Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Khamis, 30 Jun 2011

Trip To Thailand 4

Isteriku pun terus meluru ke arah wanita tersebut dan memberi salam. Tangkas sungguh isteriku bertindak tapi sasaran tidak tepat, salam yang diberi bahasa Thai yang dijawab. Kasihan juga isteriku kerana tidak berjaya menjejaki wanita muslim. Perut semakin berbunyi, saya terus mengambil telefon dan menelefon rakan saya bertanyakan kedai makan orang Islam. Dia pun bersungguh memberitahu bahawa nanti di Comporn ada satu kedai besar tertulis 'Kateks'....