Khamis, 25 November 2010

Iman&solat

"Mereka yang bertaqwa itu adalah orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib dan mendirikan solat dan mereka menafkahkan rezeki yang dikurniakan kepada mereka.(Al-Baqarah ayat 3)
Kelmarin anakku Farwah menghubungi umminya dan memberitahu yang dia kurang sihat dengan sakit dada. Dan alhamdulillah sudah diambil ubat dan hari ini beransur sihat. Beberapa ketika saya teringat ayat Allah yang memerintahkan kita memohon pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat. Darjat taqwa memang hebat kerana dengan darjat ini maka pelbagai kelebihan bakal diperoleh dan kelebihan adalah anugerah dari Allah s.w.t. Keimanan orang bertaqwa, solat mereka dan sedeqah mereka, bukan sebarangan amalan, malah ia adalah amalan hebat dan diterima terus oleh Allah s.w.t. Lantaran teringat itu semua lantas daku pun berusaha melaksanakan solat memohon ke hadrat Allah agar diberi kesembuhan kepada anakku Farwah dan diberikan kekuatan untuk dia terus berjuang.
Sebentar tadi ketika menghadiri solat Jumaat, tiba-tiba tuan Imam meminta saya berkhutbah. Setelah saya melihat dan menyelak tajuk-tajuk khutbah terpandang saya satu tajuk 'kemuliaan solat'. Orang bertaqwa mendirikan solat dengan penuh keimanan seperti maksud ayat di atas dimana bermula dengan keimanan, kemudian barulah solat dan bersedekah. Manakala orang munafik mendirikan solat kerana ingin menunjuk-nunjuk sebab itu mereka malas dan tidak mahu bersolat sunat. Perkara boleh kita lihat di dalam ayat yang bermaksud: Sesungguhnya orang munafik itu ingin menipu Allah dan Allah membalas tipu muslihat mereka dan apabila mereka mendirikan solat mereka bangun dalam keadaan malas dan menunjuk-nunjuk akan solat mereka dan tidaklah mereka itu ingat Allah melainkan sedikit sahaja.
Kepada para muslimin sekalian dirikanlah solat ketika senang atau susah dan mohonlah pertolongan dengan bersolat dan beristighfar insyallah Allah tidak akan merpersiakan kita. Wallahua'lam

0 comments:

Catat Ulasan