Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Sabtu, 15 Disember 2012

Apa yang kau cari ??

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI, darimana kita belajar IKHLAS Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, darimana kita belajar SABAR Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN, bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR. Emak.. Ana nak pindah ke tasek gelugor sebab nak mula buka sekolah disana. Sahabat bagitau ada orang wakaf dua buah rumah disana untuk dijadikan sekolah tahfiz. Masih saya ingat ungkapan itu telah saya ucapkan...

Isnin, 15 Oktober 2012

Gerak Kerja Pejabat Mudir Am STAILSMART

Alhamdulillah... itulah ungkapan yang pasti terungkap setiap kali menerima nikmat Allah s.wt. Ungkapan yang menandakan betapa besarnya Allah, pemberi segala kenikmatan dan penarik segala kenikmatan. Siapalah kita kalau bukan hanya manusia kerdil yang sentiasa mengharapkan belas kasihan Allah Azzawajalla.... Di atas kesedaran itulah maka saya rasa begitu bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk bersama teman-teman menerajui Sekolah Tahfiz Al-Islah(STAIL) dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz(SMART). Sememangnya bukanlah satu kerja yang mudah untuk melansungkan...

Khamis, 2 Ogos 2012

Gambar Umrah Syaaban 1433...

...

Ahad, 26 Februari 2012

Umrah Syaaban 1433

Perkataan Umrah dan ziarah merupakan satu perkataan sering kita dengar dan menarik perhatian ramai di kalangan Ummat Islam. Bukan sahaja ia sebagai satu ibadah tetapi ia juga menjadi satu peluang perniagaan kepada ummat Islam. Tidak dinafikan pensyariatan ibadah dalam Islam telah memberi kesan yang amat baik pada ekonomi ummat manusia. Sebagai contoh berkaitan ibadah solat. Di mana syarat-syarat sah solat telah memberi kesan kepada ekonomi ummat manusia yang sepatutnya lebih terkesan kepada ummat Islam. Antara syarat sah solat ialah menutup aurat....

Ahad, 29 Januari 2012

Sekadar renungan..

Bila bercakap mengenai tarbiyyah pasti akan tergambar perkataan terjemahannya pendidikan. Ayah dan ibu adalah murabbi. Guru juga murabbi. Murabbi itu ialah pendidik. Siapa yang hendak dididik? Apa yang hendak dididik? Untuk apa kita dididik? Banyaknya persoalan berkaitan tarbiyyah perlu dijawab. Suami mendidik isteri agar isteri jadi apa? Ayah didik anak agar jadi apa? Guru didik murid untuk jadi apa? Naqib usrah didik anak buah untuk jadi apa? kita didik diri kita untuk jadi apa? Jawapannya pasti untuk jadi hamba Allah yang bertaqwa. Nah kalau...