Bismillahirrahmanirrahim

"Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" - Surah Al-fatihah : ayat 1

Selasa, 30 November 2010

Aktiviti Para Peserta Kem Hafazan Kali Ke 6

Beginilah keadaan mereka sepanjang berada di sini, sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Jika mereka tidak dapat menghafaz sekali pun, mereka tetap berjaya kerana mereka telah berjaya berdamping dengan Al-Quran di sini. Apa yang diharapkan mereka akan terus berdamping dengan Al-Quran selepas ke rumah masing-masing. Siapa fasilitator merek...

Isnin, 29 November 2010

Suasana Hari Pendaftaran Kem Hafazan Kali ke 6

Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan program kem hafazan kali berjaya diadakan. Walaupun pada mula mereka yang mendaftar melalui talian sms mencecah 180 orang namun yang hadir hanyalah 150 orang. Namun begitu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi mendaftarkan anak pada kami dan menganggap penghantaran anak-anak tuan puan kepada kami merupakan satu amanah yang wajib kami tunaikan. Insyallah kami akan sedaya upaya mendidik...

Khamis, 25 November 2010

Iman&solat

"Mereka yang bertaqwa itu adalah orang-orang yang beriman dengan perkara ghaib dan mendirikan solat dan mereka menafkahkan rezeki yang dikurniakan kepada mereka.(Al-Baqarah ayat 3)Kelmarin anakku Farwah menghubungi umminya dan memberitahu yang dia kurang sihat dengan sakit dada. Dan alhamdulillah sudah diambil ubat dan hari ini beransur sihat. Beberapa ketika saya teringat ayat Allah yang memerintahkan kita memohon pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat. Darjat taqwa memang hebat kerana dengan darjat ini maka pelbagai kelebihan bakal...

Selasa, 23 November 2010

Kem Hafazan Al-Quran Kali Ke 6 (5 hari lagi)

Alhamdulillah tinggal 5 hari Kem Hafazan Al-Quran kali ke 6 akan bermula dan kini seramai 150 orang sudah mendaftar melalui sms. Ramai juga dikalangan para pelayar laman blog ana ini yang mengatakan tidak bertemu dengan maklumat Kem ini. Oleh itu di sini saya menyenaraikan semula maklumat-maklumat tersebut:1. Tarikh : 28 Nov. 2010 hingga 5 Disember 20102. Jam pendaftaran pada 28 Nov ialah jam 2 petang dan tamat jam 2 petang pada tarikh 5 Dis3. Terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 15 tahun.4. Tempat : Asrama Sekolah Tahfiz Al-Islah, Jalan...

Sabtu, 20 November 2010

Ihtifal Kali Ke 11

Maksud Firman Allah : Alif Lam Mim, Demikianlah kitab yang tidak ada keraguan padanya, menjadi hidayah kepada orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah ayat 1-2)Ucapan syukur dan segala puji milik Allah yang telah memberi kejayaan kepada Sekolah Tahfiz Al-Islah dan Sekolah Menengah Arab Tahfiz sepanjang liku perjuangan selama 11 tahun yang lalu. Berpandukan manhaj yang benar yakni Al-Quran dan As-sunnah sebagaimana yang diungkapkan oleh bekas Pengerusi Jemaah...

Rabu, 17 November 2010

Berkorban apa sahaja...

Alhamdulillah pagi tadi berkesempatan untuk bersolat di Masjid lama Sg. Duri, Sg. Bakap. Masjid yang hanya berdindingkan papan sungguh memberi ketenangan kepada hatiku untuk bersolat disitu. Sempat bertemu sahabat-sahabat seperjuangan seperti Abang Mohd Nor dan Cikgu Abdul Ghani. Saya ke situ atas jemputan untuk menyampaikan khutbah Jumaat dan menyembelih 2 ekor lembu korban.Di dalam khutbah sempat saya memperingatkan diri saya dan para jemaah agar...

Isnin, 15 November 2010

Selamat Hari Raya Haji

{ وَأَذِّن فِي ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالاً وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميِقٍ } * { لِّيَشْهَدُواْ مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ فِيۤ أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ ٱلأَنْعَامِ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ ٱلْبَآئِسَ ٱلْفَقِيرَ } * { ثُمَّ لْيَقْضُواْ تَفَثَهُمْ وَلْيُوفُواْ نُذُورَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُواْ بِٱلْبَيْتِ ٱلْعَتِيقِ }Maksudnya: Dan serulah manusia untuk mengerjakan...

Ahad, 14 November 2010

Kem Hafazan Al-Quran Kali Ke 7

Mengadakan Kem pada masa musim cuti persekolahan sudah menjadi agenda tahunan dalam kamus kehidupan saya. Sudah pelbagai jenis kem diadakan bermula dengan kem bina iman, kem generasi rabbani, kem anak soleh, kem bijak solat dan kem hafazan Al-Quran. Apabila usia sudah semakin lanjut penganjuran kem-kem lain terpaksa ditangguhkan kerana kem-kem seperti bina iman dan generasi rabbani memerlukan tenaga yang lebih untuk menjayakannya. Oleh itu kem hafazan...

Jumaat, 12 November 2010

Akhirnya anakku dapat 15A 3B

Setelah 11 tahun mendidik para pelajar dan setelah 5 kali anak-anak didikku mengambil SPPM dan UPSR akhirnya pada tahun ini sampailah giliran anakku sendiri mengambilnya. Setiap kali daku pergi bersama isteri mengambil keputusan pelajar di PPD hati tentu sekali berdegup kencang kerana gusar dengan keputusan yang bakal diperoleh. Alhamdulillah setakat ini setiap tahun pasti ada yang mendapat 5A. Namun kali ini degupan jantung lebih kuat, kebimbangan...

Selasa, 9 November 2010

Anak Oh Anak

Kehidupan dahulu dan sekarang sebenarnya adalah sama cuma cara berfikir dan hidup sahaja yang berbeza. Apa bezanya kalau orang dahulu makan dan orang sekarang pun makan. Kalau orang dahulu minum orang sekarang juga minum. Kalau orang dahulu ada rumah orang sekarang juga ada rumah. Bezanya cuma pada cara makan, minum, membina rumah dan sebagainya. Begitulah juga dengan belajar, orang dahulu belajar dan orang sekarang juga belajar tapi caranya sahaja...

Isnin, 8 November 2010

Gunung Merapi

Semasa menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar SPM MRSM sempat juga saya tayangkan slide warna-warni kehidupan. Sekalipun slide itu saya dapat daripada laman web yang bukan Islam namun ada beberapa makna disebaliknya. Saya katakan kepada mereka gambar hitam putih yang ditayang pada asalnya tidak menarik anda tetapi apabila diletakkan warna indah sekali tampaknya. Antara gambar yang saya paparkan ialah gambar pepohon yang berwarna warni...