Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Jumaat, 22 Oktober 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah syukur pada ilahi Rabbi kerana akhirnya anakku berjaya memasuki kelas 1 di Maahad Darussalam Gontor. Sebelum pulang sempat daku berpesan agar beliau tabah menghadapi segala ujian dan sabar di dalam mencari ilmu. " Abang anak Ustaz Fahmi mesti kuat untuk menjadi pejuang agama Allah. Carilah ilmu untuk membaiki diri dan menjadi ulama yang beramal dan berakhlak mulia. Tangisan dari isteri dan along menyebabkan aku juga terasa sedih. Namun...

Isnin, 18 Oktober 2010

Dari Kuala Lumpur Ke Gontor

Kini saat, kami sedang menanti keputusan ujian anakku Farwah apakah ia boleh memasuki terus ke kelas satu atau harus ke gontor 2 terlebih dahulu untuk kelas peralihan. Saat menunggu keputusan agak mendebarkan kerana jika gagal bermakna ia harus berada bersekolah disini selama 6 tahun. Alhamdulillah sepanjang kami di sini Allah memudahkan semua urusan. Sempat juga bertemu pelajar lama saya yang bernama Abu Ubaidah. Masya Allah beliau tampak begitu baik dan berakhlak serta berdisiplin hasil didikan Maahad Darussalam Gontor ini. Semoga anakku Farwah...

Sabtu, 16 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 6

Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas kini umur anakku sudah menjangkau usia 12 tahun dan tahun hadapan sudah berusia 13 tahun. Anakku Farwah memang lahir pada bulan Januari seperti juga dengan tarikh kelahiranku. Sudah sampai masa untuk daku didiknya berada berjauhan dan berdikari mencari ilmu. Sudah 12 tahun dia bersama denganku. Ke masjid, ke laut, ke kebun, ke kedai, ke kuliah dan ke mana sahaja malah telah daku ajarkannya susah payah mengedarkan...

Khamis, 14 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 5

Ibadah korban merupakan satu ibadah yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarahnya bermula sejak zaman nabi Adam a.s dan nabi Ibrahim a.s. Jikalau diteliti daripada kedua-dua kisah yang berlaku iaitu kisah anak-anak nabi Adam a.s. dan kisah Nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail, maka jelas kepada kita tentang erti pengorbanan. Allah menghias jiwa manusia cinta dan suka kepada harta dan anak-anak. Namun kecintaan kepada harta dan anak-anak,...

Rabu, 13 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 4

Kepulangan kami dari lawatan di Kemboja telah memberi kesan yang mendalam kepada diri kami setelah melihat sendiri kemiskinan dan kedhaifan yang terpaksa ditanggung oleh umat Islam Kemboja. Oleh itu usaha mengutip yuran penyertaan korban pun dilaksanakan tanpa ditangguh lagi. Hasilnya pada tahun pertama program ini dijalankan iaitu tahun 1428 bersamaan tahun 2007 pihak Sekolah Tahfiz Al-Islah berjaya mengumpul penyertaan seramai 350 orang peserta...

Selasa, 12 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 3

Alhamdulillah setelah pertemuan dengan Muhammad mencapai keputusan pada tempoh hari, maka saya terus menyediakan kertas kerja Ibadah korban di Kemboja untuk dibentangkan kepada ahli Jemaah Pengurus Sekolah untuk mendapatkan kelulusan. Pihak Jemaah Pengurus sekolah berasa amat gembira dengan cadangan tersebut namun satu lawatan ke Kemboja perlu diadakan terlebih dahulu untuk memastikan perjalanan ibadah korban berjalan dengan lancar. Kami telah berangkat...

Rabu, 6 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 2

Semasa saya menghadiri Konvensyen Sekolah-Sekolah Tahfiz Asia Pasifik di Kota Bharu Kelantan pada tahun 2007, saya telah menemui seorang rakan yang bernama Muhammad dari negara Kemboja. Di dalam perbualan saya dengannya, mudah untuk saya memahami suasana kesusahan dan kemiskinan masyarakat Islam di Kemboja. Terlintas di fikiran saya untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan keluar daripada keadaan kesusahan dan kemiskinan tersebut. Segala permasalahan hidup di dunia ini boleh diatasi dengan merealisasikan ilmu dalam kehidupan. Tingkatkan...

Selasa, 5 Oktober 2010

Ibadah Korban Di Kemboja 1

Assalamualaikum kepada semua para pembaca yang saya kasihi. Syukur kepada ilahi Allah yang maha agung lagi maha besar kerana kita semua masih menikmati nikmat iman dan Islam. Apabila bercakap tentang nikmat, kadang-kadang kita perlu bertanya bagaimana untuk kita merasai sesuatu itu nikmat? Apakah kerana ianya berharga mahal seperti sebuah rumah maka kita katakan ianya nikmat? Bagaimana pula dengan sesuatu yang kurang bernilai seperti sehelai kertas...