Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Rabu, 27 Februari 2013

Wanita dan Al quran

Malam itu saya dan ayah meredah kesejukan malam menuju ke rumah Syed Ali, seorang guru Al Quran dengan hanya bermotorsikal. Ketika itu mana ada kereta seperti sekarang, semuanya hidup dalam keadaan susah. Seperti biasa saya yang masih kecil suka duduk di hadapan, didalam raga motor kapcai ayah jenis Honda 70cc dengan plat nombor PV 3605. Tidak berapa lama akhirnya kami pun sampai di rumah rumah ustaz Syed Ali seorang guru Al Quran yang cacat...

Ahad, 24 Februari 2013

Untukmu Islam yang ku cintai

Pilihanraya ke 13 ,tidak tahu bila akan diadakan, pastinya dengan izin Allah selewat - lewatnya bulan Jun nanti. Di mana saja pada waktu ini, sama ada di kedai kopi, di sekolah, di pejabat dan apatah lagi di Facebook semuanya sedang memperkatakannya. Suatu tarikh yang hanya diketahui Allah dan mungkin juga dibenak Perdana Menteri Malaysia 1 Malaysia. Kita sebagai rakyat akan menggunakan kuasa mengundi di dalam pilihanraya itu nanti. Siapa...

Jumaat, 22 Februari 2013

Kemboja Tetap di hatiku

Semasa saya dibangku sekolah dahulu, pernah juga mempelajari tentang sungai di asia dan di dunia dan ketika itu nama seperti Sungai Mekong telah pun disebut oleh guru saya. Namun saya tidak pernah bermimpi bahawa suatu hari nanti saya akan bermalam di kampung sekitar Sungai Mekong apatah lagi menyeberang dan menikmati ikan-ikannya. Sememangnya segala kehidupan kita ini adalah penentuan dari Allah yang maha esa. Ada yang kita impikan tetapi tidak...

Sabtu, 15 Disember 2012

Apa yang kau cari ??

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI, darimana kita belajar IKHLAS Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, darimana kita belajar SABAR Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR. Emak.. Ana nak pindah ke tasek gelugor sebab nak mula buka sekolah disana. Sahabat bagitau ada orang wakaf dua buah rumah disana untuk dijadikan sekolah tahfiz. Masih saya ingat ungkapan itu telah saya ucapkan...

Isnin, 15 Oktober 2012

Gerak Kerja Pejabat Mudir Am STAILSMART

Alhamdulillah... itulah ungkapan yang pasti terungkap setiap kali menerima nikmat Allah s.wt. Ungkapan yang menandakan betapa besarnya Allah, pemberi segala kenikmatan dan penarik segala kenikmatan. Siapalah kita kalau bukan hanya manusia kerdil yang sentiasa mengharapkan belas kasihan Allah Azzawajalla.... Di atas kesedaran itulah maka saya rasa begitu bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk bersama teman-teman menerajui Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz(SMART). Sememangnya bukanlah satu kerja yang mudah untuk melansungkan...

Khamis, 2 Ogos 2012

Gambar Umrah Syaaban 1433...

...

Ahad, 26 Februari 2012

Umrah Syaaban 1433

Perkataan Umrah dan ziarah merupakan satu perkataan sering kita dengar dan menarik perhatian ramai di kalangan Ummat Islam. Bukan sahaja ia sebagai satu ibadah tetapi ia juga menjadi satu peluang perniagaan kepada ummat Islam. Tidak dinafikan pensyariatan ibadah dalam Islam telah memberi kesan yang amat baik pada ekonomi ummat manusia. Sebagai contoh berkaitan ibadah solat. Di mana syarat-syarat sah solat telah memberi kesan kepada ekonomi ummat manusia yang sepatutnya lebih terkesan kepada ummat Islam. Antara syarat sah solat ialah menutup aurat....