Sabtu, 20 November 2010

Ihtifal Kali Ke 11
















Maksud Firman Allah : Alif Lam Mim, Demikianlah kitab yang tidak ada keraguan padanya, menjadi hidayah kepada orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah ayat 1-2)










Ucapan syukur dan segala puji milik Allah yang telah memberi kejayaan kepada Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz sepanjang liku perjuangan selama 11 tahun yang lalu. Berpandukan manhaj yang benar yakni Al-Quran dan As-sunnah sebagaimana yang diungkapkan oleh bekas Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah Prof.Madya Dr. Mohd Zin Kandar bahawa setiap institusi mesti mempunyai manhaj yang sahih dan tidak ada manhaj yang paling sahih melainkan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.










Berpandukan ayat di atas saya selaku pentadbir dua buah sekolah ini yakin dan percaya selagi kami berpandukan manhaj yang sahih ini pasti Allah akan membantu dan memudahkan segala urusan. Pertunjuk dan bimbingan daripada Allah pasti akan diperoleh oleh mereka yang bertaqwa. Siapalah orang yang bertaqwa kalau bukan mereka yang sanggup menggadaikan segala kesenangan dan kemewahan dunia demi Islam yang tercinta. Oleh itu Ihtifal kali ini menyaksikan betapa ramai kakitangan amnya dan guru-guru khususnya terdiri daripada kalangan mereka yang masih muda dan baru. Sepanjang 11 tahun saya di sini sudah ramai yang gugur ditengah jalan tidak sanggup mengharung badai dan ombak apatah lagi bila ternampak pulau kesenangan sedang menanti. Ada juga yang berputus asa dan boleh menerima tarbiyyah dalaman akhirnya gugur juga di tengah jalan.










Sekali saya imbas anak-anak dipentas tampak mereka membuat persembahan dengan baik sekali. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang melatih mereka. Hari ini hari bahagia seorang guru melihat kejayaan anak-anak didik mereka. Pelajar Pra dengan keanak-anakannya, pelajar STAIL dengan perangai separa matangnya dan anak-anak SMART dengan sifat kepimpinannya. Syabas kepada guru2, kakitangan dan anak-anak didikku serta ta terima kasih kepada Dr Mohd Zin yang sudi hadir biar pun tinggal jauh di Johor dan tidak dilupakan para ibu bapa dan waris yang hadir. Malangnya juga ramai waris dan ibu bapa anak-anak pra sahaja yang hadir terlalu sedikit waris STAIL dan SMART yang hadir. Apakah ibu bapa rasa anak-anak yang sudah besar ini tidak perlu lagi diberi sokongan? Wallahua'lam. Moga daku terus diberi pertunjuk untuk mendidik anak-anakku dan anak-anak muridku.

1 ulasan: