Selasa, 22 November 2011
Peralatan Kem Hafazan
7:45 PG
No comments
Insyallah Kem Hafazan Al-Quran Kali Ke 7 akan diadakan pada 27 November 2011(mula jam 8.30pagi) hingga 4 Disember 2011(berakhir pada jam 2.00ptg), bertempat di Sekolah Tahfiz Al-Islah Tasek Gelugor. Terbuka kepada anak-anak berusia 8 tahun hingga 15 tahun putera dan puteri.Yuran Penyertaan RM 240.00 termasuk makan minum dan tempat tinggal.Untuk urusan pendaftaran sila hubungi saya Ustaz Ahmad Fahmi ditalian 013-4881601 atau mualimah Wardah ditalian 019-4651656. (sms nama anak dan umur sahaja)Pengisian Program1. Hafazan surah-surah pilihan2. Hafazan...
Selasa, 11 Oktober 2011
Trip To USA Bahagian Akhir
2:35 PTG
No comments
Kelemahan ummat Islam ialah bermula dengan lemahnya iman dan ilmu. Itulah yang boleh saya simpulkan sepanjang pengalaman mengikuti program IVLP di U.S. Semasa melawat Universiti dan High School milik masyarakat yahudi, saya dan rakan-rakan sempat berdiskusi dan cuba memahami kekuatan dan kelemahan golongan ini. Sememangnya mereka amat mencintai bumi Palestin sehingga bendera Israel berkibar bersama dengan bendera U.S. Kami dilayan dengan baik oleh mereka dan alhamdulillah pengalaman berintraksi secara langsung dengan mereka telah membuka lagi minda...
Jumaat, 7 Oktober 2011
Trip To USA 12
6:44 PG
No comments
Kota Los Angeles merupakan sebuah pusat bandar hiburan yang terbesar di dunia.Di sinilah letaknya Hollywood yang menerbitkan pelbagai movie dan dituntun diseluruh dunia. Apa yang ada di kota ini untuk saya sebagai seorang ahli pendidikan. Namun begitu kaki saya tetap mengijak bumi L.A California sebagai destinasi lawatan terakhir, sebelum bertolak ke pulang ke Malaysia. Persoalan mengenai apalah gunanya kami dibawa ke sini terjawab, apabila kami...
Khamis, 6 Oktober 2011
Trip To USA 11
9:24 PG
No comments
Kursus IVLP kami sejak dari awal telah dimakumkan bertujuan untuk memperkenalkan U.S dan memahamkan masyarakat dunia mengenai U.S disamping untuk bertukar pandangan dan maklumat antara negara. Selama kami berada di rumah keluarga angkat di Paris Illinois, kami telah mempelajari banyak perkara berkaitan budaya masyarakat dan kehiduapan agama kristian di U.S. Bermula dengan makan malam di rumah yang terletak ditengah ladang jagung dan kacang soya yang...
Rabu, 5 Oktober 2011
Trip To USA 10
6:50 PG
No comments
Alhamdulillah, pada tanggal 1 Oktober 2011, sampailah kami di Paris, Illinois yang merupakan bandar kecil yang mempunyai 9000 orang penduduk. Bandar kecil ini, ramai yang tidak tahu letaknya hatta orang Malaysia yang tinggal di U.S pun terkejut bila mendengar nama Paris disebut. Ramai yang tidak tahu bahawa di U.S ada tempat yang bernama Paris. Kami bergerak menuju Paris dengan menaiki bas limosin dan mengambil masa 2jam lebih daripada Indianapolis...
Isnin, 3 Oktober 2011
Trip To USA 9
4:06 PG
No comments
Selepas lebih kurang 4 hari kami tinggal di Philadelphia, kami pun berangkat ke menuju Indiana dengan menaiki pesawat U.S Airways. Di Indiana kami tinggal di Hilton Hotel dan ditengah-tengah bandar. Nasib dan tuah kami amat baik hari ni, kerana bas tidak ada untuk datang mengambil kami tetapi yang datang mengambil kami ialah Limosin Hitam panjang, yang selama ini tidak bermimpi untuk naik. Masyallah keretanya besar siap ada tempat pinggan, gelas...
Ahad, 2 Oktober 2011
Trip To USA 8
3:18 PG
No comments
Keluarga angkat di Philadelphia ini namanya ialah Jeffie, beliau seorang Katolik dan telah berusia 70 tahun. Namun begitu keadaan kesihatannya masih baik dan bertenaga serta masih kuat memandu kereta dengan laju. Itulah kelebihan orang di sini, rata-rata begitu menitik beratkan kesihatan. Perkenalan singkat kami dengan Jeffie dan kawan-kawannya telah banyak dapat menerangkan Islam secara mudah dan berkesan. Sempat juga saya membaca doa sebelum makan...
Jumaat, 30 September 2011
Trip To USA 7
3:11 PG
No comments
Setelah lebih kurang seminggu kami berada di Washington kini kami dibawa ke Philadelphia negeri kedua yang merupakan negeri pertama U.S dan tapak kemerdekaan U.S daripada koloni British. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki bas limosin. Sepanjang perjalanan saya tidak banyak bercakap kecuali hanya melihat permandangan lebuhraya tiga lorong yang begitu luas dan mempunyai pokok-pokok yang besar sepanjang jalan serta kenderaan-kenderaan...
Khamis, 29 September 2011
Trip To USA 6
4:28 PG
No comments
Disingkatkan cerita pengalaman di Washington selama seminggu telah membuka mata dan minda saya untuk memahami situasi sebenar rakyat dan negara U.S. selama seminggu itu sempat saya bersolat Jumaat di sebuah masjid yang agak besar dengan khutbah dalam 2 bahasa iaitu bahasa arab dan inggeris. Selepas solat kami turun ke bawah untuk menjamu selera dengan hidangan kenduri nasi. Saya duduk dengan seorang rakyat U.S yang berasal daripada Somalia. Sambil...
Selasa, 27 September 2011
Trip To USA 5
5:49 PTG
No comments
Hari ini 20 Sept 2011 saya bangun dari tidur seperti biasa, bersarapan dengan menu yang sama seperti yang telah ditempah oleh pihak penganjur.. Sebelum keluar memenuhi program IVLP sudah pasti chatting dulu dengan isteri dan anak-anak serta dibaca terlebih dahulu Al-Quran pengubat jiwa. Maklumlah dunia U.S yang penuh dengan kemaksiatan pasti memerlukan vitamin berkhasiat untuk mempertahankan iman. Hari ini kami akan dibawa ke dua destinasi sahaja...
Ahad, 25 September 2011
Trip To USA 4
7:27 PG
No comments
Hari ini merupakan hari pertama kursus IVLP kami bermula. Seawal pagi saya sudah bangun untuk merujuk kertas kerja dan membuat sedikit rujukan berkaitan dengan tempat-tempat yang akan dilawati. Alhamdulillah dengan kemudahan internet dapatlah saya membuat rujukan dengan mudah. Diri saya yang lemah bahasa inggeris menjadi cabaran untuk saya lebih rajin dan bersemangat bukan menjadi semakin lemah dan kalah sebelum berjuang. Selepas solat subuh dan...
Sabtu, 24 September 2011
Trip to USA 3
3:31 PG
No comments
Hari ini 18/9/11 saya pertama kali tidur dengan jarak perbezaan waktu yang amat ketara dengan Malaysia. Jikalau semalam kami tidur, ini bermakna kami tidur pada waktu pejabat dan waktu berkerja. Pagi ini saya bangun awal sambil menyusun barang-barang yang dibawa ke dalam almari, kerana kami akan tinggal di sini selama seminggu. Barangan seperti maggi, sardin dan macam-macam lagi saya biarkan dalam bag saja. Isteriku memang seorang prihatin dengan...
Jumaat, 23 September 2011
Trip To USA 2
12:35 PTG
No comments
17/9/11Inilah kali pertama saya menaiki pesawat kepunyaan U.S. Agak mengejutkan apabila melihat keadaan pesawat yang serba sederhana dan tidaklah secanggih mana seperti apa yang terbayang sebelum ini. Pesawatnya hanya lebih kurang pesawat Yaman Air yang pernah saya naiki sebelum ini, untuk pergi mengerjakan umrah. Sangkaan bahawa selama ini U.S yang merupakan negara maju, sudah pasti mempunyai pesawat yang canggih dan hebat. Segala-galanya meleset daripada realiti. Jika dipandang pula dari segi paramugara dan paramugarinya sudah pasti mereka amat...
Selasa, 20 September 2011
Trip To USA
2:53 PG
No comments
16/9/2011United State of America merupakan sebuah negara yang tidak bermimpi untuk saya lawati. Dalam fikiran cuma ada Timur Tengah dan Asian sahaja untuk dilawati. Tawaran untuk mengikuti Program International Visitor Leadership Program(IVLP) anjuran U.S amat mengejutkan saya. Dengan kebolehan bahasa Inggeris yang lemah, namun masih dipilih oleh Allah untuk mengikuti program tersebut. Pemilihan ini saya jadikan satu amanah yang dipikul demi memastikan pendidikan Islam akan menjadi satu pilihan yang terbaik kepada masyarakat Islam di Malaysia....
Jumaat, 15 Julai 2011
Trip To Vietnam
9:40 PG
No comments
Alhamdulillah hari ini 15 Julai saya dan rakan-rakan sekampung dari Kampung Tok Bedu selamat sampai ke bandar Ho Chi Min, Vietnam. Pesawat Air Asia yang dinaiki selamat mendarat pada jam 3.50ptg waktu tempatan. Sekali pun rasa keletihan menjalar dalam tubuh namun semangat untuk menziarahi saudara seagama apatah lagi mereka yang susah dan miskin di negara ini, melupakan kami kepada keletihan tersebut. Senyuman daripada rakan-rakanku Jan dan Cg Hashim begitu lebar begitulah juga diriku, almaklum inilah pertama kali kami menjejakkan kaki ke bumi komunis...
Khamis, 30 Jun 2011
Trip To Thailand 4
1:51 PG
No comments

Isteriku pun terus meluru ke arah wanita tersebut dan memberi salam. Tangkas sungguh isteriku bertindak tapi sasaran tidak tepat, salam yang diberi bahasa Thai yang dijawab. Kasihan juga isteriku kerana tidak berjaya menjejaki wanita muslim. Perut semakin berbunyi, saya terus mengambil telefon dan menelefon rakan saya bertanyakan kedai makan orang Islam. Dia pun bersungguh memberitahu bahawa nanti di Comporn ada satu kedai besar tertulis 'Kateks'....
Selasa, 28 Jun 2011
Trip To Thailand 3
12:52 PG
No comments
Peta sudah ditangan, maka bermula pembacaan peta dilakukan oleh pembantu 'juru terbang' merangkap isteriku tercinta. Deng-deng buka-buka saja peta semuanya tertulis dengan tulisan Thai cuma bandar-bandar besar sahaja yang ditulis dengan tulisan rumi. 'Mana dia Bangkok ni tak dak pun dalam peta ni." kata isteriku. "Tak kan tak dak kut mesti ada" kataku. Saya pun melihat peta yang dikatakan tidak ada Bangkok. Akhirnya saya pun berkata tidak mengapa yang penting memang ada kat sini sambil saya menunjukkan kawasannya kepada isteriku. "Abi jauh lagi...
Khamis, 23 Jun 2011
Trip To Thailand 2
1:14 PG
No comments
Setelah keputusan dibuat pada hari Rabu 15 Jun yang lalu kami pun mula bertolak menuju ke sempadan. Namun oleh kerana kami bertolak pada waktu malam dan sempadan telah pun ditutup maka kami pun singgah menginap di Hotel T yang terletak di Changlon. Tanpa menyalin baju kami terus tidur dan pada keesokan paginya kami pun bertolak seawal 6.30pagi. Urusan insuran Thailand dan tukaran mata wang bath sungguh mudah kerana ada kedai 24jam yang dibuka di Pekan Changlon. Kami mula memasuki sempadan pada jam 7.30pagi. Alhamdulillah segala urusan berkaitan...
Selasa, 21 Jun 2011
Trip To Thailand 1
7:50 PTG
No comments

Firman Allah yang bermaksud:“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)Minat saya berjalan dan melancong memang ada sejak daripada kecil lagi. Al-Maklum anak bongsu, memang suka ikut emak dan ayah. Mereka ke mana pun saya akan ikut. Tapi kalau dulu...
Jumaat, 10 Jun 2011
Memori Keempat
12:06 PG
No comments

Alhamdulillah sudah tiga hari selamat pulang ke Malaysia dari Indonesia setelah 6 hari di sana. Keletihan dan kepenatan mengharungi perjalanan bermula dari Gontor menuju ke Surabaya dan seterusnya sampailah ke rumah di Kampung Tok Bedu Pulau Pinang. Keesokannya demam yang baru pulih kembali menyerang dan alhamdulillah hari baru benar-benar sihat namun batuk masih ada. Moga para pembaca dan sahabat handai dapat mendoakan buat saya agar sentiasa dipelihara...
Sabtu, 4 Jun 2011
Antara Ilmu Dan Fikrah
6:36 PG
1 comment
Semasa saya masih kecil ayah yang terkenal dengan sifat dan ciri-ciri pondok telah menerapkan nilai-nilai tersebut di dalam diriku. Namun disamping ciri-ciri pondok, satu lagi ciri-ciri yang telah diterapkan ialah fikrah perjuangan Islam dan hidup berjemaah. Sebagaimana yang telah saya kisahkan sejak dari kecik lagi saya sudah bergeluman dengan jualan surat khabar Al-Arqam. Apa yang saya lihat penerapan 2 nilai ini, adalah penting demi memastikan seseorang menjadi lebih Akrom dan Ahsan. Ciri-ciri pondok mewakili keilmuan dan ciri-ciri Al-Arqam...
Khamis, 26 Mei 2011
Memori Ketiga
5:02 PTG
No comments

Ungkapan Innalillah.... terungkapan apabila melihat berita tanah runtuh yang membabitkan anak-anak yatim di Ulu Langat. Sememangnya kita sering juga mendengar kejadian runtuh-runtuh ini berlaku di dalam negara kita yang tersayang ini. Stadium runtuh, bumbung runtuh, taman runtuh, termasuklah durian runtuh pada musim perayaan. Tetapi kejadian tanah runtuh sehingga membabitkan kematian dan kecederaan anak-anak yatim kali telah mengejutkan banyak pihak...
Selasa, 24 Mei 2011
Tafsir 2
12:05 PG
No comments

Yahudi Bangsa Laknat Dan Dilaknati... Bebaskan Palestin Dari Penjenayah Ini.. Katakan Tidak Kepada Rokok Yang Membunuh Ummat Dan Mengayakan Yahudi Laknatullah... Allahuakbar!!!!Firman Allah Yang Bermaksud:"Jika demikian maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, selama itu mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi(tih) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati memikirkan nasib orang-orang yang fasiq itu." (Al-Maidah...
Ahad, 22 Mei 2011
Memori Kedua
7:48 PG
No comments

Baru-baru ini negara Malaysia dan Satu Malaysia gempar dengan berita berkaitan kegemukan kanak-kanak sekolah. Para cendiakawan, guru-guru dan para doktor pun memberi pelbagai komen yang amat hebat. Pelbagai saranan diberikan agar kadar kegemukan dikalangan kanak-kanak terutama para pelajar sekolah dapat dibendung. Rentetan daripada isu sensasi yang menjadi berita hangat ibarat air panas yang dimasak di dalam cerek wisel mengeluarkan bunyi begitu...
Jumaat, 20 Mei 2011
Kisah Daripada Rasulullah S.a.w : bil. 2
4:07 PTG
No comments
Maksud hadis :Daripada Abu Hurairah R.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya tersebut kisah seorang lelaki daripada Bani Israel telah meminta hutang sebanyak seribu dinar daripada seseorang daripada kalangan Bani Israel. Maka berkatalah orang ingin memberi hutang kepadanya"Datangkanlah saksi untuk menyaksikannya". Kata si lelaki ini, "Cukuplah Allah sebagai saksinya". Berkata pula si pemberi hutang, "Datangkanlah penjamin untuk menjaminnya"....
Khamis, 19 Mei 2011
Memori Satu
4:24 PTG
No comments

Perjalanan hidup ini kata orang seperti putaran roda, sekejap berada diatas dan sekejap berada di bawah. Kadang-kadang susah dan kadang-kadang senang. Iman pun begitu kadang-kadang meningkat dan menjulang tinggi tetapi kadang-kadang menjunam jatuh ke bawah. Betul semuanya ungkapan itu, cuma berapa ramai mereka yang sedar tentang kelemahan diri. Namun begitu bukanlah semua perkara di dalam kehidupan berputar, lihat saja contohnya umur dan memori yang...
Langgan:
Catatan (Atom)