Jumaat, 18 September 2009
Sambutan Hari Raya
1:26 PG
No comments
Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita sudah menghampiri 1 Syawal. Kita bersyukur kerana kita berjaya bersama dengan Ramadhan kali ini. Namun begitu apakah Ramadhan kali ini telah menjanjikan anguerah takwa dan keampunan dosa? Pada kesempatan ini saya memohon berbanyak kemaafan kepada para pengunjung blog saya ini jika sepanjang penulisan saya ada yang menyingung perasaan dan tersalah kata. Saya juga memohon maaf kerana sudah lama tidak menulis dan mengemaskini blog saya ini. Ini adalah disebabkan kesibukan menyambut 10...
Isnin, 7 September 2009
Ramadhan Al-Mubarrak 5
12:47 PG
1 comment
Sempena hari ini 17 Ramadhan 1430, ana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Dalam kita meraikan hari ini sebagai nuzul Al-quran apakah kita sering berdamping dengan Al-quran. Baru-baru ini saya menghadiri satu undangan ceramah di sebuah sekolah menengah dan ketika ceramah itu saya bertanya kepada para pelajar siapakah dikalangan mereka yang membaca Al-quran? Jawapannya tiada seorang pun yang mengangkatkan tangan....
Jumaat, 4 September 2009
Ramadhan Al-Mubarrak 4
7:30 PTG
1 comment
Kesyukuran kehadrat ilahi rabbi yang masih memberi kita kesempatan untuk menjalani ibadah puasa walaupun masa terus berjalan. Masa berlalu pantas hingga sekarang kita sudah berada di pertengahan Ramadhan. Entahlah, apakah diri ini akan mampu meraih darjat taqwa? Tepuklah dada dan tanyalah diri kerana kitalah yang mampu menjawabnya sendiri. Saya sering didatangi seseorang yang berhajat untuk meminta tolong saya berdoa agar hajatnya tercapai. Jikalau seorang ibu bapa biasanya hajat berkaitan anaknyalah yang akan diminta. Sama ada anaknya akan menghadapi...
Selasa, 1 September 2009
Aktiviti Hari Ini
3:57 PTG
1 comment
12 Ramadhan 1430 bersamaan 2 September 200908.00pagi : Ke Pejabat12.00tgh : Ceramah Ihya Ramadhan Sekolah Menengah Taman Selasih09.00mlm : Tarawikh dan Tazkirah Surau Kg.Jawa Butterworth13 Ramadhan 1430 bersamaan 3 September 200908.00pagi : Ke Pejabat03.00ptg : Ceramah Ihya Ramadhan Jabatan Kerja Raya Kepala Batas05.30ptg : Ceramah Ihya Ramadhan Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal09.00mlm : Tarawikh dan Tazkirah Surah Taman Kuala Bekah* Doakan agar saya sentiasa diberi kekuatan dan hidayah untuk meneruskan perjuangan i...
Ramadhan Al-Mubarrak 3
3:33 PTG
No comments
Kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana masih lagi mengekalkan nikmat iman dan Islam seterusnya dapat menjalani ibadah puasa pada hari ini. Tanpa kita sedari begitu pantas masa berlalu kini kita sudah berada di fasa kedua bulan Ramadhan. Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w memaklumkan kepada kita bahawa "Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan Allah dan pada akhirnya jaminan selamat daripada neraka Allah". Oleh itu marilah kita mempertingkatkan lagi amalan ibadah kita kepada Allah sebelum Ramadhan meninggalkan kita.Diantara...
Langgan:
Catatan (Atom)