Jumaat, 6 Ogos 2010

Al-Fatihah


Hidup dan mati adalah ketentuan Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa pasti merasai kematian". Kadang-kadang yang tua diambil dahulu dan yang muda dibiarkan. Ada pula yang muda dijemput dan yang tua terus hidup. Malah ada juga yang sihat dipanggil Allah dan yang sakit terus sihat. Ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Kita berdoa agar panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam keadaan taat kepada Allah.
Sepanjang perjalanan pulang dari Genting Highland saya banyak berbincang dengan isteri berkaitan perubahan yang ingin kami lakukan di sekolah. Sambil berbual berkaitan sekolah teringat kami kepada Mualimah Fauziah yang lebih dikenali oleh isteriku dan kawan-kawannya sebagai ummi. Saya hanya memanggilnya dengan panggilan kak fauziah sahaja. Ingatan kami kepadanya agak mendalam kerana dia merupakan seorang guru STAIL&SMART yang amat berdedikasi. Saya terus bertanya kepada isteri bagaimana keadaannya setelah mengidap kanser tahap 4. Isteriku menjawab bahawa dia sering mendapatkan berita daripadanya anak melalui sms dan keadaannya masih tidak berubah. Kereta yang saya pandu terus meluncur laju dan perbualan kami tiba-tiba berhenti dek kerana hujan lebat yang turun mencurah-curah menyebabkan saya terpaksa memberi fokus kepada pemanduan. Pemanduan yang agak berhati-hati itu tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Afiqah anaknya kak fauziah ke telefon bimbit isteriku. Perkhabaran yang diterima terasa sayu dan sepi di mana beliau telah dipanggil oleh Allah s.w.t.
Kami kembali menyambung perbualan berkaitan beliau. Dalam sedu dan sedih isteriku mengimbau segala jasanya di STAIL&SMART. Walaupun cuma setahun enam bulan ia menjadi guru namun jasanya terlalu banyak. Saya tidak lupa saat beliau datang membawa bungkusan simen untuk menampal lantai dewan terbuka STAIL pada hari cuti di mana semua orang bercuti. Dan saat beliau berkata kepadaku jagalah anaknya dan didiklah anaknya yang kini berada di SMART saya hanya menganggukkan kepala. Suaranya lemah tapi penuh harap. Saya tidak akan persiakan jasanya kepada STAIL&SMART dan insyallah akan saya cuba laksanakan janji untuk mendidik anaknya sebaik-baiknya.

Al-Fatihah untuk rohnya. Moga Allah tempatkannya bersama para syuhada dan solihin. Amin..

2 ulasan:

  1. innalillahi wainnailaihi raji'un....
    semua yang bernyawa memang akan kembali kepada-Nya,termasuk kita semua,menit kedepan ,atau esok kita juga akan mendapat giliran.

    Ketentuan-Nya tiada dapat kita terka,biarpun kita sakit sekian lama dan teruk tiada berbaikan tapi kerana Dia belom menghendaki ,kematian tetap akan ditangguhkan.

    tetapi biarpun kita tiada sakit apapun juga,bahkan baharu sahaja kita bersenda gurau dengan keluarga dan teman ,bilakah Dia menghendaki kita kembali pada-Nya,maka tiada sesiapapun yang mampu lepas dari takdir-Nya.

    Jadi...dengan masa depan kita yang kita tiada tahu masih seberapa panjang.Kenalah kita mengutamakan berdekat dengan Allah dari pada sesiapapun.Takut kita hanya kepada Allah ,bukan kepada penguasa,atasan atau istri-istri yang para kaum suami sering merasa takut padanya ,mungkin kerana takut menyakiti hatinya atau alasan apapun juga.
    Allah...Allah...Allah ...Dialah tujuan kita .

    BalasPadam