laju. Itulah kelebihan orang di sini, rata-rata begitu menitik beratkan kesihatan. Perkenalan singkat kami dengan Jeffie dan kawan-kawannya telah banyak dapat menerangkan Islam secara mudah dan berkesan. Sempat juga saya membaca doa sebelum makan kerana itulah budaya penganut kristian agar memberi hidayah dan pertunjuk kepada mereka semasa sebelum makan setelah diminta oleh mereka untuk membacakan doa. Rumahnya bersih dan tersusun rapi dengan mempunyai 3 tingkat, 5 bilik dan 3 ruang tamu, 2bilik air dan ekor kucing. Pertemuan bermula dari jam 12.30tgh hinggalah 8.00mlm. Pertemuan singkat namun telah membawa banyak makna kepada diri saya.. Sekiranya selama tinggal di Malaysia tidak pernah duduk dan makan atau menziarahi orang bukan Islam apatah lagi untuk bercakap mengenai Islam di rumah mereka, tetapi di sini saya berpeluang untuk bercakap dan menerangkan Islam kepada mereka dan di rumah mereka sendiri.


Kami juga dibawa untuk melihat bagaimana Persatuan St.John menguruskan makan minum serta pakaian untuk 'Homeless People'. Pertubuhan kebajikan ini menjadi medan untuk sesiapa sahaja yang ingin berbuat kebajikan. Hebat gerakan kristian ini, mereka sanggup bersusah payah melakukan kerja kebajikan ini demi kelangsungan agama mereka, tapi bagaimana dengan kita?

Jumaat, 30 September 2011

Trip To USA 7



Setelah lebih kurang seminggu kami berada di Washington kini kami dibawa ke Philadelphia negeri kedua yang merupakan negeri pertama U.S dan tapak kemerdekaan U.S daripada koloni British. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki bas limosin. Sepanjang perjalanan saya tidak banyak bercakap kecuali hanya melihat permandangan lebuhraya tiga lorong yang begitu luas dan mempunyai pokok-pokok yang besar sepanjang jalan serta kenderaan-kenderaan yang pelbagai. Saya berminat untuk melihat lori-lori treler yang mengharungi perjalanan ribuan batu merentasi negeri-negeri U.S yang sebanyak 50 buah dan terlalu luas. Lori tereler mereka agak berlainan dengan treler di negera Malaysia. Dalam perjalanan tersebut sempat kami singgah di R&R untuk melepaskan hajat masing-masing dan melihat suasana R&R mereka.

Alhamdulillah pada jam 1.15tgh 24/9/2011 kami pun sampai di Hotel Radisson dengan selamat. Namun dek kerana kami sampai awal dan daftar masuk ialah pada jam 2.00ptg maka kami pun mencari kedai untuk makan tgh. Shirley yang menjadi pengiring kami pun tidak tahu di mana kedai halal yang boleh kami makan hinggalah kami memasuki sebuah kedai makanan itali. Saya pun melihat suasana kedai tersebut dan rasa kurang menyelerakan apatah lagi wang pun bukannya ada sangat dan kehalalannya pula belum tentu terjamin. Oleh kerana hati kurang enak maka saya pun keluar mencari nasi kosong di kedai-kedai lain. Akhirnya saya bertemu dengan sebuah kedai vegetarian dan ada menjual nasi. Setelah nasi dibeli saya pun pulang ke hotel. Alhamdulillah bilik sudah pun tersedia dan saya boleh daftar masuk ke bilik. Bilik saya ialah 719. Masyallah biliknya amat besar, lebih besar daripada bilik di Washington dan harganya lebih murah. Setelah mengemas barang-barang dan bersolat, saya pun mengambil sardin dan nasi yang dibeli tadi untuk disantap dengan penuh selera. Hari ini tidak ada sebarang program yang diatur oleh itu saya habiskan dengan menonton T.V dan melayari internet serta bersiar-siar sekitar bandar Philadelpia. Kami berada di Phildelphia selama 5 hari dan sepanjang 5 hari tersebut kami telah di bawa ke banyak tempat bersejarah dan beberapa buah sekolah dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah program 'anak angkat'.


Pengalaman di Philadelphia telah membuka minda dan menambah pengetahuan saya mengenai masyarakat kristian yang mendiami U.S khususnya dan dunia amnya. Kami telah dibawa ke gereja tertua protestant dan katholik serta Quaker. Masyarakat kristian sebenarnya telah berpecah kepada 3 golongan dan dikira sebagai agama yang berasingan. Kami juga telah dibawa menziarahi sekolah Islam yang diuruskan oleh seorang pendakwah dan pensyarah Dr.Mustafa daripada Mesir dan sebuah sekolah lagi diurus oleh Abdurrahman seorang mualaf...

Khamis, 29 September 2011

Trip To USA 6



Disingkatkan cerita pengalaman di Washington selama seminggu telah membuka mata dan minda saya untuk memahami situasi sebenar rakyat dan negara U.S. selama seminggu itu sempat saya bersolat Jumaat di sebuah masjid yang agak besar dengan khutbah dalam 2 bahasa iaitu bahasa arab dan inggeris. Selepas solat kami turun ke bawah untuk menjamu selera dengan hidangan kenduri nasi. Saya duduk dengan seorang rakyat U.S yang berasal daripada Somalia. Sambil makan saya cerita mengenai rakyat Malaysia yang terkorban semata-mata kerana ingin pergi menghulurkan bantuan.. Sempat saya katakan kekesalan saya kepadanya. Dia pun menjawab dengan memohon kemaafan atas sikap rakan-rakannya di Somalia. Di Washington juga kami sempat bertemu dengan rakan-rakan daripada Mesir yang mengkuti program seperti kami. Semua mereka ialah para pensyarah universiti Al-Azhar Mesir. Pertemuan singkat itu adalah hasil usaha Imam Bashar Arafat dan diadakan di Hotel Marriot. Imam Bashar memberi sedikit maklumat tentang program ini, dan menyatakan harapannya agar kami menjadi para pendakwah yang mempunyai minda yang terbuka dan menjadikan U.S sebagai batu loncatan untuk mengembangkan Islam. Orang Yahudi telah mengambil kesempatan untuk bertapak dan menjadi kuasa yang berpengaruh di U.S. tetapi orang Islam hanya datang untuk mencari duit kemudian bawa pulang ke negara asal. Kenapa tak ada yang nak jadikan kadatangan mereka bukan sekadar mencari Wang tetapi juga untuk menjadi pendakwah dan menguasai penttadbiran U.S.

Selasa, 27 September 2011

Trip To USA 5

Hari ini 20 Sept 2011 saya bangun dari tidur seperti biasa, bersarapan dengan menu yang sama seperti yang telah ditempah oleh pihak penganjur.. Sebelum keluar memenuhi program IVLP sudah pasti chatting dulu dengan isteri dan anak-anak serta dibaca terlebih dahulu Al-Quran pengubat jiwa. Maklumlah dunia U.S yang penuh dengan kemaksiatan pasti memerlukan vitamin berkhasiat untuk mempertahankan iman. Hari ini kami akan dibawa ke dua destinasi sahaja iaitu Sekolah Charter Ying Ying dan National Association of Independent School(NAIS). Bas yang cantik reka bentuk dengan driver yang menepati waktu dan James serta Shirley yang setia mengiringi kami telah pun bersedia dan tersedia.. Destinasi pertama ialah Sekolah Ying Ying.. Sempat juga saya melayari laman web mereka dan mendapat makluman awal berkaitan dengannya. Pelajar cemerlang ialah pelajar yang sedia awal kata Pakar Motivasi Dr.Mohd Syukri Abdullah yang juga rakan dan guru saya.. Kami sampai dalam jam 9.30pagi dengan keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Saya hari bertali leher dan berkot cukup bergaya, telah bersedia untuk mendengar taklimat dari Guru Besar. Mungkinkah Guru Besarnya seorang cina kerana sekolah ini adalah sekolah cina.. Sangkaan saya meleset, guru besarnya adalah orang U.S kulit putih. Kami diberi taklimat berkaitan sistem dan kurikulum sekolah ini.
Sekolah Ying ying menggunakan bahasa cina sebagai bahasa pengantar. Murid-muridnya pula 90% adalah bukan orang cina.. Bayangkan bagaimana hendak mengajar math, sains, sosial dan sebagainya dalam bahasa cina kepada anak-anak yang berusia 5 tahun hingga 12 tahun.?? Tetapi ungkapan yang keluar ialah 'this is Challenge' mereka jadikan ia sebagai cabaran yang mesti ditempuh untuk berjaya. Kejayaan mereka terjelma daripada keadaan pelajar yang amat berdisiplin. Apa bukti mereka berdisiplin? Buktinya ialah tiada sebarang dinding diconteng, keadaan tidak bising, kekemasan kelas yang bukan dibuat-buat, tandas yang bersih dan sikap pelajar dan guru yang baik serta profesional. Guru-gurunya amat terlatih sama ada dari luar seperti china dan singapura dan dalam negara U.S. Semua mereka mempunyai ijazah dan diploma pendidikan. Malah ada yang mempunyai master. Malang negara saya Malaysia orang yang ada master education atau master pendidikan awal kanak-kanak hanya berada di Universiti dengan berteori semata-mata. Yang mengajar Pra pastinya hanya lulusan SPM atau STPM atau PMR sahaja.


Setelah penat melawat dan berbincang mengenai sistem di Sekolah Ying-ying saya dan rakan bertolak ke medan selera untuk menjamu selera. Tapi apakah medan selera itu menambahkan selera atau membantutkan selera kami hanya Allah jua yang tahu. Sebelum kami bertolak sempat kami bergambar kenangan di hadapan sekolah Ying-ying, maklumlah bukan senang nak datang kembali. Selepas bergambar kami pun bergerak menuju ke destinasi medan selera. Sesampai sahaja di sana, kami pun naiklah ke medan selera tersebut dan tercari-carilah kami makanan yang halal dan akhirnya saya bertemu dengan kedai pakistan menjual makanan halal. Saya pun membeli sepinggan nasi beriani ayam dan air mineral. Selesai makan kami pun berjalan-jalan dan merayau-rayau di sekitar kawasan tersebut dan semasa itu saya telah bertemu dengan seorang rakyat berunai yang juga datang berkursus di U.S. Kami bergerak ke NAIS dan sesampai sahaja di NAIS kami disambut Mr. Paul Miller. Beliau seorang freindly dan menjemput kami mengambil sebarang minuman terlebih dahulu sebelum sesi taklimat bermula. Taklimatnya agak menarik berkaitan sekolah swasta dan sekolah agama di U.S yang bernaung di bawah organisasinya. Jumlah sekolah swasta dan agama yang bernaung dibawah NAIS ialah 1400buah. Namun begitu tidak ada sekolah Islam yang bernaung dibawahnya. Kemudian tiba-tiba kami didatangi pula seorang yang cantik dan manis, namun kemanisannya akan lebih terserlah jikalau di dalam hatinya ada iman. Ms Ioana ialah timbalan pengarah NAIS berasal dari Romania mengendali program Challenge 20/20, One Million Hours of Service. Selepas sesi taklimat berakhir kami pun sempat bergambar kenangn dan kemudian terus pulang dengan kereta GMC baru kepunyaan pemandu bas kami. Dalam hati 'kaya juga orang tua ni rupanya'.

Ahad, 25 September 2011

Trip To USA 4



Hari ini merupakan hari pertama kursus IVLP kami bermula. Seawal pagi saya sudah bangun untuk merujuk kertas kerja dan membuat sedikit rujukan berkaitan dengan tempat-tempat yang akan dilawati. Alhamdulillah dengan kemudahan internet dapatlah saya membuat rujukan dengan mudah. Diri saya yang lemah bahasa inggeris menjadi cabaran untuk saya lebih rajin dan bersemangat bukan menjadi semakin lemah dan kalah sebelum berjuang. Selepas solat subuh dan membaca ayat-ayat kalamullah, yang menjadi penyejuk dan penawar hebat bagi jiwa manusia terutama jiwa seorang pejuang, saya pun bersiap turun ke bawah untuk bersarapan. Selepas bersarapan, dengan pakaian kemas bertali leher dan berkut, saya pun turun pada jam 8.30pagi menaiki kenderaan yang sudah tersedia. Pemandu setia akhi Abdurrahman orang Palestin sudah pun menunggu. Pagi ini kami dibawa ke pejabat Institute of International Education (IIE). Sampai disana kami pun diperiksa terlebih dahulu dan terus ke tingkat 7. Kami disambut dengan mesra oleh Ms Candy dan Ms Lauren Cozzens. Kami memperkenalkan diri dan mendengar taklimat khas berkaitan program ini dan sejarah penubuhan IIE. Kami dimaklumkan bahawa IIE ini adalah badan NGO yang membantu kerajaan U.S mempromosikan negara U.S dan membina hubungan antarabangsa. Kursus IVLP ini telah pun bermula sejak 70 tahun yang lalu untuk membina hubungan dan menjadi forum bertukar pandangan dan idea daripada seluruh dunia.



Selepas sesi taklimat program, kami mendengar pula taklimat berkaitan sistem pentadbiran U.S oleh Mr. Ven Insley. Selepas taklimat tersebut barulah saya faham, bahawa U.S ini adalah sebuah negara yang terdiri daripada 50 buah negeri yang mempunyai pentadbiran sendiri bagi setiap negeri. Kerajaan persekutuan mempunyai kuasa yang sedikit sahaja. Presiden U.S bukanlah berkuasa sangat kerana sentiasa terpaksa mendapat mandat daripada Kongres. Berbezanya dengan negaraku yang tercinta, Perdana Menteri terlalu berkuasa, terutama zaman Dr.Mahathir. Presiden pula hanya boleh 2penggal tak boleh lama-lama macam Malaysia.
Selesai sesi taklimat kami dibawa makan tengahari di sebuah restoran yang menjual pelbagai jenis makanan. Cuma apa yang menjadi masalah ialah, apakah makanan ini halal atau tidak. Untuk menjaga kehalalannya kami pun mengambil makanan yang berbentuk sayur dan seafood. Alhamdulillah, saya dapat juga bercakap dan berbual dengan para pegawai daripada IIE dengan rasa kekok sekali pun saya tahu bahasa inggeris sahih lintang pukang. Mungkin dia dengar macam orang bangla cakap melayu. Namun saya tidak mengira itu semua yang penting bercakap bagi depa faham. Orang melayu ni bila mai bab bercakap bahasa lain memang susah. Rasa malu dan segan takut salah.. Kalau dah tak bercakap macam mana nak pandai. Itulah yang selalu saya katakan kepada guru-guru dan staff saya.. Bukan kita nak tunjuk pandai dan bermegah dengan bahasa tersebut tetapi sebagai pelajaran untuk kita. Apabila kita boleh bercakap dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia, kita boleh berdakwah dan menceritakan Islam kepada dunia terutama non muslim. Apabila pegawai daripada United State Department bertanya tentang Sekolah Tahfiz yang sekarang saya sedang uruskan maka saya pun menceritakannya dan menjawab ooo..great..!




Selepas makan tengahari kami berangkat ke Kementerian pelajaran U.S untuk mendengar untuk taklimat yang berkaitan dengan sistem pelajaran di U.S. Apa yang kami dengar sekolah swasta tidak terikat dengan polisi kerajaan dan bebas untuk membuat apa sahaja. Atas dasar demokrasi maka di U.S ada 90ribu sekolah kerajaan dan 33ribu sekolah bukan kerajaan. Pulang saja ke hotel, kami terus bersiap untuk ke Pentagon City. Di sana sempat saya melihat barangan komputer terutama I-Pad 2 yang hanya berharga 500usd dan PSP 129usd. Namun saya tetap tidak membelinya kerana masih lagi berfikir-fikir untuk membelinya dengan mengira kemampuan. Apa yang sempat saya beli ialah bag tangan buat isteri tersayang...

Sabtu, 24 September 2011

Trip to USA 3



Hari ini 18/9/11 saya pertama kali tidur dengan jarak perbezaan waktu yang amat ketara dengan Malaysia. Jikalau semalam kami tidur, ini bermakna kami tidur pada waktu pejabat dan waktu berkerja. Pagi ini saya bangun awal sambil menyusun barang-barang yang dibawa ke dalam almari, kerana kami akan tinggal di sini selama seminggu. Barangan seperti maggi, sardin dan macam-macam lagi saya biarkan dalam bag saja. Isteriku memang seorang prihatin dengan makan minumku dan pakaian. Sambil menyusun di rak, saya tersenyum sendiri bila melihat baju kamejaku siap dipasangkan tali leher. Bilik yang disewa berharga 216usd sehari, harga yang agak tinggi bagi kita rakyat Malaysia jikalau didarabkan dengan tiga. Dengan sewaan sebanyak itu maka sarapan pun disediakan untuk kami. Tepat jam 8.00pagi saya pun turun untuk menikmati juadah sarapan pagi kali pertama di sebuah Hotel ditengah Washington D.C. Jikalau hotel diMalaysia pasti terdapat pelabagai juada buffet yang disediakan untuk makan berlainan dengan hotel disini yang tidak menyediakan sebarang buffet seperti di Malaysia. setelah mengambil tempat duduk saya pun didatangi pelayan kafe, what do want sir coffee or tea? Cara dia bercakap sudah dapat saya kenali, ia bukan orang amerika asal. Bila ditanya jawabnya orang moroco. Saya pun bercakap arab dengannya. Wah! hebat sungguh bahasa arab ni, datang ke Amerika pun cakap arab bukan cakap B.I. Cuma bila kami bercakap bahasa arab ia kurang menyenangkan orang-orang amerika kerana mereka tidak memahaminya dan menakutkan mereka. Hidangan pun sampai ke meja, semangkuk buah dengan sebiji roti serta sebiji kek. Itulah sahaja sarapan yang disediakan untuk orang Islam. Menu halal katanya.. Kelaparan telah menyebabkan kami makan dengan penuh selera, namun tidak dapat menampung perut yang kosong. Ketika itu teringat daku pada nasi bergulaikan ikan keli abang kob di Tasek Gelugor, gulai bawal di sri bawal Padang Menora. Ahh..jangan diingatkan makanan Malaysia, sekarang saya sudah berada di negara Hollywood, negara maju, cara makannya sudah pasti berlainan. Dengan perut yang masih meminta diisi maka saya dan rakan-rakan pun mengambil keputusan untuk mencari makanan di sekitar hotel. Alhamdulillah kami menemui sebuah kedai arab yang menjual makanan halal. Nasi dan roti arab ditempah, dan pinggannya yang besar berserta isinya membuatkan saya berkongsi dengan rakan saya Shahir. Harga makanan tersebut sepinggan ialah 12usd bermakna RM36. Aduhh... pening kepala saya, harga sepinggan nasi dengan 3keping roti RM 36. Sedangkan makan di Tasek Gelugor dengan isteriku di kedai abang kob baru RM11.50 untuk 2 orang getus hatiku.. Kawanku menyampuk, makan di U.Skan.. mestilah harga U.S. Ya jugak.. ini bukan Malaysia la brother, ini U.S no.. Selesai makan kami berjalan-jalan dan kemudian pulang ke bilik.


Jam 2.30ptg, kami pun turun ke bawah untuk lawatan pertama kami di sekitar Washington D.C. Driver van kami ialah Abd.Rahman orang Palestin dan pemandu pelancong kami pula ialah Portugal. Portugal mengambil bidang sejarah di Universiti. kami dibawa berjalan ke sekitar White House, monumen dan memorial. Sherly dan James juga ada bersama kerana mereka berdua ialah pegawai pengiring kami. Inilah kali pertama dalam hidupku melihat White House kebanggaan U.S. secara dekat. Bangunan WH dan Kongres yang selama ini dibenci, rupa-rupanya mempunyai masyarakat yang baik dari segi kemanusiaan, cuma mereka tidak mendapat hidayah. Kerajaannya yang selama ini dirasa kuat rupa-rupanya tidaklah secanggih mana. Selama ini kita hanya pandai bermusuh dan berlawan sedangkan tidak sedikit pun ingin mengenali musuh sebelum berlawan. Falsafah di dalam ilmu persilatan melayu, bunga dalam pergerakan adalah alat untuk mengenali terlebih dahulu kekuatan lawan bukan terus menyerang tanpa usul periksa. Semasa di WH kami mendapati ada protes oleh orang golongan OKU menuntut pembelaan yang lebih daripada kerajaan. Menariknya protes itu tidak pula mengundang si 'kepala merah' seperti di Malaysia. Bayangkan jikalau protes seperti itu diadakan di hadapan kediaman Perdana Menteri.... Pihak polis hanya memerhati dari jauh. Satu maklumat yang menarik daripada pemandu pelancong kami, ada seorang Presiden U.S yang apabila ingin dilantik s Presiden datang terlebih dahulu ke gereja yang berdekatan sebelum memasuki WH sebagai tanda syukur kepada tuhan. Kami pulang ke hotel penginapan pada jam 7.00mlm. Malam ni makan apa pulak?? Tidak lain maggilah santapanku.




Jumaat, 23 September 2011

Trip To USA 2

17/9/11


Inilah kali pertama saya menaiki pesawat kepunyaan U.S. Agak mengejutkan apabila melihat keadaan pesawat yang serba sederhana dan tidaklah secanggih mana seperti apa yang terbayang sebelum ini. Pesawatnya hanya lebih kurang pesawat Yaman Air yang pernah saya naiki sebelum ini, untuk pergi mengerjakan umrah. Sangkaan bahawa selama ini U.S yang merupakan negara maju, sudah pasti mempunyai pesawat yang canggih dan hebat. Segala-galanya meleset daripada realiti. Jika dipandang pula dari segi paramugara dan paramugarinya sudah pasti mereka amat terkebelakang daripada MAS. Ya, pastinya mereka lebih bagus dari segi etika berpakaian. Jikalau paramugari MAS berpakaian sendat dan agak 'panas' dengan bentuk badan yang menawan tetapi bagi paramugara dan paramugari mereka semuanya yang sudah berusia dan berpakaian lebih sopan. Mungkin mereka mengira kualiti perkhidmatan bukan 'kualiti fizikal' kata rakanku Ustaz Khalil. Lebih kurang 3.5jam kami pun sampai di Airport Hong Kong yang terletak dekat dengan laut seperti Pulau Pinang negeriku tersayang. Di Hong Kong kami transit lebih kurang 2jam sebelum bertolak ke Chicago. Semasa transit tersebut sempat juga saya melayari internet dan menghantar khabar kepada isteri tersayang serta anak-anak tercinta. Perjalanan kami masih jauh. Jarak perjalanan dari Hong Kong ke Chicago ialah 14jam. Jam 12.40 waktu Hong Kong kami pun bertolak ke Chicago dengan jarak 12500km. Bayangkan selama 14jam berada di atas kapal yang agak sempit ditambahkan lagi saya mendapat tempat duduk ditengah pula, pastinya memenatkan. Makanan yang disediakan pula tidak banyak pilihan kerana makanan halal terlalu sedikit. Apa yang menakjubkan ialah penjualan arak tidak dilakukan dan tidak dibawa bersama makanan yang lain. Sesiapa yang ingin barulah disediakan khusus. Adapun penerbangan negaraku tercinta, tanpa segan silu si paramugari/ra muslim membawa dan menjual arak kepada para pelanggan. Penjualan rokok juga tidak dilaku kan. Sebelah kanan saya pelajar Singpura yang pergi melawat keluarganya. Setelah menanti dan menanti akhirnya sampailah juga kami di Airport Chicago pada jam 5ptg tarikh 17/9/11. Pastinya agak menghairankan kerana kami masih berada pada hari yang sama sedangkan kami sudah berjalan 14jam dan waktu ptg pula. Sebenarnya waktu di Chicago lewat 12jam daripada waktu di Malaysia. Setelah melalui pemeriksaan imigeresen, akhirnya masuklah kami secara rasmi ke negara U.S yang selama ini daku benci. Alhamdulillah semua barangan kami selamat. Terlupa pula saya untuk menceritakan sedikit apa yang saya lakukan di atas kapal terbang iaitu bersolat dan membaca. Antara yang menarik bacaan saya ialah tentang seorang pilot kulit hitam yang menceritakan bagaimana ia boleh berjaya sehingga ada mak cik2 yang berkulit hitam pernah berkata dengan perasaan terkejut"Ada juga orang kulit hitam jadi pilot ya". Antara kata-katanya yang sempat saya catit sebagai motivasi buat diri saya dan guru-guru serta anak2 saya ialah, sometimes you have to do a lot of what you don't want to do to get to do what you want to do. Pendaratan kami di Chicago bukanlah bermakna kami sudah sampai destinasi yang dituju, kerana kami sebenarnya akan tinggal di Washington D.C. Kami perlu menaiki pesawat sekali lagi selama 1.5jam untuk ke sana. Setelah melalui pemeriksaan ketat seperti menanggalkan tali pinggang, membuka lap top, membuka kasut, membuka bag dan sebagainya, akhirnya kami pun berada di ruang menunggu. Semasa di ruang menunggu saya mengambil kesempatan untuk bersolat. Pada mulanya rasa agak bimbang jikalau ianya mendatangkan sensitif, apatah lagi saya pula baru pertama kali sampai. Namun saya berkata pada diri saya, baru macam dah takut, tak takut kat Allah ka??? Saya pun bersolat dihadapan seorang mat saleh, dan sebelum bersolat saya berkata padanya, Sir, I want to pray here,and you can sit infront of me, its doesn't matter. Rasa begitu mulia dengan Islam bila dapat bersolat di tengah orang kafir dan di dalam negara kuffar ini.


Alhamdulillah pada jam 7mlm kami pun sampai di Airport dan disambut oleh dua orang yang sudah berusia iaitu Sherly dan James. Malangnya kotak yang saya bawa serunding hilang. Kami sampai di Hotel Palomar dengan seorang sebilik pada jam 9mlm dan terus tertidur kerana terlalu keletihan.

Selasa, 20 September 2011

Trip To USA

16/9/2011


United State of America merupakan sebuah negara yang tidak bermimpi untuk saya lawati. Dalam fikiran cuma ada Timur Tengah dan Asian sahaja untuk dilawati. Tawaran untuk mengikuti Program International Visitor Leadership Program(IVLP) anjuran U.S amat mengejutkan saya. Dengan kebolehan bahasa Inggeris yang lemah, namun masih dipilih oleh Allah untuk mengikuti program tersebut. Pemilihan ini saya jadikan satu amanah yang dipikul demi memastikan pendidikan Islam akan menjadi satu pilihan yang terbaik kepada masyarakat Islam di Malaysia.


Tanggal 16/9/2011 yang lalu saya berangkat bersama rakan-rakan dari Malaysia seramai 8 orang. Tarikh yang sama hari kelahiran isteri saya yang tercinta hari ini seperti biasa tapi agak istimewa kerana seluruh Malaysia bercuti menyambut Hari Malaysia. Bagi diri saya hari ini, seawal pagi lagi saya sudah bangun menghadap komputer riba untuk mencetak kad ucapan hari jadi buat isteriku tersayang. Semalam cuba juga saya mencari-cari kad ucapan tapi tidak ketemu. Ingin saya membuat sedikit kejutan buat buah hati saya. Akhirnya pagi ini saya berjaya juga mencetak kad ucapan Selamat Hari Lahir yang Ke 33 buat isteriku tersayang. Perlahan-lahan saya letakkan di atas meja. Hari ini tiada kek dan sambutan seperti tahun-tahun sebelum ini kerana hari ini saya akan berangkat meninggalkan Malaysia dan keluarga buat sementara waktu . Abi nak berapa lama?? Tanya anakku. Cuma sebulan sayang, kataku. Saya melayan anak-anak bermain game zombi dan badminton. Farhah, Farhan dan Farhie anak-anakku adalah tanda cinta dan kasih isteriku. 'Tadi kami pi tengok baby dalam perut ummi, kata anakku. Kini isteriku mengandung anak yang kelima. Along nak telefon sat gi, kata isteriku. Anakku yang sulong, kini berada di Indonesia tidak pernah saya lupakan. Biar pun baru berusia 13 tahun namun sudah berani dan yakin untuk membawa diri ke perantauan, ke negeri orang."Kuatkan semangat ye, sayang bisikku pada isteri. Abang pi cuma sebulan, doakan langkahan abang ini sebagai langkahan seorang mujahid yang ikhlas mencari redha Allah. Inilah kali pertama kami berpisah agak lama dengan jarak yang jauh. Destinasi yang saya tuju ini sejauh 13000km. Ustaz Megat Amin murabbi saya kata, inilah pilihan Allah, hati kena sentiasa ikhlas kerana Allah. Jam 5 petang lambaian dan ciuman saya berikan untuk insan istimewa yang hanya Allah jua yang tahu betapa saya mencintainya begitu juga buat anakku. Hatiku sebak tapi tetap saya tahankan. Anak saya Farhah anak gadisku menangis melepaskan saya pergi. Abi balik cepat tau. Itulah ungkapan anak-anakku. Ya sayang manja, moga Allah pertemukan kita kembali. Boing 737, milik MAS meluncur laju ke ruang angkasa meninggalkan airport Penang menuju ke Kuala Lumpur dan akhirnya ke Singapura. Saya sampai di Singapura jam 8.00mlm.


Di Airport Singapura saya dan sahabat saya Shahir, sempat berkenalan dengan seorang kenalan bernama Radhi, orang Terengganu, bekerja di Singapura. Sempat beliau belanja kami makan di Burger King. Katanya Restoran Fast Food ni comfirm dah halal di Airport ni. Selesai makan kami mencari surau untuk bersolat Isyak dan Maghrib. Alhamadulillah di Airport Cangi juga ada surau yang amat selesa dan bersih. Kami bersolat dan kemudian datang pula pelancong arab saudi bersama anaknya dan pelancong dari Kemboja ikut bersolat dibelakang saya. Selesai solat si Arab ini bertanya bolehkah bersolat Isyak dahulu, bukankah kena solat maghrib dahulu? Saya pun menerangkan kepadanya tentang konsep solat jamak ta'khir dan taqdim dan Alhamdulillah dia pun faham. Dia datang dari Riyadh dan baru habis melancong Malaysia selama 2 minggu. selepas itu kami pun keluar menikmati kemudahan yang disediakan di Airport Cangi. Oleh kerana hotel transit semua penuh, kami pun mengambil keputusan untuk lepak dan tidur di kerusi sahaja. Sempat juga saya menelefon isteri dan anak-anak. Jauh lagi perjalanan saya dan rakan-rakan, pada jam 5.30 pagi nanti kami akan bertolak pula ke Hong Kong...

Jumaat, 15 Julai 2011

Trip To Vietnam

Alhamdulillah hari ini 15 Julai saya dan rakan-rakan sekampung dari Kampung Tok Bedu selamat sampai ke bandar Ho Chi Min, Vietnam. Pesawat Air Asia yang dinaiki selamat mendarat pada jam 3.50ptg waktu tempatan. Sekali pun rasa keletihan menjalar dalam tubuh namun semangat untuk menziarahi saudara seagama apatah lagi mereka yang susah dan miskin di negara ini, melupakan kami kepada keletihan tersebut. Senyuman daripada rakan-rakanku Jan dan Cg Hashim begitu lebar begitulah juga diriku, almaklum inilah pertama kali kami menjejakkan kaki ke bumi komunis Vietnam. Bumi di mana tentera Amerika dimalukan dan menjadi mimpi ngeri kepada tenteranya. Sesampai saja kami di luar terminal, terlihatlah Ustaz Abd Rahman yang berdiri menanti dan menunggu kedatangan kami. Sekali pun inilah kali pertama kami bertemu, namun kemesraan Ustaz Abd.Rahman dengan kami telah mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada sebagai seorang muslim. Kami dibawa pergi ke Hotel Ngan Ha, ditengah-tengah bandar Ho Chi Min. Harga bilik untuk 3 orang cuma 45 usd. Setelah berehat dan mandi kami pun bersiap-siap untuk ke majlis Nisfu Syaaban yang diadakan di sebuah masjid yang agak jauh dari hotel penginapan kami iaitu lebih kurang 61ribu dong bayaran teksinya. Apa yang membanggakan kami ialah masjidnya yang mempunyai 3 tingkat penuh dengan jemaah lelaki tanpa jemaah perempuan. Kami kagum kerana di negara komunis namun mereka tetap boleh hidup dan menghayati Islam dengan baik. Sempat saya bertanya adakah setiap hari jumlah jemaah masjid ramai sebegini? Jawapannya ya.. Soalan saya itu kerana malam ini ada jamuan, kut-kutlah kerana jamuan, maka ramailah yang datang seperti kebanyakan masjid di Malaysia. Kami juga sempat berkenalan dengan 2 orang dari KL iaitu Hj Mahmud dan Hj Yaakob di mana kedua-duanya ialah pesara Petronas. Malam ini kami sempat makan bersama nasi dan sup special serta sayur, makanan khas vietnam. Perut dah lapar dijamu pula dengan masakan lazat pasti saya tambah 2 kali.. Kami pulang semula ke Hotel dan sempat bersiar-siar disekitar hotel.. Keimanan perlu ditingkatkan jika berada disini.. Kenapa??? Nanti saya ceritakan... Esok jam 6.30pagi kami dah hendak berangkat ke Kampung lebih 5 jam jarak perjalanan. Sekarang pun sudah jam 12tgh waktu Vietnam.

Khamis, 30 Jun 2011

Trip To Thailand 4








Isteriku pun terus meluru ke arah wanita tersebut dan memberi salam. Tangkas sungguh isteriku bertindak tapi sasaran tidak tepat, salam yang diberi bahasa Thai yang dijawab. Kasihan juga isteriku kerana tidak berjaya menjejaki wanita muslim. Perut semakin berbunyi, saya terus mengambil telefon dan menelefon rakan saya bertanyakan kedai makan orang Islam. Dia pun bersungguh memberitahu bahawa nanti di Comporn ada satu kedai besar tertulis 'Kateks'. Saya pun memperlahankan kereta dan menyuruh semua pasukan komando saya mengitip dan mengintai kedai yang tertulis 'Kateks'. Pencarian dan intipan tetap tidak berjaya. Namun jika rezeki telah ditetapkan Allah ada maka pasti ada juga akhirnya. Kebimbangan kami ialah kerana waktu asar semakin lewat sedangkan kami masih belum menemui surau atau masjid atau kedai makan untuk tumpang makan dan solat. Kereta yang tetap diperlahankan dan hah... tu dia... abiiii... dah jumpa jerit isteriku. Jeritan kelaparan dan kegembiraan agaknya. Dalam hatiku tetap berbangga kerana punya isteri yang berjaya menemui kedai makan. Saya terpaksa berpatah balik kerana sudah terlajak. Akhirnya berjayalah juga kami makan dan solat di kedai tersebut. Kedai kecil tapi sedap masakannya. Sama ada masakannya sedap atau kami yang lapar wallahua'alam. Wanita kedai itu amat ramah sekali orangnya. Kami bersembang dengan mesra sekali walaupun dia bercakap siam dan kami pula bercakap melayu. Itulah hebatnya sekali pun berlainan bahasa dan bangsa namun tetap mesra kerana punya iman dijiwa. sempat kami bergambar di situ sebagai kenangan indah. Kenangan mencari kedai makan yang paling susah di dunia...






Perjalanan diteruskan hinggalah sampai ke Bangkok. Bandar Bangkok yang luas dengan papan tandanya kebanykannya tulisan siam menyebabkan saya semakin hilang arah. Petua jalan yang diberikan sudah ghaib dan hilang, pembantu juru pandu juga sudah tidak mampu membaca peta. Kami sampai ke Bangkok jam 10.00mlm namun mencari hotel yang telah ditempah iaitu Regent Hotel di jalan Ramkanheng tidak juga bertemu. Hampir 2 jam kami berputar tanpa arah tujuan. Perjalanan tanpa arah amatlah bahaya kerana boleh tersesat jauh. Akhirnya keputusan diambil iaitu menahan teksi dan menyuruh rakan saya bercakap melalui telefon dalam bahasa Thai. Mereka di sini rata-rata tak pandai bahasa Inggeris. oleh itu mereka yang merasa hebat dengan b.inggeris janganlah berlagak kerana bukan semua orang di dunia ini pandai bahasa inggeris. Akhirnya sampai juga kami di regent hotel setelah 15jam berkereta. Anak-anak tertidur terus kerana keletihan. Alhamdulillah hotelnya hebat, luas dan selesa malah murah. Satu malam cuma RM 100.00 sahaja termasuk untuk 4 orang makan sarapan. Tidak perlu bimbang dari segi makanannya kerana ini adalah hotel milik orang Islam. Esok pagi kami nak mulakan perjalanan melawat sekitar ibu kota Bangkok...

Selasa, 28 Jun 2011

Trip To Thailand 3

Peta sudah ditangan, maka bermula pembacaan peta dilakukan oleh pembantu 'juru terbang' merangkap isteriku tercinta. Deng-deng buka-buka saja peta semuanya tertulis dengan tulisan Thai cuma bandar-bandar besar sahaja yang ditulis dengan tulisan rumi. 'Mana dia Bangkok ni tak dak pun dalam peta ni." kata isteriku. "Tak kan tak dak kut mesti ada" kataku. Saya pun melihat peta yang dikatakan tidak ada Bangkok. Akhirnya saya pun berkata tidak mengapa yang penting memang ada kat sini sambil saya menunjukkan kawasannya kepada isteriku. "Abi jauh lagi ka"? kata anak-anakku yang sememangnya tidak sabar untuk sampai ke Bangkok. Masa sudah menunjukkan jam lebih kurang 10 pagi. Kami teruskan perjalanan dengan hiburan asli nyanyian dari artis pujaanku yang dikenali dengan kak ngah. Memang pandai anakkau Farhah menyanyi, sekejap nasyid, lepas tu zikir kemudian selawat. Anakku Farhan pun tidak kalah dengan kakaknya, maklumlah hari itu bila ditanya oleh kumpulan Rabbani besar nanti nak jadi apa dia jawab nak jadi penyanyi nasyid. Anakku Farhie kurang berbakat dalam nyanyian dan hiburan tapi dia amat berbakat 'bersilat'. Sepanjang saya memandu tidak terasa langsung rasa mengantuk kerana terhibur dengan keriangan anak-anak tersayang. Isteriku pula asyik dengan petanya, hah.. dah sampai tok song, hah.. dah lalu ..... Walaupun dia tidaklah hebat dalam keputusan geografi namun sebagai seorang anak prof geografi saya tetap mempercayainya di dalam bidang pembacaan peta. Takut juga takut tersesat. Saya banyak berhenti sepanjang jalan kerana terlalu banyak 'pelaburan kecil' yang perlu diselesaikan oleh kami semua. Jam sudah menunjukkan 2 petang, anak-anak mula bertanya bila nak makan? Bila nak makan ni abi, lapar.... kata anakku kecil Farhie. Pagi tadi dia tak makan sebab tu lapar. Nanti la ya sayang, kata isteriku kita belum jumpa kedai orang Islam. Memangnya aku juga lapar, semua orang dah mula terseksa dengan kelaparan. Apatah lagi nak solat pun tak tau kat mana. Nanti bila kita nampak kedai makan Islam kita berhenti, kata saya pada anak-anak dan kalau kita jumpa orang Islam kita tanya depa. Saya cuba menenangkan anak-anak.


Jalan dan terus berjalan hingga akhirnya kami terpandang seorang wanita memakai 'cerkup kepala'..... saya pun terus memberhentikan kereta dan menyuruh isteriku pergi bertemu dengannya... (bersambung )

Khamis, 23 Jun 2011

Trip To Thailand 2

Setelah keputusan dibuat pada hari Rabu 15 Jun yang lalu kami pun mula bertolak menuju ke sempadan. Namun oleh kerana kami bertolak pada waktu malam dan sempadan telah pun ditutup maka kami pun singgah menginap di Hotel T yang terletak di Changlon. Tanpa menyalin baju kami terus tidur dan pada keesokan paginya kami pun bertolak seawal 6.30pagi. Urusan insuran Thailand dan tukaran mata wang bath sungguh mudah kerana ada kedai 24jam yang dibuka di Pekan Changlon. Kami mula memasuki sempadan pada jam 7.30pagi. Alhamdulillah segala urusan berkaitan disempadan selesai dengan mudah.

Perbezaan antara saya dan isteri dengan ayahanda dan bonda ialah persediaan bekalan makanan sepanjang perjalanan. Jikalau bonda dan ayahanda saya, pasti mereka menyediakan pelbagai jenis kuih, lauk dan nasi. Berhenti ditepi jalan dan makan beramai-ramai. Itulah orang dulu rajin masak tapi orang sekarang rajin membeli. Bukan salah isteriku tapi salah saya juga kerana mengambil keputusan 'last minute'. Oleh kerana tiada makanan yang di bawa dan anak-anak pula sudah mula melagukan lagu 'Abi, ummi lapar sangat ni'.. maka kami pun berhentilah di Sadoa untuk bersarapan. Kami semua makan nasi kecuali anak kecilku Farhie sahaja yang tak mahu makan. Katanya belum lapar. Setelah bersarapan kami pun bertolak menuju entah ke mana. Saya buat-buat tahu jalan ke Bangkok sedang bukan tahu pun. Tetapi oleh saya lelaki dan bapa serta suami kena la berlagak tahu. Dalam hati saya pasti ada papan tanda yang menunjukkan arah ke Bangkok. Ingatan dan sangkaan rupa-rupanya salah kerana semua papan tanda bertulis dengan tulisan siam. Saya dan isteri jadi orang buta huruf bila sampai ke Thailand. Berjalan dan terus berjalan menghala ke Hat Yai dan akhirnya bertemu satu papan tanda tertulis Bangkok. Saya amat gembira dan begitulah juga isteriku. Isteriku bangga sangat kerana dialah orang pertama nampak papan tanda tersebut. Tetapi kegembiraan tidak bertahan lama kerana selepas itu tiada lagi papan tanda yang bertulis bangkok malah semuanya bertulis siam. Namun begitu dengan menelefon rakan saya Mohd Faris orang Pattani akhirnya kami dapat juga jalan ke Bangkok iaitu melalui lebuh raya Pathalung. Lebuh raya ke Bangkok tidak dikenakan tol walau sesen pun, tapi minyak di sana lebih mahal berbanding di Malaysia. Kami akhirnya sampailah di Pathalung dan si anak-anak sudah mula berbunyi "lambat lagi ka nak sampai ni abi"? Saya hanya berkata lambat lagi.. Jauh lagi. Ok kita berhenti beli peta. Saya berhentikan kereta dan membeli peta Thailand dengan harga 100 bath. Bermulalah kami sekeluarga memerhatikan peta yang kebanyakkannya tertulis dengan tulisan siam. Episod melihat dan peta pun bermula... (bersambung Trip To Thailand 3)

Selasa, 21 Jun 2011

Trip To Thailand 1


Firman Allah yang bermaksud:“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Minat saya berjalan dan melancong memang ada sejak daripada kecil lagi. Al-Maklum anak bongsu, memang suka ikut emak dan ayah. Mereka ke mana pun saya akan ikut. Tapi kalau dulu nak ke mana sangat sebab kenderaan dan jalan pun susah. Kalau nak ke Kuala Lumpur bertolak jam 9.00 malam sampai jam 5.00pagi atau 6.00pagi. Tapi sekarang alhamdulillah sekarang dalam masa 4 jam sudah boleh sampai. Kalau dulu Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling jauh yang pasti menjadi igauan dan impian anak-anak kampung. Kalau sudah pernah pergi pasti pelbagai cerita akan dipaparkan. Sebenarnya perjalanan melancong secara darat lebih menyeronokkan dan banyak pengalaman boleh dipetik dan dijadikan pedoman sepanjang kehidupan. Saya masih ingat semasa bermusafir dengan ayahanda tercinta ke Alor Setar melalui jalan Pongsu Seribu dan kami singgah di masjid Pongsu seribu untuk berehat. Semasa rehat ayahanda sempat mandi air telaga yang amat dingin dan menyegarkan. Saya turut mandi bersama dan solat bersama ayah. Dengan kenderaan KE 20 pasti terpaksa berhenti dimerata tempat. Tapi masjid itu sekarang dah tak ada kerana diganti dengan masjid yang baharu.
Kini sampai masa saya bersama dengan anak-anak pula. Oleh kerana zaman telah berubah dengan jalan dan kenderaan yang lebih baik maka pasti perjalanan juga lebih jauh. Baru 5 hari yang lalu saya membawa anak-anak mengembara ke Bangkok melalui jalan darat sejauh 2500km pergi pulang. Inilah kali pertama kami mengembara sejauh itu melalui jalan darat dengan kenderaan sendiri yang bukanlah kereta berjenama hebat tapi kereta kebanggaan negara iaitu Proton Saga yang berusia 2 tahun. Dengan megah dan bergaya kereta berjenama negara meluncur laju mengharungi jalanraya Thailand sejauh 1150km hingga ke Bangkok. Kami belum pernah ke Bangkok melalui jalan darat dan tiada siapa yang bersama kami dikalangan yang pernah ke sana. Saya cuma menghubungi beberapa orang rakan di Thailand dan Malaysia yang pernah ke sana melalui jalan darat.

Teruskan bacaan anda di Trip To Thailand 2

Untuk Sumbangan Wakaf/Zakat/Derma kepada Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz(SMART) boleh masukkan wang ke dalam akaun berikut:

Sekolah Tahfiz Al-Islah : BIMB : 07043011010032

Sekolah Menengah Arab Tahfiz: Maybank : 557447202508

Jumaat, 10 Jun 2011

Memori Keempat



Alhamdulillah sudah tiga hari selamat pulang ke Malaysia dari Indonesia setelah 6 hari di sana. Keletihan dan kepenatan mengharungi perjalanan bermula dari Gontor menuju ke Surabaya dan seterusnya sampailah ke rumah di Kampung Tok Bedu Pulau Pinang. Keesokannya demam yang baru pulih kembali menyerang dan alhamdulillah hari baru benar-benar sihat namun batuk masih ada. Moga para pembaca dan sahabat handai dapat mendoakan buat saya agar sentiasa dipelihara Allah selalu. Beberapa hari setelah pulang dan menatap beberapa isu di dada akhbar saban hari isu politik terhidang. Al-maklum baru sahaja selesai Muktamar PAS di mana berlaku perubahan di dalam pucuk pimpinan PAS. Akhbar hari Jumaat 10 Jun 2011 juga berkisar tentang isu politik kepartian juga. Ingat saya dengan arwah emak yang memegang jawatan setiusaha UMNO cawangan pada waktu saya masih kecil. Emak begitu berkerja keras siang dan malam semata demi perjuangan bangsa, agama dan negara tercinta. Emak berkhidmat semata-mata demi perjuangan bukan pangkat atau jawatan dan kedudukan apatah lagi bukan untuk kemewahan. Tapi arwah ayah tidak berminat dengan politik kepartian beliau lebih suka berkhidmat di dalam arena NGO seperti bergiat dengan Jamaah Tabligh, Al-Arqam dan ABIM. Saya sebagai anak bongsu sering mengikut emak dan ayah ke mana sahaja. Suatu hari ayah membawa emak dan rakan-rakan UMNOnya pergi mesyuarat di suatu tempat yang saya tidak boleh memaklumkannya nanti jatuh aib pula kampung tu. Untuk makluman para pembaca ayah mempunyai sebuah bas sekolah dan membuat perkhidmatan sewaan kepada sesiapa yang ingin menyewa.Mesyuarat itu agak lama sehingga masuk waktu asar dan ayah seperti biasa sebagai orang yang taat pada agama akan terus pergi ke masjid untuk bersolat asar. Pastinya saya mengikut ayah. Setelah selesai solat dan berwirid sedikit akhirnya kami kembali ke tempat mesyuarat. Beginilah cara didikan ayahanda yang tercinta beliau mengajar saya secara tidak langsung. Hendak buat apa pun solat wajib diutamakan. Tunggu dan terus menunggu akhirnya emak pun dan rakan-rakan mesyuaratnya pun keluar dari mesyuarat. Salah seorang daripada rakan emak kerana terlalu peramah membuka mulut kepada ayah dan memberitahu yang mereka tidak sempat solat asar kerana mesyuarat terlalu panjang. Ayah saya terus bertanya kepada emak apakah benar yang mereka tidak bersolat asar semata-mata kerana mesyuarat tersebut? Emak terpaksa menjawab dengan berat hati, ya. Kemarahan ayah terus meluap seperti sebuah gunung berapi yang mengeluarkan laharnya. Kemarahan kerana semangat imannya yang tidak dapat dibendung. Bukan marah kerana orang menghinanya atau menghina anaknya atau sebab keduniaan tetapi kerana kemaksiatan yang besar yang telah dilakukan oleh mereka yang menyewa basnya apatah lagi emak sendiri selaku isterinya. Ayahanda terus mengungkap kata-kata keras yang dia hari ini bersubahat membawa orang tidak bersolat. Ayah memarahi semua teman-teman emak tanpa mengira siapa termasuklah emak kerana lebih pentingkan mesyuarat daripada solat. Sifat tegas ayah ini mungkin telah saya warisi kerana saya amat tegas dengan anak-anak termasuklah pelajar-pelajar saya sama ada dalam masalah agama atau disiplin.






Setelah sampai ke rumah, malam itu ayah membuat keputusan besar dalam hidup emak iaitu tidak dibenarkan lagi aktif dan menghadiri sebarang program UMNO. Emak menangis.. jiwa emak memang serasi dengan aktiviti kemasyarakatan. Emak pandai berpidato, mengarang, bersajak dan mengajar. Mungkin bakat emak itu tumpah kepada saya hari ini. Mulai hari itu emak tidak lagi bersama UMNO. Saya menjadikan ini sebagai memori sebagai peringatan agar sentiasa menjaga solat sekali pun atas nama perjuangan. Sama ada perjuangan Islam sekali pun kita wajib menjaga asas dan dasar Islam terutama solat. Kepada rakan-rakan UMNO berubahlah kepada perjuangan Islam kerana orang melayu mulia dengan Islam. Kepada rakan-rakan PAS berubahlah kepada mengukuhkan tarbiyyah para ahli, ramai lagi ahli PAS yang tidak ke Masjid dan ke kuliah agama. Mungkin para pembaca tertanya-tanya saya siapa? Orang PAS atau UMNO? Jawapannya saya saudaramu dalam Islam.... Al-Fatihah buat bonda dan ayahanda yang tercinta..

Sabtu, 4 Jun 2011

Antara Ilmu Dan Fikrah

Semasa saya masih kecil ayah yang terkenal dengan sifat dan ciri-ciri pondok telah menerapkan nilai-nilai tersebut di dalam diriku. Namun disamping ciri-ciri pondok, satu lagi ciri-ciri yang telah diterapkan ialah fikrah perjuangan Islam dan hidup berjemaah. Sebagaimana yang telah saya kisahkan sejak dari kecik lagi saya sudah bergeluman dengan jualan surat khabar Al-Arqam. Apa yang saya lihat penerapan 2 nilai ini, adalah penting demi memastikan seseorang menjadi lebih Akrom dan Ahsan. Ciri-ciri pondok mewakili keilmuan dan ciri-ciri Al-Arqam itu mewakili Fikrah.

Alhamdulillah sekarang semasa saya menulis ini saya sedang berada di Maahad Darussalam Gontor. Saya mengambil kesempatan untuk datang ke Warnet dan menulis sedikit penulisan blog yang saya namakan Antara Ilmu Dan Fikrah. Mungkin para pembaca tertanya kenapa saya pilih tajuk ini untuk tulisan kali ini. Ya sememangnya seseorang penulis akan terkesan dengan pengalaman hidupnya ketika sesuatu penulisan digarapkan. Begitu juga saya, sepanjang beberapa hari berlalu dan melihat berkali-kali kehidupan umat Islam Indonesia khususnya masyrakat sekitar pondok ini, maka terlintaslah dihati saya untuk menulis tajuk ini.

Pada era 70an ramai ustazah yang tidak memakai tudung dan ada pula isteri ustaz termasuk ustaz pomdok yang tidak memakai tudung. Ramai yang ada ilmu agama tapi pengamalannya agamanya sekadar dimasjid dan disurau. Ketika majilis pernikahan juga terdapat pelbagai program yang ridak Islami. Mungkin kita akan tertanya-tanya kenapa ada ilmu agama namun pengamalan Islamnya tidak menyeluruh? Jawapannya tidak lain ialah kerana tidak adanya fikrah. Inilah yang berlaku ketika Hasan Al-Banna memulakan gerakan dakwah di Mesir bukanlah tiada Al-Azhar gedung ilmu dan ulama, tetapi yang tiada ialah fikrah dakwah wal haraki. Mempunyai ilmu tanpa fikrah dakwah wal haraki tidak mendatangkan manfaat kepada kehidupan diri dan masyarakat. Lantaran itu kita melihat Rasulullah diberi ilmu melalui wahyu namun baginda juga diberi fikrah melalui wahyu. Surah pertama pertama Al-Alaq dan surah kedua pula Al-Mudassir, menunjukkan kepentingan ilmu dan fikrah dakwah. Beberapa kali daku melihat keadaan masyarakat Islam di Indonesia yang rajin bersolat dan bersalawat hingga baru-baru ni saya sempat membawa anak ke Sarangan satu tempat peranginan yang indah permandangannnya, saya sempat bersolat Jumaat di sebuah masjid. Di Masjid tersebut ada beberapa orang wanita yang bersolat Jumaat di samping kaum lelaki, alhamdulillah. Namun apa yang kurang menyenangkan ialah mereka semua membuka kain solat mereka dan tidak memakai tudung setelah selesai solat. Bersolat pula sebelah menyebelah dengan kaum lelaki. Khatib sedikit pun tidak menegur perbuatan tersebut. Kenapa khatib membiarkannya? Kerana khatib mungkin hanya ada ilmu tapi tidak ada fikrah dakwah. Sebab itu ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah namun ilmu tanpa fikrah dakwah ibarat pohon tidak berdahan. Ilmu adalah amanah yang perlu diamal dan disampaikan dengan dakwah serta dihayati dengan kefahaman yang sahih.

Moga anak-anak pasenteren Gontor serta STAIL&SMART termasuklah anakku Farwah akan menjadi alim wa mufakkir Islami. Amin....

Khamis, 26 Mei 2011

Memori Ketiga



Ungkapan Innalillah.... terungkapan apabila melihat berita tanah runtuh yang membabitkan anak-anak yatim di Ulu Langat. Sememangnya kita sering juga mendengar kejadian runtuh-runtuh ini berlaku di dalam negara kita yang tersayang ini. Stadium runtuh, bumbung runtuh, taman runtuh, termasuklah durian runtuh pada musim perayaan. Tetapi kejadian tanah runtuh sehingga membabitkan kematian dan kecederaan anak-anak yatim kali telah mengejutkan banyak pihak termasuklah isteri Perdana Menteri sehingga menyebabkan beliau menangis dan terus pulang ke Malaysia walaupun sepatutnya beliau ke Jepun. Berduyun-duyunlah manusia yang prihatin datang dan melihat serta melawat anak-anak yatim ini termasuklah Imam besar masjid negara. Begitulah lumrah kehidupan bila dah terhantuk baru nak terngadah. Kesianlah negaraku ini, banyak lagi rupanya rakyat yang susah seperti anak-anak yatim yang tidak terbela. Semalam sempat tengok berita TV1, di mana Imam masjid Negara pergi melawat anak-anak yatim yang selamat di hospital. Anak-anak ini gembira dan tersenyum bila dapat hadiah dan sumbangan. Itulah zaman kanak-kanak walaupun susah dan ditimpa musibah tapi masih tetap seronok. Teringat saya masa kecik-kecik dulu, suka dan nakal sungguh. Dalam kepala asyik fikir main-main dan seronok saja. Apabila ayah suruh buat kerja pun nak main juga.






Sebagaimana para pembaca maklum saya bukanlah keluarga orang senang dan kaya. Oleh itu antara kerja yang terpaksa saya lakukan ialah mengambil 'tengkuk padi' untuk dijadikan makanan itik dan ayam. Setiap hari saya akan ke kilang padi untuk mengambil 'tengkuk padi' dengan basikal. Ayahanda tercinta sediakan basikal tua untuk saya gunakan bagi mengangkut 'tengkuk padi' tersebut. Oleh kerana, boleh dikatakan setiap hari ke kilang padi, hati saya tergerak untuk bermain-main dahulu di kilang padi tersebut. Nak main apa? Main sekam seronok juga, ditambahkan pula melihatkan sekam yang sudah menjadi abu berwarna putih menggunung tinggi sebiji macam salji dan gunung salji. Zaman kanak-kanak bukan fikir apa dah, yang penting ialah keseronokan. Tanpa berfikir panjang selepas menghantar 'tengkuk padi' ke lau itik dan reban ayam, saya pun terus ke kilang padi untuk bermain 'salji' dan 'gunung salji'. Walaupun seorang diri namun keseronokan menggamit hati dan perasaan. Sesampai sahaja di sana, saya terus mendaki ke puncak dan mengelongsor turun seperti cerita-cerita dalam t.v. huihh seronok sungguh. Walaupun 'salji' ini tidak sejuk seperti di Amerika tapi ia boleh dimain seperti di sana. Malang akhirnya tiba juga. Keseronokan bermain 'salji' bertukar menjadi jeritan sakit dan tangisan. Kaki saya termasuk ke dalam 'salji' panas yang sedang terbakar. Alhamdulillah kerana kaki saja yang termasuk ke dalam jikalau badan mungkin hari ini saya tidak lagi boleh menaip di blog ini. Dengan sepantas kilat saya merendamkan kaki yang panas itu ke dalam parit yang berdekatan. Pulanglah saya dengan tangisan ke rumah tanpa memakai kasut. Pastinya ayahandaku memarahi anak kesayangannya kerana pergi bermain tanpa kebenaran. Selepas itu saya di bawa ke klinik dan mendapatkan rawatan di hospital Parit Buntar. Orang di hospital kata, "kenapa yang pi main sekam padi." Saya kata, "Saya nak main salji-salji."



Begitulah fikiran zaman kanak-kanak, tiada apa yang difikirkan kecuali keseronokan dan permainan. Siapa patut dipersalahkan, adakah tuan punya kilang kerana tidak membuat pagar berkunci bagi kawasan bahaya seperti itu atau saya kanak-kanak seperti saya? Pihak berkuasakah? Ayahanda dan bondakah? Begitulah juga situasi tanah runtuh rumah anak yatim. Siapa yang patut dipersalahkan? Yang pasti kanak-kanak tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya tahu berseronok dan tidak berfikir panjang. Masyarakat dewasalah sepatutnya memantau dan melihat jauh demi kebaikan kanak-kanak seperti umur 'saya'.

Selasa, 24 Mei 2011

Tafsir 2

Yahudi Bangsa Laknat Dan Dilaknati... Bebaskan Palestin Dari Penjenayah Ini.. Katakan Tidak Kepada Rokok Yang Membunuh Ummat Dan Mengayakan Yahudi Laknatullah... Allahuakbar!!!!
Firman Allah Yang Bermaksud:

"Jika demikian maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, selama itu mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi(tih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati memikirkan nasib orang-orang yang fasiq itu." (Al-Maidah ayat 26)


Kisah Bani Israel merupakan antara kisah yang panjang dan mendapat tempat di dalam Al-Quran. Pelbagai bentuk kisah dan cerita berkaitan sikap mereka terhadap para nabi, kitab-kitab dan masyarakat dibentangkan dengan panjang lebar oleh Al-Quran. Pembentangan ini bukanlah sekadar sebuah cerita untuk halwa telinga dan modal cerita untuk kanak-kanak tetapi lebih daripada itu, untuk mengingatkan umat manusia khususnya umat Islam agar tidak bersikap dengan sikap dan perangai orang Bani Israel yang buruk tersebut. Ayat di atas merupakan balasan dan hukuman Allah ke atas mereka hasil pengderhakaan dan kemaksiatan yang mereka lakukan.

Bagaimana mereka boleh tersesat di padang Tih ini? Ia berlaku setelah mereka diselamatkan oleh Allah daripada tentera Firaun yang mengejar mereka dan menenggelamkan Firaun serta tenteranya di dalam Laut Merah. Setelah mereka selamat bukanlah mereka hendak sujud dan bersyukur kepada Allah dengan mentaati segala perintah Allah dan nabi Musa,malah mereka minta pula nabi Musa buatkan untuk mereka berhala seperti kaum yang menyembah berhala. " Dan setelah kami selamatkan mereka menyeberangi laut merah dan mereka mendapati ada satu kaum yang menyembah berhala, mereka pun berkata kepada Musa, buatkanlah untuk kami berhala. Nabi Musa menjawab "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang tidak bodoh." Lantaran dek kerana sikap mereka itu maka Allah telah membiarkan mereka berada dalam terperangkap di tengah padang Tih selama 40 tahun. Sekali pun mereka cuba untuk keluar daripadanya dengan berjalan daripada siang sampai ke malam keesokannya mereka dapati mereka berada di tempat yang sama seperti pada permulaan pencarian mereka.

Jarak masa 40 tahun bukanlah jarak masa yang sekejap tetapi merupakan jangkawaktu yang panjang. Itulah balasan untuk mereka yang terlalu engkar akan suruhan dan perintah Allah. Kemanakah mereka setelah 40 tahun tersesat di Padang Tih? Insyallah pada kesempatan yang lain saya akan terangkan kepada para pembaca.


Untuk Sumbangan Wakaf/Zakat/Derma kepada Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz(SMART) boleh masukkan wang ke dalam akaun berikut:

Sekolah Tahfiz Al-Islah : BIMB : 07043011010032

Sekolah Menengah Arab Tahfiz: Maybank : 557447202508

Ahad, 22 Mei 2011

Memori Kedua




Baru-baru ini negara Malaysia dan Satu Malaysia gempar dengan berita berkaitan kegemukan kanak-kanak sekolah. Para cendiakawan, guru-guru dan para doktor pun memberi pelbagai komen yang amat hebat. Pelbagai saranan diberikan agar kadar kegemukan dikalangan kanak-kanak terutama para pelajar sekolah dapat dibendung. Rentetan daripada isu sensasi yang menjadi berita hangat ibarat air panas yang dimasak di dalam cerek wisel mengeluarkan bunyi begitu kuat sehingga terdengar dek para menteri. Oleh kerana bising cerek hangat ini maka keluarlah berita besar di dada akhbar di muka surat depan 'Nasi Lemak' antara makanan yang dikenalipasti sebagai penyebab obes dikalangan kanak-kanak. Melihat tajuk itu saya berasa amat sedih dan terkilan nasi lemak yang menjadi makanan kegemaranku dipersalahkan. Malah ianya adalah makanan orang melayu yang telah terkenal dan masyhur hingga terbang mengapai awan di dalam Kapal Terbang Air Asia. Satu dunia iktiraf kelazatan nasi lemak Malaysia tetapi bangsaku sendiri kondem dan hentam nasi lemak. Surat Khabar melayu ini mungkin marah pada nasi lemak kerana menggunakan akhbarnya sebagai pembalut dan pembungkus nasi lemak.


Nasi Lemak Dan Aku


Masih segar dijiwa dan kalbukan bagaimana susahnya hidup dibangku sekolah dahulu. Kesusahan dan kemiskinan telah menjadikan hidup kami sekeluarga berdikari untuk meneruskan kehidupan. Dengan bilangan ahli keluarga seramai 8 orang dan ke semuanya bersekolah ketika itu telah menyebabkan emak dan ayah saya berkerja siang dan malam mencari nafkah buat menyara anak-anak. Setiap pagi dari awal jam 4.00pagi emak dan ayah sudah bangun menyising tangan melakukan kerja harian. Emak memasak nasi lemak dan sambal tumis yang amat menyelerakan bagi sesiapa yang memakannya. Kami memulakan konsep kualiti lebih penting dari kuantiti. Nasi lemak kami memang nasi lemak bukan nasi lemak yang tidak lemak, kira-kira ori punya. Ikan bilis pula yang mahal dan rapuh. Oleh kerana bahan yang digunakan, bahan berkualiti dan sedap dimakan nasi lemak kami berharga 20 sen sebungkus. Tahun 80an harga sebegitu sudah dikira mahal kerana semua nasi di kampung saya dijual dengan harga 10 sen sahaja. Kakak saya membantu emak membungkus dan saya pula sebagai penghantar dan pengedar ke kedai-kedai. Alhamdulillah setiap kali sampai pasti nasi lemak kami ditunggu ramai dan belum sempat diletak di atas meja sudah habis, tapi itu hanya hari-hari tertentu sahaja iaitu pada musim mengerat padi, menajak dan memukul padi. Makan nasi lemak kami yang berlemak itu mendatangkan banyak tenaga kepada para pesawah dan pelaut. Di sebelah petang saya akan ke kedai untuk mengutip wang jualan daripada tuan-tuan kedai. Bayaran yang diterima bukanlah 20 sen sebungkus tapi cuma 16 sen sebungkus setelah ditolak komisen. Jika jualan hari itu habis pulanglah saya dengan senyuman lebar sampai ke telinga tapi kalau tak habis mencebek wajah la jawabnya. Emak dan ayah selalu kata pada saya, rezeki kita banyak ni saja nak buat macam mana, semua Allah yang tentukan. Lupa untuk saya jelaskan tentang bungkusan nasi lemak kami. Masa itu ramai orang guna daun pisang untuk balut nasi lemak mereka tapi kami guna daun pisang dan surat khabar. Janganlah pembaca salah faham penggunaan surat khabar sebagai pembalut nasi lemak ini. Bukan kerana bencikan utusan hairan. Bukan.... sama sekali kerana kami sekeluarga ketika itu adalah orang kuat UM...


Saya bersyukur kerana terpilih sebagai penghantar nasi lemak sebelum ke sekolah namun peristiwa pahit saya dirotan ayahanda tercinta kerana saya melawan bonda tersayang tidak akan saya lupakan. Semuanya itu kerana saya terlewat ke sekolah dek kerana menghantar nasi lemak hari tersebut. Saya protes emak kerana kerja penghantaran nasi lemak inilah yang menyebabkan saya terlewat ke sekolah. Akhirnya beberapa das ledakan rotan dilepaskan oleh ayahanda tersayang yang ketika itu baru pulang dari masjid. Saya yang bersalah kerana bangun lewat sekali pun sudah berkali-kali dikejutkan oleh ayah dan emak. Terima kasih ayah kerana hasil rotan itu saya berjaya hari ini. Kakak saya menangis melihat 'balur' sambil menyapu ubat dan aku juga menangis.




Begitulah kehidupan orang melayu di kampung-kampung seperti saya dan keluarga mencari sesuap rezeki dengan penjualan nasi lemak. Tiba-tiba senang-senang para pakar menghentam periuk nasi lemak orang melayu Islam. Kenapa nasi lemak dijadikan tajuk utama tidak pula makanan lain yang lebih berbahaya untuk kesihatan. Kanak-kanak dulu makan nasi lemak tidak 'gaduh' pun masalah kegemukan. Saya ke sekolah makan nasi lemak dan rehat pula makan nasi putih yang diberi bekal tak gemuk pun sampai sekarang. Ya sebabnya saya dan kawan-kawan saya mengayuh basikal sejauh 10km setiap hari dan kadang-kadang berjalan kaki. Isunya bukan salah nasi lemak tapi gaya hidup yang hari ni emak ayah hantar anak sampai depan pintu sekolah naik kereta. Bilakah mereka berjalan saya pun tak tahu... Nasi lemak dan saya adalah erti kesusahan, kemiskinan, kerajinan dan kesabaran.....

Jumaat, 20 Mei 2011

Kisah Daripada Rasulullah S.a.w : bil. 2


Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah R.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya tersebut kisah seorang lelaki daripada Bani Israel telah meminta hutang sebanyak seribu dinar daripada seseorang daripada kalangan Bani Israel. Maka berkatalah orang ingin memberi hutang kepadanya"Datangkanlah saksi untuk menyaksikannya". Kata si lelaki ini, "Cukuplah Allah sebagai saksinya". Berkata pula si pemberi hutang, "Datangkanlah penjamin untuk menjaminnya". Kata Si lelaki itu "cukuplah Allah sebagai penjaminnya". "Benar kamu" kata si pemberi hutang. Lalu dia pun menyerahkan wang sebanyak seribu dinar kepada si lelaki ini. Berlalu pergilah si lelaki ini dan menyelesaikan tanggungjawabnya dengan menyeberangi laut. Telah sekian lama sampailah waktu untuk dia membayar kembali hutang tersebut, maka dia pun pergi ke laut untuk mendapatkan sampan tetapi malangnya tidak ada sampan. Dia pun mengambil sebatang kayu lalu menebuknya dan memasukkan seribu dinar itu ke dalam lubang tersebut berserta surat untuk saudaranya yang telah memberi hutang kemudian dia pun menutup lubang tersebut. Selepas itu pergilah ke laut dengan membawa kayu tersebut dan menghanyutkannya sambil berdoa" Ya Allah, Sesungguhnya engkau tahu aku telah berhutang dengan saudaraku itu sebanyak seribu dinar, dan dia telah meminta saksi daripadaku tetapi aku mengatakan cukuplah engkau menjadi saksi, dia meminta penjamin dan aku berkata cukuplah engkau menjadi penjaminnya dan dia pun redha. Aku telah cuba mendapatkan kenderaan untuk ke sana tetapi tidak bertem. Oleh itu aku memohon kepadamu dan menyerahkan ini melalui engkau. Kemudian dia mencampakkan kayu tersebut ke dalam laut. Manakala saudaranya si pemberi hutang menanti di pengkalan untuk melihat kedatangan sampan yang membawa hutang yang telah dijanjikan untuk dibayar tetapi tidak kelihatan kecuali sebatang kayu. Maka dia pun mengambil kayu tersebut dan dibawa pulang untuk dijadikan kayu api. Apabila dipecahkan kayu tersebut maka di dapati ada wang dan surat daripada rakannya yang berhutang tersebut.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Ahmad dan At-Thobrani.

Pengajarannya:

1. Niat dan usaha yang baik akan sentiasa mendapat bantuan serta pertolongan daripada Allah s.w.t
2. Menunaikan amanah dan melaksanakan janji merupakan perkara yang penting di dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.


Khamis, 19 Mei 2011

Memori Satu



Perjalanan hidup ini kata orang seperti putaran roda, sekejap berada diatas dan sekejap berada di bawah. Kadang-kadang susah dan kadang-kadang senang. Iman pun begitu kadang-kadang meningkat dan menjulang tinggi tetapi kadang-kadang menjunam jatuh ke bawah. Betul semuanya ungkapan itu, cuma berapa ramai mereka yang sedar tentang kelemahan diri. Namun begitu bukanlah semua perkara di dalam kehidupan berputar, lihat saja contohnya umur dan memori yang lalu tertinggal dibelakang. Apakah hidup pada zaman kanak-kanak akan berputar kembali? Apakah hidup bersama ayah dan ibu sewaktu kecil di peluk dan dicium serta digendong ke sana dan ke sini akan berputar kembali? Hanya mereka yang berfahaman kufur mengenai roh yang ada penghidupan semula ke dunia sahaja mempercayainya. Jikalau hari ini kita sudah tidak punya ayah dan bonda maka kita cuma menanti, moga-moga bertemu kembali di syurga Allah.



Setiap orang selagi dia bernama manusia sudah pasti dia mempunyai memori dan pengalaman yang tersendiri. Ada yang mungkin dahulunya seorang anak yang sering dipukul dan dimarahi dek si ayah atau mungkin juga sering dicium dan dibelai oleh si ibu. Apa pun peristiwa itu, ia hari telah menjadi memori. Memori yang lalu sepatutnya menguatkan diri dan menjadi pedoman hidup hari ini dan yang akan mendatang nanti. Saya juga tidak terlepas daripada memori pahit dan manis di sepanjang kehidupan ini. Apa yang ingin saya kongsikan bersama para rakan pembaca merupakan memori yang banyak memberi kesedaran dan kekuatan di dalam meneruskan kehidupan ini.






Surat Khabar&Kesabaran

Saya bukanlah seorang 'reporter' akhbar utusan Malaysia malah saya lebih hebat daripada itu kerana akhbar itu hari ini bukanlah hebat sangat cuma sekadar buat bungkusan nasi lemak sahaja. Biar pun usia saya ketika itu cuma 8 tahun ke 10 tahun tapi saya sudah kenal erti kehidupan menjadi penjual surat khabar. Sekali lagi saya ingatkan surat khabar yang saya jual itu bukan Utusan Hairan. Surat khabar yang saya jual ini ialah surat khabar memberi khabar gembira di akhirat nanti. Surat khabar yang membicarakan tentang hakikat kehidupan abadi. Saya ke hulu dan ke hilir menjual surat khabar ini hinggalah naik bas dan turun bas menjual akhbar ini. Ayahandaku (Alfatihah buatnya) yang telah mengajarkan daku erti sebuah perjuangan dan kesabaran. Akhbar Islam yang memberitakan kisah-kisah Islam, akhlak yang baik, peringatan akhirat bukanlah diminati sangat oleh orang melayu kerana orang melayu lebih suka kisah dan berita video seks serta seangkatan dengannya. "Assaalamualaikum mak cik, ni ada surat khabar mak cik, murah saja mak cik." "Tak payahlah rumah mak cik dah banyak surat khabar". " Tapi ni surat khabar Islam mak cik". Pernah juga saya ke sebuah rumah dan dihalau dengan rotan oleh tuan rumah. Majalah Al-Qalam, Al-Ain dan surat khabar Al-Arqam itulah surat khabar yang saya jadikan bahan jualan. Alhamdulillah memori ini masih kekal di dalam jiwa dan fikiran saya. Ia mematangkan hidup saya sebagai seorang pendakwah. Dengan menjadi penjual surat khabar ini saya belajar untuk hilangkan rasa malu untuk berdakwah, berlatih berniaga, kesabaran dan semangat juang. Ucapan jutaan terima kasih kepada ayahanda Abu Bakar yang telah mendidik daku dengan jalan perjuangan ini. Kesyukuran ke hadrat Allah kerana daku terpilih untuk menjadi salah seorang pendakwah agamanya.