Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Ahad, 14 November 2010

Kem Hafazan Al-Quran Kali Ke 7

Mengadakan Kem pada masa musim cuti persekolahan sudah menjadi agenda tahunan dalam kamus kehidupan saya. Sudah pelbagai jenis kem diadakan bermula dengan kem bina iman, kem generasi rabbani, kem anak soleh, kem bijak solat dan kem hafazan Al-Quran. Apabila usia sudah semakin lanjut penganjuran kem-kem lain terpaksa ditangguhkan kerana kem-kem seperti bina iman dan generasi rabbani memerlukan tenaga yang lebih untuk menjayakannya. Oleh itu kem hafazan...