Isnin, 7 September 2009

Ramadhan Al-Mubarrak 5


Sempena hari ini 17 Ramadhan 1430, ana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Dalam kita meraikan hari ini sebagai nuzul Al-quran apakah kita sering berdamping dengan Al-quran. Baru-baru ini saya menghadiri satu undangan ceramah di sebuah sekolah menengah dan ketika ceramah itu saya bertanya kepada para pelajar siapakah dikalangan mereka yang membaca Al-quran? Jawapannya tiada seorang pun yang mengangkatkan tangan. Saya cuba untuk menenangkan
hati dengan mengatakan pada diri mungkin mereka malu untuk menjawabnya. Namun rasa bimbang menguasai diri betapa jikalau inilah generasi yang sedang kita hadapi, satu generasi yang mengejar pencapaian dunia tetapi tandus daripada pedoman Al-quran pasti nasib kita malang seribu kali malang. Di dalam satu hadis nabi Rasulullah pernah berkata " Sebaik-baik ibadah umatku ialah membaca Al-quran." Begitu juga pesanan Rasulullah s.a.w kepada para ibu bapa agar mendidik anak-anak agar berdamping dan menghayati Al-quran dengan sabdanya " Didiklah anak-anak kamu membaca Al-quran."

Sidang pembaca yang budiman,

Saya mengajak diri saya dan sidang pembaca sekalian agar kita bercinta dengan Al-quran kerana jika kita mencintainya pasti Al-quran juga mencintai kita. Ibu bapa cinta Al-quran, anak juga akan mencintai Al-quran. Para guru cinta Al-quran maka pasti anak-anak murid juga mencintai Al-quran. Marilah kita belajar mencintai Al-quran. Jika sehari kita tidak menyentuh dan membacanya terasa rindu bagai seminggu tidak bertemu. Rasulullah bersabda " Ahli Al-quran adalah ahli Allah". Ada 3 perkara yang harus kita lakukan untuk menjadi ahli Al-quran. Pertama, kita sering membaca dan mendengar Al-quran. Kedua,meniliti makna-makna yang terkandung didalamnya atau dinamakan tadabbur. Ketiga, mengamalkan isi-isi kandungan Al-quran di dalam kehidupan kita seharian.

1 ulasan:

  1. Teringat satu sabda Nabi SAW.. "Aku tinggalkan kepadamu 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagimana kamu berpegang teguh kepadanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahku.."

    Saya tak ingat siapa rawinya..Jazakallah atas perkongsian ustaz..

    BalasPadam