Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Sabtu, 4 Jun 2011

Antara Ilmu Dan Fikrah

Semasa saya masih kecil ayah yang terkenal dengan sifat dan ciri-ciri pondok telah menerapkan nilai-nilai tersebut di dalam diriku. Namun disamping ciri-ciri pondok, satu lagi ciri-ciri yang telah diterapkan ialah fikrah perjuangan Islam dan hidup berjemaah. Sebagaimana yang telah saya kisahkan sejak dari kecik lagi saya sudah bergeluman dengan jualan surat khabar Al-Arqam. Apa yang saya lihat penerapan 2 nilai ini, adalah penting demi memastikan seseorang menjadi lebih Akrom dan Ahsan. Ciri-ciri pondok mewakili keilmuan dan ciri-ciri Al-Arqam...