Isnin, 29 November 2010

Suasana Hari Pendaftaran Kem Hafazan Kali ke 6






















Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan program kem hafazan kali berjaya diadakan. Walaupun pada mula mereka yang mendaftar melalui talian sms mencecah 180 orang namun yang hadir hanyalah 150 orang. Namun begitu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi mendaftarkan anak pada kami dan menganggap penghantaran anak-anak tuan puan kepada kami merupakan satu amanah yang wajib kami tunaikan. Insyallah kami akan sedaya upaya mendidik anak-anak tuan puan menjadi anak-anak yang soleh dan sekurang-kurangnya dapat menghafaz sedikit daripada Al-Quran dan seterusnya menghayatinya. Surah pilihan untuk kali ini ialah hafazan surah As-sajdah yang mempunyai 30 ayat dengan panjangnya 3 muka surat. Terdapat pelajar yang telah menghafaznya dan kepada mereka ini kami wajibkan mengulang dan menghafaz makna-maknanya secara lengkap.






Suasana hari pendaftaran berjalan dengan meriah dan baik sekali dengan ucapan daripada saya dan penyerahan para peserta kepada Kem Komandan Tuan Akmal Md Ali. Moga Allah memberi kekuatan kepada para peserta untuk menghabiskan perjuangan mereka menghafaz dan menghayati Al-Quran sehingga tamat kem ini. Kepada para waris saya mengharapkan pengorbanan perasaan agar dapat berpisah buat sementara waktu dengan anak-anak peserta. Tuan puan tidak digalakkan untuk menziarahi para peserta kerana emosi mereka akan terganggu dan memberi kesan kepada tumpuan hafazan mereka. Moga Allah bersama kita di mana sahaja kita berada dan memelihara anak-anak kita amin ya rabbalalamin.

0 comments:

Catat Ulasan