Khamis, 2 Disember 2010

Tuan Kambing dan Ibu Kambing


" Dan mereka yang beriman dengan apa yang diturunkan kepadamu dan nabi sebelum kamu dan mereka yakin dengan hari kebangkitan." (Al-Baqarah ayat 4)


Pada suatu petang seorang penternak kambing telah berkata kepada seekor ibu kambing. " Wahai ibu kambing aku ingin mengambil anakmu untuk dijadikan korban, apakah kamu mengizinkannya?" Ibu kambing pun menjawab "bek, bek." " Aku hendak mengambil anak kamu yang besar bukan yang kecil." kata tuan kambing lagi. Kemudian tuan kambing pun membawa pergi si anak kambing jantan yang bebadan tegap dan sihat untuk dijadikan korban tahun ini. Peristiwa seperti ini patutkah berlaku? Patutkah atau perlukah si penternak kambing ini memaklumkan terlebih dahulu kepada si ibu kambing tentang kehendaknya. Perlukah memohon kebenaran daripada si ibu kambing sebut?Pasti jawapan tidak perlu,kerana yang memelihara, merawat sakit, memberi makan dan menyediakan kandang untuk mereka semua adalah si tuan kambing bukannya si Ibu kambing. Begitulah juga kita dengan Allah, segala yang berlaku adalah ditakdirkan oleh Allah dan kita tidak ada hak untuk mempersoalkan taqdir yang ditentukan ke atas kita. Kita diberi makan, minum oleh Allah, dicipta oleh Allah dan disediakan pula t.empat tinggal iaitu dunia ini utk menumpang teduh sementara menemui Allah s.w.t. Ayat Al-Baqarah di atas menjelaskan hakikat agama ini yang dibawa oleh semua para nabi bermula daripada Adam a.s hinggalah Rasulullahs.a.w ialah mengimani kewujudan dan kekuasaan Allah s.w.t dan hari akhirat yang pasti datang.

Siapalah kita kalau bukan hanya insan biasa yang tiada apa, dicipta oleh Allah maha kuasa. Semalam sempat menyampaikan ceramah di surau rumah sri kenangan Bedong dan sempat pula menziarahi penghuni-penghuninya. Ada penghuninya yang sudah terlantar sakit dan terpaksa dipakaikan lampin setiap hari dan jumlah mereka mencecah 30 orang lebih. Dimaklumkan oleh penjaga ada dikalangan mereka itu yang ketika mudanya jenis baran. Begitulah lemahnya manusia, sedarlah wahai diri jangan rasa dirimu hebat dan tinggi kerana hebat dan tinggi itu adalah kepunyaan Allah s.w.t. Rendahkanlah dirimu dan bersikap baiklah sesama manusia moga kita beroleh pahala dan ganjaran Allah hendaknya. Amin..

0 comments:

Catat Ulasan