Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Jumaat, 30 September 2011

Trip To USA 7

Setelah lebih kurang seminggu kami berada di Washington kini kami dibawa ke Philadelphia negeri kedua yang merupakan negeri pertama U.S dan tapak kemerdekaan U.S daripada koloni British. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki bas limosin. Sepanjang perjalanan saya tidak banyak bercakap kecuali hanya melihat permandangan lebuhraya tiga lorong yang begitu luas dan mempunyai pokok-pokok yang besar sepanjang jalan serta kenderaan-kenderaan...

Khamis, 29 September 2011

Trip To USA 6

Disingkatkan cerita pengalaman di Washington selama seminggu telah membuka mata dan minda saya untuk memahami situasi sebenar rakyat dan negara U.S. selama seminggu itu sempat saya bersolat Jumaat di sebuah masjid yang agak besar dengan khutbah dalam 2 bahasa iaitu bahasa arab dan inggeris. Selepas solat kami turun ke bawah untuk menjamu selera dengan hidangan kenduri nasi. Saya duduk dengan seorang rakyat U.S yang berasal daripada Somalia. Sambil...

Selasa, 27 September 2011

Trip To USA 5

Hari ini 20 Sept 2011 saya bangun dari tidur seperti biasa, bersarapan dengan menu yang sama seperti yang telah ditempah oleh pihak penganjur.. Sebelum keluar memenuhi program IVLP sudah pasti chatting dulu dengan isteri dan anak-anak serta dibaca terlebih dahulu Al-Quran pengubat jiwa. Maklumlah dunia U.S yang penuh dengan kemaksiatan pasti memerlukan vitamin berkhasiat untuk mempertahankan iman. Hari ini kami akan dibawa ke dua destinasi sahaja...

Ahad, 25 September 2011

Trip To USA 4

Hari ini merupakan hari pertama kursus IVLP kami bermula. Seawal pagi saya sudah bangun untuk merujuk kertas kerja dan membuat sedikit rujukan berkaitan dengan tempat-tempat yang akan dilawati. Alhamdulillah dengan kemudahan internet dapatlah saya membuat rujukan dengan mudah. Diri saya yang lemah bahasa inggeris menjadi cabaran untuk saya lebih rajin dan bersemangat bukan menjadi semakin lemah dan kalah sebelum berjuang. Selepas solat subuh dan...

Sabtu, 24 September 2011

Trip to USA 3

Hari ini 18/9/11 saya pertama kali tidur dengan jarak perbezaan waktu yang amat ketara dengan Malaysia. Jikalau semalam kami tidur, ini bermakna kami tidur pada waktu pejabat dan waktu berkerja. Pagi ini saya bangun awal sambil menyusun barang-barang yang dibawa ke dalam almari, kerana kami akan tinggal di sini selama seminggu. Barangan seperti maggi, sardin dan macam-macam lagi saya biarkan dalam bag saja. Isteriku memang seorang prihatin dengan...

Jumaat, 23 September 2011

Trip To USA 2

17/9/11Inilah kali pertama saya menaiki pesawat kepunyaan U.S. Agak mengejutkan apabila melihat keadaan pesawat yang serba sederhana dan tidaklah secanggih mana seperti apa yang terbayang sebelum ini. Pesawatnya hanya lebih kurang pesawat Yaman Air yang pernah saya naiki sebelum ini, untuk pergi mengerjakan umrah. Sangkaan bahawa selama ini U.S yang merupakan negara maju, sudah pasti mempunyai pesawat yang canggih dan hebat. Segala-galanya meleset daripada realiti. Jika dipandang pula dari segi paramugara dan paramugarinya sudah pasti mereka amat...

Selasa, 20 September 2011

Trip To USA

16/9/2011United State of America merupakan sebuah negara yang tidak bermimpi untuk saya lawati. Dalam fikiran cuma ada Timur Tengah dan Asian sahaja untuk dilawati. Tawaran untuk mengikuti Program International Visitor Leadership Program(IVLP) anjuran U.S amat mengejutkan saya. Dengan kebolehan bahasa Inggeris yang lemah, namun masih dipilih oleh Allah untuk mengikuti program tersebut. Pemilihan ini saya jadikan satu amanah yang dipikul demi memastikan pendidikan Islam akan menjadi satu pilihan yang terbaik kepada masyarakat Islam di Malaysia....