Isnin, 15 November 2010

Selamat Hari Raya Haji




Maksudnya:


Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki atau menunggang unta yang kurusm mereka datang dari segenap penjuru yang jauh. Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang dia berikan kepada mereka berupa binatang ternakan. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan sebahagian diberikan untuk dimakan oleh orang-orang fakir. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan melakukan tawaf sekeliling Baitullah. (Al-Haj 27-29)


Kita mengucapkan syukur setinggi tingginya ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi kesempatan kepada kita untuk menyambut hari raya haji atau korban sekali lagi. Kehadiran hari yang mulia mungkin didahului dengan persoalan yang agak 'panas' kerana wuquf di Mekah sudah pun berlalu dan kita di Malaysia agak 'kelewatan wuqufnya'. Apa pun setelah diisytiharkan oleh pihak kerajaan maka kita sebagai umat Islam wajib mengikuti pemerintah kerana ia masih di dalam perkara kekhilafan ulama'. Bukanlah saya ingin mengulas perkara tersebut tetapi apa yang ingin kongsikan pada kali ini ialah berkaitan ayat yang saya lontarkan di awal tulisan ini. Ada 6.perkara yang ingin saya menarik perhatian para pembaca:


1. Berdakwah adalah kerja dan tanggungjawab serta sunnah para nabi yang sepatutnya kita ikuti.

2. Berdakwah adalah kerja kita tetapi yang memasukan hidayah adalah kerja Allah. Sebab itu apabila nabi Ibrahim bertanya kepada Allah apakah akan sampai suara aku ini? Allah menjawab aku yang akan menyampaikan kepada manusia

3. Amalan haji merupakan amalan yang memerlukan pengorbanan yang tinggi dan sanggup bersusah payah

4. Ibadah korban merupakan salah satu amalan yang boleh dilakukan oleh itu yang tidak mengerjakan haji

5. Kita yang tidak mengerjakan haji apakah kita boleh merasai kesusahan dan kepanasan padang Arafah jikalau tidak berpuasa sunat pada hari Arafah? Apakah kita boleh merasai pengorbanan ribuan ringgit yang dikeluarkan oleh mereka yang mengerjakan haji jikalau kita tidak melaksanakan ibadah korban? Bolehkah kita merasai kemanisan beribadah seperti mengerjakan yang kini berada di Baitullah jikalau kita kita mengerjakan solat sunat hari raya atau menghadiri masjid-masjid untuk solat berjemaah?

6. Islam adalah milik semua bangsa dan negara. Jangan anggap orang melayu sahaja Islam dan orang lain tidak. Persaudaraan kita adalah atas dasar agama bukan bangsa atau negara.

0 comments:

Catat Ulasan