Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Pencari Jiwa-jiwa Muda

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah banggunan tersergam indah.."- Imam Hassan Al Banna

Generasi Awal Sek Tahfiz Al-Islah

"Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.." - Imam Hassan Al Banna

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Isnin, 15 Oktober 2012

Gerak Kerja Pejabat Mudir Am STAILSMART

Alhamdulillah... itulah ungkapan yang pasti terungkap setiap kali menerima nikmat Allah s.wt. Ungkapan yang menandakan betapa besarnya Allah, pemberi segala kenikmatan dan penarik segala kenikmatan. Siapalah kita kalau bukan hanya manusia kerdil yang sentiasa mengharapkan belas kasihan Allah Azzawajalla.... Di atas kesedaran itulah maka saya rasa begitu bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk bersama teman-teman menerajui Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz(SMART). Sememangnya bukanlah satu kerja yang mudah untuk melansungkan perjuangan ini kalau tanpa sokongan teman-teman dan bantuan semua para muslimin terutama bantuan daripada Allah s.w.t. Alhamdulillah, beberapa program telah dapat dijalankan dan akan dijalankan oleh pejabat Mudir Am STAILSMART sepanjang tahun 2012

1. Program ziarah Aceh bersama 20 orang teman-teman pada 7.9.2012 hingga 9.9.2012
2. Program ziarah para pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat Pulau Pinang ke Maahad Darussalam Gontor
3. Program Majlis berbuka puasa bersama ulama pada bulan Ramadhan yang lalu
4. Program Umrah Syaaban
5. Rumah Terbuka sempena Aidilfitri
6. Program Ibadah Korban di Kemboja(sekarang sudah dapat penyertaan hampir 700orang)
7. Program Musafir Imani ke Kemboja pada 23 Oktober 2012 hingga 30 Oktober 2012
8. Pembinaan surau STAILSMART yang berharga RM 700,000.00(dijangka siap pada penghujung November 2012)
9. Mengurus kutipan zakat dan wakaf serta dana
10. Melancarkan produk untuk dana iaitu air assoleh...